Penel:THTL Al Jazani
WACANA UITO:
Islam Anutan Vs Islam Warisan
Soalan 7:
🔴 Bagaimana cara untuk membezakan antara agama warisan dan adat yang tidak menyalahi agama?
7⃣ Membezakan amalan agama warisan dan adat resam yang tidak menyalahi agama hendaklah seseorang memiliki ilmu sunnah atau ilmu hadith. Ini kerana ilmu hadith sahaja yang dapat menilai apakah amalan warisan atau adat itu selari dengan sunnah.
Adat = amalan rutin sesuatu kaum dan mereka anggap ia baik
Uruf = amalan yang dilakukan dan ia mendatangkan maslahat
maka kata Dr. Abdul Karim Zaidan (usyul fiqh), cara menentukan adat dan uruf itu tidak menyalahi agama:
a. Ia mendatangkan kebaikan kepada manusia
cth: Jualbeli tanpa akad, misalnya secara online atau kad kredit, membeli tiket air asia secara online
b. Ianya amalan biasa masyarakat
cth: selain maskawin yang ditetapkan oleh majlis agama, hantaran juga biasa diberikan kepada perempuan. Ini adalah amalan yang biasa.
Kebiasaanya, warisan dan adat ni dalam bab muamalat atau transaksi atau jualbeli, shopping dan payment.
c. Ia masih diamalkan dalam masyarakat,
maksudnya ia tidak berhenti, terus meneruskan di amalkan.
cth: saling kunjung mengunjung ketika hari raya, amalan balik kampung semasa cuti raya