Utama Bilik (09) Ulum Al-Quran 05.03 Ayat-ayat Awal Turun Mengikut Tema

05.03 Ayat-ayat Awal Turun Mengikut Tema

215
0
Iklan

Susunan: BroSyarief
asSalaamu ‘alaikum semua.

Kita dah selesai bincangkan dua sub-topik awal, yang merupakan tumpuan utama dalam bab yang ke- 5 ini.

Dua nota berbaki berdasarkan kitab Mabahits adalah berkaitan Ayat-ayat yang Awal Turun Mengikut Topik/Tema Khas (Nota 05.03) dan Faedah-faedah dari Kajian berkaitan Ayat Awal & Akhir Turun (Nota 05.04).

Kedua-dua nota ini ringkas sahaja berdasarkan apa yang telah ditulis oleh Ust Manna’ Qattan di dalam kitabnya. Saya akan kongsikan dahulu Nota 05.03 sebentar lagi, dan nota 05.04 pagi esok, In Sya Allah.

Selepas itu, kita akan masuk pula ke bab ke-6 berkenaan Asbab an-Nuzul (أسباب النزول) yang agak panjang perbincangannya.

Semoga bermanfaat.

#BroSyariefShares

#130616 Bilik (09) Ulum al-Quran

05.03 Ayat-ayat Awal Turun Mengikut Tema (أوائل موضوعية)

#NotaBroSyarief #UlumQuran #UiTOBilik09

Para ‘ulama turut membincangkan mengenai ayat-ayat yang pertama turun berdasarkan tema-tema khusus, seperti:

1. Ayat-ayat yang pertama turun berkait makanan, iaitu ayat berikut:

قُلْ لا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ

Katakanlah: Aku tidak mendapati pada apa yang diwahyukan kepadaku sebarang apa yang diharamkan ke atas sesiapa untuk memakannya, kecuali ianya adalah bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi..

[al-An’am(6):145]

Dan kemudian ayat ini,

فَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللهُ حَلالاً طَيِّباً

Maka kalian makanlah dari apa yang telah Allah rezekikan kepada kalian yang halal dan baik

[an-Nahl(16):114-115]

Dan seterusnya ayat berikut,

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ

Sungguh, Dia telah mengharamkan bangkai, darah dan daging babi..

[al-Baqarah(2):173]

Dan yang terakhir disebutkan,

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ

Diharamkan ke atas kalian bangkai, darah dan daging babi..

[al-Maidah(5):3]

2. Adapun ayat-ayat yang terawal turun pada tema minuman, ialah,

يَسْأَلونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ

Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi..

[al-Baqarah(2):219]

Kemudian, turun ayat berikut,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَقْرَبُوا الصَّلاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian mendekati solat dalam keadaan kalian sedang mabuk, sehinggalah kalian sedar apa yang kalian bicarakan..

[an-Nisa(4):43]

Dan seterusnya, ayat berikut,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, memuja berhala, dan menilik nasib; (semua itu adalah) satu najis dari perbuatan syaitan, kalian jauhilah ia..

[al-Maidah(5):90-91]

3. Adapun yang pertama turun dalam bab jihad pula, ialah ayat berikut,

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا

Diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana mereka dizalimi..

[al-Hajj(22):39]

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan

#BroSyariefShares

Komen dan Soalan