Utama Bilik (06) Ulat Buku Buku Ayahku, Karya Hamka

Buku Ayahku, Karya Hamka

1412
0
Iklan

Ayahku

Karya :Hamka

Penerbit : PTS Malaysia

Inilah riwayat hidup Dr. H. Abdul Karim Amrullah, perjuangan dan pengorbanannya menegakkan syiar Islam di Sumatera. 

Menulis riwayat hidup beliau sama ertinya dengan menulis bagaimana pembangunan agama Islam di Minangkabau, negeri yang dikenali kerana sulitnya lantaran pembangunan agamanya dan kekerasan adatnya. 

Cuma saya harus menjaga satu perkara yang amat penting, iaitu kecintaan anak kepada ayah, sekali-sekali jangan hendaknya saya lupa akan keadilannya, sehingga saya menulis tentang kebaikannya dengan berlebih-lebihan – HAMKA. 

Harga

Rm 26+7 Pos Semenanjung

Rm 26+11 Pos Sabah Sarawak

( Pos Laju 1-3 Hari Sampai )

Segala Urusan Pembelian atau pertanyaan terus pm

@hadiakmalassalafy ( Telegram )
0124543696 ( Whatsapp, SMS, Call )

Antara isi kandungannya:

PENDAPAT HAMKA TENTANG TAKTIK MUBALIGH AHMADIYAH QADIANI

Mereka suka benar berdebat. Mereka besar hati kalau ada ejek dan maki. Atau kalau ada yang sudi mencela pengajian mereka. Propaganda cara begini rupanya sudah dipelajari sejak dari Qadyan. Hendaknya tidak berhenti-henti ada debat memperkatakan kepercayaan mereka. Sehabis satu pertemuan, kalau mereka disoraki ramai orang, maka akan ada orang lain tertarik, bukan oleh kaji, melainkan oleh kesabaran mereka ketika dicela. Padahal kalau mengaji dengan tenang, sebab pengajian mereka tidak berdasar kepada mantik dan peraturan berfikir, sangatlah berpanjang-panjangnya. Di segala pengajian terlebih dahulu ditetapkan bahawa Nabi Isa telah mati. Kadang-kadang berhari-hari dan berminggu berdebat. Nabi Isa telah mati. Segala sesuatu telah mereka atur sejak dari Qadyan menetapkan Isa telah mati. Kalau lawan telah menerima, lalu dicari pula segala alat perkakas menetapkan bahawa Nabi Isa akan turun ke dunia kembali. Dikumpul pula alasannya dari Hadis Nabi, dan kalau perlu dari ayat Injil. Kalau lawan menerima, barulah dikemukakan bahawa Nabi Isa yang telah dijanjikan itu ialah “Hazrat” Mirza Ghulam Ahmad. Kalau dengan jalan lain orang Ahmadiyah tidak dapat menurutinya. Jadi jalan perdebatan mesti menurut peraturan yang mereka susun itu. Dalam kepercayaannya sendiri, kaum Qadyan menetapkan bahawa Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang Nabi yang paling besar. Kepada orang Islam yang teguh mempercayai bahawa tidak ada Nabi sesudah Muhammad, lebih dahulu mereka menetapkan bahawa Mirza Ghulam Ahmad itu adalah Nabi yang tidak membawa syariat. Kepada siapa yang telah beriman betul-betul, mudahlah diterangkan bahawasanya Mirza Ghulam Ahmad mempunyai beberapa pangkat yang meliputi akan kepercayaan segala agama, iaitu Rasul, Nabi, Mujaddid, Mahdi, Isa, Krisna, Buddha, Messias. Pendeknya lengkap! Segala pangkat-pangkat yang akan dapat menambah tingginya, dia tidak segan memborong. Dia pun keturunan dari sahabat yang terkenal Salman El Farisi. Bukan itu sahaja, dia pun keturunan dari Fathimah puteri Nabi, Jadi adalah “Sayid”. Kepadanya mereka bahasakan “Alaihis Shalawatu was Salamu”. Dia pun menghapuskan beberapa syariat yang tidak sesuai lagi dengan zaman, sebagaimana Isa menghapuskan beberapa syariat Musa, dan Muhammad menghapuskan beberapa syariat Musa, dan Muhammad menghapuskan beberapa syariat Isa. Setengah daripada syariat Muhammad yang dihapuskan oleh “hazrat” Mirza Ghulam Ahmad, ialah “Jihad” dengan pedang. Maka di sini jelaslah bila timbulnya “Agama Baru” ini, iaitu di Lahore, di setumpak negeri Islam, yang pada masa 100 tahun yang telah lalu, darah kaum Muslimin amat panas menentang penjajahan Inggeris, sehingga beberapa kali timbul pemberontakan. Dalam kitab-kitab “Nabi Baru”itu, banyak tersebut pengakuan setianya kepada Ratu Victoria tanah Inggeris! Dan “Kaisar India”. Inilah yang masuk ke Sumatera, dibawa oleh anak Sumatera sendiri, bertepatan dengan kebangkitan agama, kebangkitan pergerakan dan kebangkitan Komunis!

(Ayahku, Riwayat Hidup Dr. H. Abdul Karim Amrullah dan Perjuangan Kaum Agama di Sumatera,Cetakan ketiga, karangan Prof. Dr. Hamka. Halaman 193) Cetakan pertama pada tahun 1950

Dipetik dari:

http://islahperlis.blogspot.my/2012/04/pendapat-hamka-tentang-taktik-mubaligh.html?m=0

Komen dan Soalan