Utama Bilik (28) Bidaah Nusantara Berdosakah Buat Perkara Bid’ah?

Berdosakah Buat Perkara Bid’ah?

1889
0
Iklan

Oleh Ustaz Azlizan Nueq

Ini salah satu dari hujah mereka: “habis tu, salahkah? berdosakah? masuk nerakakah kalau buat begitu?…..”

Pertama, buat perkara bidaah adalah berdosa… kalau tidak, tidaklah Quran dan Nabi banyak melarang buat perkara bidaah.

Perkara bidaah bukan perkara main-main.

Kedua, apabila manusia buat perkara bidaah, mereka akan tinggalkan perkara yang sunnah. Yang sunnahnya adalah istirja’ dan doa. Syaitan akan bisikkan manusia buat perkara bidaah supaya tinggalkan perkara sunnah.

Akhirnya nanti, manusia tinggalkan yang sunnah dan buat yang bidaah sahaja. Itulah tujuan syaitan.

Kita kena halang perkara bidaah ini dari kecil lagi. Kadang-kadang kita nampak perkara bidaah yang dibuat sekarang, tidaklah besar mana tapi kalau dibiarkan, ia akan menjadi lagi teruk. Sampaikan lagi sepuluh tahun, kita tidak tahu apa akan jadi dengan agama kita ini kerana dah bertukar habis.

Ramai sekarang rasa buat bidaah itu tidak salah. pada mereka, yang sunnah pun buat juga, yang bidaah pun ‘apa salahnya’ buat.

Tidak begitu, bidaah kena ditinggalkan.

Mereka tidak nampak salahnya buat benda bidaah.

Agama dan syarak ini ditentukan oleh Allah dan disampaikan oleh Rasulullah. Kalau kita buat sendiri amalan yang bukan dari ajaran Nabi, itu kita sudah ambil tugas Nabi dah. Tak berat lagi kah?

Soalan:
Adakah nak kena bagi hadis yang menyelisihi sunnah seperti ini

Takkan Solat Pun Diazab?

عن سعيد بن المسيب أَنَّهُ رَأَى رَجُلاً يُصَلِّي بَعْدَ طُلُوْعِ الْفَجْرِ أَكْثَرَ مِنْ رَكْعَتَيْنِ يُكْثِرُ فِيْهَا الرُّكُوْعَ وَالسُّجُوْدَ فَنَهَاهُ فَقَالَ : ياَ أَبَا مُحَمَّدٍ يُعَذِّبُنِي اللهُ عَلَى الصَّلاَةِ؟ قَالَ : لاَ وَلَكِنْ يُعَذِّبُكَ عَلَى خِلاَفِ السُّنَّةِ

Dari Sa’id bin Al-Musayyib, sesungguhnya dia melihat seseorang setelah terbit fajar (setelah azan subuh) solat lebih dari 2 rakaat, dia memperbanyakkan rukuk dan sujud dalam solatnya tersebut. Maka Said bin Al-Musayyib pun melarangnya.

Orang itu berkata kepada Sa’id bin Al-Musayyib, “Wahai Abu Muhammad, apakah Allah akan menyeksaku kerana aku solat?.” Sa’id menjawab:“Tidak, tetapi Allah menyeksamu kerana engkau menyelisihi sunnah.”

(Atsar riwayat al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra 2/466 dan Abdurrazaq dalam Mushannaf 3/52)

Jawapan: Baik sekali. Tapi ini bukan hadis, tapi atsar. Kerana Sa’id Musayyib adalah seorang tabein yang terkenal. Ulama dari kalangan tabein.

Ini tentang melakukan sunnah. Masalah mereka adalah nampak ringan amalan bidaah. kena bagi hadis-hadis yang berkenaan larangan bidaah.

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ.

Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari

Daripada ‘Abdullah bin Umar radhiallahu’ anhuma:

كُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَاِنْ رآهَا النَّاسُ حَسَنَةٌ

Setiap bid’ah itu sesat, walaupun manusia memandangnya (perbuatan bid’ah tersebut) hasanah (baik).

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam “Aku wasiatkan kalian untuk bertaqwa kepada Allah, mendengar dan taat walaupan kamu diperintah oleh seorang hamba. Dan sesungguhnya barangsiapa di antara kamu yang masih hidup setelahku maka dia akan melihat perselisihan yang sangat banyak, maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnah ku dan sunnah khulafaur rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah tersebut dengan gigi-gigi geraham, dan berhatilah-hatilah kamu daripada perkara-perkara yang baru, kerana perkara-perkara yang baru itu bid’ah dan setiap bid’ah adalah kesesatan.” (Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi dan beliau mengatakan hadits ini hasan shahih)

عَنْ ابْنِ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَنَّ سُنَّةَ خَيْرٍ فَاتُّبِعَ عَلَيْهَا فَلَهُ أَجْرُهُ وَمِثْلُ أُجُورِ مَنْ اتَّبَعَهُ غَيْرَ مَنْقُوصٍ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ سَنَّ سُنَّةَ شَرٍّ فَاتُّبِعَ عَلَيْهَا كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهُ وَمِثْلُ أَوْزَارِ مَنْ اتَّبَعَهُ غَيْرَ مَنْقُوصٍ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْئًا

Dari Ibnu Jarir bin Abdullah dari bapaknya dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

bersabda: “Barangsiapa memulakan sunnah kebaikan, lalu dia diikuti atasnya, maka dia mendapatkan pahalanya dan seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun, dan barangsiapa memulakan sunnah kejelekan, lalu dia diikuti atasnya, maka dia mendapatkan dosanya dan dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun.” HR Tirmidzi

Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya perkataan yang benar itu ialah kitab Allah dan sesungguhnya semulia-mulia petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad dan seburuk-buruk perkara itu ialah yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat dan setiap kesesatan itu adalah di dalam neraka.”
[H.R. Muslim]

Kena beritahu mereka yang bidaah ini bukan perkara ringan. Kerana mereka tak sangka bidaah itu sampai berdosa… sebab itu mereka tanya: berdosakah kalau buat juga?

٦٥٢٦ – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ السَّرِيِّ حَدَّثَنَا نَافِعُ بْنُ عُمَرَ عَنْ ابْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ قَالَ قَالَتْ أَسْمَاءُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَنَا عَلَى حَوْضِي أَنْتَظِرُ مَنْ يَرِدُ عَلَيَّ فَيُؤْخَذُ بِنَاسٍ مِنْ دُونِي فَأَقُولُ أُمَّتِي فَيُقَالُ لَا تَدْرِي مَشَوْا عَلَى الْقَهْقَرَى قَالَ ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ أَنْ نَرْجِعَ عَلَى أَعْقَابِنَا أَوْ نُفْتَنَ

6526. Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin Abdullah Telah menceritakan kepada kami Bisyir bin As Sari telah menceritakan kepada kami Nafi’ bin Umar dari Ibnu Abi Mulaikah mengatakan, Asma’ mengatakan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam; “aku berada di telagaku menunggu-nunggu orang yang datang kepadaku, tiba-tiba orang di belakangku ditangkap dan dijauhkan dariku sehingga aku berteriak-teriak; ‘Itu umatku, itu umatku! ‘ Tiba-tiba ada suara menjawab; ‘Kamu tidak tahu! Mereka berjalan dengan melakukan bid’ah, maksiyat, dan dosa besar’.” Ibnu Abi Mulaikah terus memanjatkan doa; Ya Allah, aku berlindung kepada-MU dari berbalik ke belakang atau terkena hantaman fitnah!
HR Al Bukhari

Dan banyak lagi hadis-hadis dan atsar tentang buruknya bidaah ini.

Soalan:
Dalam perdebatan antara DrRozaimi dengan Ustz Engku, DrRozaimi setuju adanya bid’ah hasanah.. boleh ustaz-ustaz kat sini terangkan..

Jawapan:
Saya tidak ingat secara spesifik apa yang disebut oleh Dr Rozaimi hari itu. Tapi memang ada bidaah hasanah.

Bidaah: perkara baru
Hasanah: baik

Dalam peredaran masa, dunia semakin canggih dan islam mengambil peluang itu. Oleh itu, sekarang kalau nak azan, kita pakai speaker. Dulu tidak ada. Jadi ini perkara baru.
Pelajar agama juga sekarang duduk dalam asrama untuk belajar agama. Zaman Nabi tidak ada, duduk di Suffah sahaja.
Qur’an dibukukan.
Ajar agama pakai telegram dan macam-macam lagi…

Semua ini baik dan ianya perkara baru. Tapi ianya adalah untuk memudahkan manusia nak amalkan agama, buat tambah atau ubah agama itu….
Sebagai contoh, kita tidak tambah lafaz azan, tapi kita gunakan speaker untuk lebih ramai dengar.

Ilmu tentang keduniaan. Iaitu selain dari ibadat dan agama. Bahagian agama, Nabi dah sampaikan semua tak perlu nak tambah tambah lagi. Tapi bahagian kehidupan keduniaan, ianya luas dan tiada penekanan dari Nabi melainkan Nabi ajar perkara perkara asas sahaja.

Komen dan Soalan