Utama Tazkirah Admin Jangan berhenti Berjuang Kerana Letih Dan Penat

Jangan berhenti Berjuang Kerana Letih Dan Penat

1972
0
Iklan

~Tadabbur Kalamullah 6 Muharram 1437H~

وَمَنْ جَاهَدَ فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ

“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk”[Surah al-Ankabut 6]

#Ayat ini memberitahu kita bahawa segala penat lelah, kesusahan, keperitan, halangan dan 1001 macam ujian dalam berjuang dan berjihad adalah untuk kepentingan diri kita sendiri.

#Allah SWT langsung tidak berhajat atas segala usaha dan kerja buat kita namun kitalah yang mengharapkan kepada Allah SWT untuk mendapat kelebihan, kemuliaan serta kedudukan tertinggi di sisi Allah dengan berjihad menegakkan agama yang diredhai Nya, iaitu Islam.

#Sesungguhnya Allah SWT Maha Adil dan Maha Penyayang. 1001 kesusahan dan kepayahan yang Allah datangkan kepada para pejuang agamaNya adalah untuk memberi nilaian dan ganjaran yang tidak terhingga banyaknya kepada kita. Sebab itulah jangan merungut, mengeluh atau kecewa dengan segala asam garam dalam usaha memartabatkan Islam.

#Sebesar-besar ganjaran Allah janjikan kepada orang yang berjuang mencari kedudukan di akhirat:

الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ * يُبَشِّرُهُمْ رَبُّهُمْ بِرَحْمَةٍ مِنْهُ وَرِضْوَانٍ وَجَنَّاتٍ لَهُمْ فِيهَا نَعِيمٌ مُقِيمٌ

“(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal”[Surah at-Tawbah 20-21]

#Nabi saw juga menggembirakan pejuang-pejuang yang bersungguh-sungguh dan berjaya mengharungi mehnah perjuangan:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا اغْبَرَّتْ قَدَمَا عَبْدٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَتَمَسَّهُ النَّارُ

“Kedua kaki seorang hamba yang berdebu di jalan Allah tidak akan disentuh oleh api neraka” [HR Bukhari]

#Yakinlah dengan janji-janji Allah SWT, agar kita kekal berjuang dan berjihad untuk Islam sehingga kita mati:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

“Wahai orang yang beriman, kalau kamu membela agama Allah nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu” [Surah Muhammad 7]

♡Jangan berhenti berjuang kerana letih dan penat. Berjuanglah mengikut kemampuan dan kepakaran masing-masing selagi nyawa di kandung badan. Ingatlah redha Allah dan janji Syurga itu benar♡

?Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Komen dan Soalan