Iklan
Susunan: Ustaz Adli Khalim
#SilsilahShahihah:
Hadits 46: Qadar, Dan Hadits Dua Genggaman Adalah Benar
Golongan ini untuk ini (yakni untuk syurga), dan golongan ini untuk ini (yakni untuk neraka).
هؤلاء لهذه وهؤلاء لهذه
Diriwayatkan oleh Ath-Thabarani dalam Al-Mu`jam Ash-Shaghir, Al-Bazzar.
= = = = = = = = = =
Ulasan:
1. Maksud “hadits dua genggaman” (yakni tajuk bab) adalah hadits-hadits yang menceritakan tentang takdir Allah. Al-Albani telah membawakan beberapa lagi hadits tentang qadar dalam bab ini.
2. Hadits ini menyebutkan bahawa takdir seseorang manusia telah ditetapkan sejak awal lagi, sama ada dia akan ke syurga atau ke neraka. Hadits ini akan dijelaskan lagi oleh hadits-hadits yang akan dibawakan selepas ini.