WACANA UITO:
Islam Anutan vs Islam Warisan
————————–
Soalan 6:
6⃣ Saya pernah terdengar bahawa Islam kita adalah Islam warisan, oleh itu kita hendaklah mengucap dua kalimah syahadah secara “official” di hadapan guru mursyid. Mohon penjelasan tentang asal usul kepercayaan seperti ini.
Jawapan THTL:
Dalil mereka:
“Sesungguhnya orang orang yang berai’at kepadmu (Muhammad) sesungguhnya mereka Bai’at kepada Allah” (AQS. Al Fath: 10)
Diantara ritual tareqat ialah talqin zikir yang dilakukan di hadapan syaikh yang mursyid atau syaikh tareqat, yakni melafazkan la ilaha illallah di hadapan mursyid. Tujuan pengulangan semula talqin zikir ialah supaya lafaz syahadah itu bersambung melalui syaikh mursyid kepada Nabi saw. Ini wujud dalam semua tareqat. Ia berasal dari Syaikh Abdul Qadir Jilani dalam kitabnya Sirrul Asrar.
Ia hanya rekaan kaum tareqat sahaja. Orang yang sudah mengucap baik warisan sekalipun ucapan tersebut sudah sah. Lagipun ia sudah mengulangi saban hari dalam solat (bacaan tasyahud).