Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Kepimpinan Orang-Orang Yang Bodoh : Tanda Kiamat Ke-61

Kepimpinan Orang-Orang Yang Bodoh : Tanda Kiamat Ke-61

551
0
Iklan

Tanda Kecil Kiamat Ke-61:

Kepimpinan Orang-Orang Yang Bodoh (امارة السفهاء)

Fiqh politik menetapkan rakyat mendapat kebaikan dari kepimpinan yang baik dan adil, manakala kecelakaan rakyat jika dipimpin oleh pemimpin yang korup dan rosak. Antara tanda Kiamat kecil ialah kepimpinan umat diserahkan kepada pemimpin bodoh sombong yang tidak berada di atas jalan agama. Dalilnya:

فعن جابر بن عبدالله رضي الله عنه ان النبي صلى الله عليه وسلم قال لكعب بن عجرة « اعاذك الله يا كعب من امارة السفهاء» قال وما امارة السفهاء يا رسول الله قال « امراء يوكونوا بعدي لا يهتدون بهديي ولا يستنون بسنتي فمن صدقهم بكذبهم واعانهم على ظلمهم فأولئك ليسوا مني ولست منهم ولا يردون على حوضي ومن لم يصدقهم بكذبهم ولم يعنهم على ظلمهم فاولئك مني وانا منهم و يردون على حوضي يا كعب بن عجرة: الصوم جنة و الصدقة تطفىء الخطيئة و الصلاة قربان – او قال برهان – يا كعب بن عجرة لا يدخل الجنة لحم نبت على سحت ابدا النار اولى به يا كعب بن عجرة الناس غاديان فمبتاع نفسه فمعتقها – او قال موبقه

Hadis Riwayat Jabir ra bahawa Nabi bersabda kepads Kaab bin Ujrah, semuga Allah melindungi kamu dari kepimpinan sufaha’. Kaab bertanya, ” apa itu kepimpinan sufaha’?. Jawab baginda,” yaitu kepimpinnan selepas aku yang tidak ikut hidayah dan sunnah aku. Sesiapa yang membenarkan mereka dengan penyelewengan mereka serta membantu kezaliman mereka maka mereka bukanlah golonganku dan aku bukan golongan mereka. Mereka dihalang dari haudhku. Barangsiapa yang tidak membenarkan mereka atas pembohongan serta tidak menolong mereka atas kezaliman mereka, itulah golonganku, aku termasuk golongan mereka dan menemui daku dihaudhku.
Wahai Kaab, puasa adalah perisai dan sholat adalah sembahan, sesungguhnya tidak akan masuk syurga akan daging yang tumbuh dari yang haram dan neraka adalah selayak baginya.

Wahai Kaab, manusia berpagi hari dengan dua keadaan: tergadai dirinya dan dia menebusnya atau yang terjual dirinya kemudian dia hancur.” HR Ahmad

Tahqiq: disahihkan oleh al-Albani
صححه الشيخ محمد ناصر الدين في صحيح سنن الترمذي وفي السلسلة الصحيحة

War in arabSyarah:
Kepimpinan bodoh sombong atau as-sufaha’ adalah ciri kepimpinan akhir zaman, kata asy-Sya’bi, hari kiamat tidak akan terjadi sehingga ilmu menjadi kebodohan dan kebodohan menjadi ilmu

(لا تقوم الساعة حتى يصير العلم جهلا و الجهل علما)

Kejahilan berleluasa, pemimpin yang bodoh dan orang yang amanah dan baik dicurigai dan dihinakan. WA

Komen dan Soalan