Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Ambil Ilmu dari Ulama’ Hingusan: Tanda Kiamat Ke-59

Ambil Ilmu dari Ulama’ Hingusan: Tanda Kiamat Ke-59

482
0
Iklan

Oleh THTL al-Jazani توان حسن:

Tanda Kecil Kiamat Ke-59/131
Ambil Ilmu dari Ulama’ Hingusan

(التماس العلم عند الأصاغر )

Lazimnya manusia menuntut ilmu dari ulama’ tersohor, alim dan senior (kibar al-ulama’), tapi di akhir zaman, manusia menuntut ilmu dari ulama’ ashaaghir atau ulama’ hingusan, muda atau lemah fiqhnya dan sedikit ilmunya.

Dalil:

عن أبي أمية الجمحي رضي الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إن من أشراط الساعة أن يلتمس العلم عند الاصاغر

Dari Abu Umayyah al-Jumahi dari Nabi saw: ” Sesungguhnya di antara Kiamat ialah jika ilmu dikutip dari ashaaghir.” HR Ibn Mubarak dalam az Zuhud, no 61 dgn sanad yang sahih albani

(الألباني في “السلسلة الصحيحة” 2 / 316 )
فسئل الإمام عبد الله بن المبارك عن الأصاغر فقال:«هم الذين يقولون برأيهم»أي لا يتثنتون من علمهم ولا يدققون في فتواهم ولا يستدلون بالادلة الشرعية وقيل أن الأصاغر أهل البدع

Ditanya akan Ibn Mubarak syarah hadith ini, khususnya istilah ashagir, ibn Mubarak menjelaskan, Ashaaghir ialah ulama’ yang banyak guna akal (khalaf). Ilmu cetek, tak cermat dalam fatwa dan tidak menggunakan fiqh dalil atau fiqh nusus. Ia juga bermaksud ulama’ dari puak ahlil bid’ah.

وقد روي عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قوله :«لا يزال الناس بخير ما اتاهم العلم من أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم ومن أكابرهم فإذا أتاهم العلم من قبل الأصاغر وتفرقت أهواءهم هلكوا

Athar Ibn Mas’ood ra: ” Manusia sentiasa dalam keadaan selamat sekiranya mereka ambil ilmu dari para sahabat dan ulama’ kibar (senior) yang ikut manhaj sahabat; mereka akan celaka jika ambil ilmu dari ashaaghir dan berpecah belah kerana ikut hawa nafsu.”

Syarah:
Hari ni muncul pulak protaz, ustaz selebriti, maka kena diperhatikan ilmu mereka dan fiqh dalil mereka berasaskan apa. WA

Ralat: ” Sesungguhnya di antara petanda Kiamat sudah hampir ialah jika ilmu diambil dari ashaaghir.” HR Ibn Mubarak

Soalan: Fiqh nusus apa syeikh?

THTL al-jazani توان حسن:

Fiqh berasaskan nas nas syarak

Fiqh dalil= fiqh berasaskan dalil dalil syarak

Nas singular, nusus plural

Komen dan Soalan