Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:
31. Perkara yang dianjurkan sepanjang bulan Ramadhan: Berbuka dengan apa yang mudah diperolehi, sama ada air atau seumpamanya.
سرنا مع رسولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم وهو صائمٌ ، فلما غربتِ الشمسُ قال: انزلْ فاجدحْ لنا. قال: يا رسولَ اللهِ ، لو أمسيتَ ؟ قال: انزلْ فاجدحْ لنا. قال: يا رسولَ اللهِ، إن عليك نهارًا ، قال: انزلْ فاجدحْ لنا. فنزل فجدحَ، ثم قال: إذا رأيتم الليلَ أقبل من ها هنا ، فقد أفطرَ الصائمُ. وأشار بإصبَعِه قِبَلَ المشرقِ.
الراوي : عبدالله بن أبي أوفى | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1956 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
Kami dalam perjalanan bersama Rasulullah ﷺ dalam keadaan baginda berpuasa. Ketika matahari terbenam, baginda berkata: “Turunlah, dan buatkan kami minuman.” Lelaki tersebut bertanya: “Ya Rasulullah! Bagaimana sekiranya kita menunggu malam?” Baginda berkata lagi: “Turunlah, dan buatkan kami minuman.” Lelaki tersebut menjawab: “Ya Rasulullah! Sekarang masih siang.” Baginda berkata lagi: “Turunlah, dan buatkan kami minuman.” Lalu lelaki tersebut turun dari tunggangannya lalu membuatkan minuman. Kemudian baginda berkata: “Sekiranya kalian melihat malam dari arah sini, hendaklah orang yang berpuasa berbuka.” Baginda mengisyaratkan telunjuknya ke arah timur.
إذا أَفْطَر أحدُكم فَلْيُفْطِرْ على تَمْرٍ فإن لم يَجِدْ فَلْيُفْطِرْ على ماءٍ فإنه طَهُورٌ
الراوي : سلمان بن عامر الضبي | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 695 | خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح
“Apabila salah seorang antara kalian berbuka puasa, hendaklah dia berbuka dengan tamar. Sekiranya dia tidak memperolehi tamar, hendaklah dia berbuka dengan air. Sesungguhnya air itu menyucikan.” – Sunan At-Tirmidzi, no. 695. Kata At-Tirmidzi: Hasan shahih.
كان النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ يفطر قبل أن يصليَ على رطباتٍ، فإن لم تكن رطباتٌ فتُميراتٌ، فإن لم تكن تُميراتٌ، حسا حسَواتٍ من ماءٍ
الراوي : أنس بن مالك | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 696 | خلاصة حكم المحدث : حسن غريب
Nabi ﷺ berbuka puasa dengan beberapa biji ruthab (kurma basah) sebelum solat. Sekiranya tiada ruthab, baginda akan berbuka puasa dengan beberapa biji tamar (kurma kering). Sekiranya tiada tamar, baginda akan berbuka puasa dengan air, seteguk demi seteguk. – Sunan At-Tirmidzi, no. 696. Kata At-Tirmidzi: Hasan gharib.
= = = = = = = = = =
Penjelasan:
1. Menurut Ibn Hajar, Al-Bukhari membawakan hadits Nabi ﷺ berbuka dengan air untuk menunjukkan bahawa orang berpuasa tidak diwajibkan berbuka dengan tamar, bahkan cukup dengan apa yang mudah diperolehinya, walaupun sekadar air biasa.
= = = = = = = = = =
Hashtag: #fiqhpuasa