#040616 Bilik (09) Ulum al-Quran
05.01.02 Bab Ayat Awal Turun (أول ما نزل)
#NotaBroSyarief #UlumQuran #UiTOBilik09
Setelah membincangkan dua pendapat utama berkaitan ayat-ayat atau surah yang pertama turun, Ust Manna Qattan menambah dua lagi pandangan di dalam bukunya:
3. Ada yang mengatakan yang pertama turun adalah surah al-Fatihah, dan boleh jadi yang dimaksudkan adalah yang pertama turun sebagai surah yang lengkap.
4. Dan ada juga yang mengatakan Basmalah (yakni: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ), kerana Basmalah terdapat pada awal setiap surah.
Adapun dalil-dalil yang mendokong kedua-dua pandangan di atas berstatus Mursal (bermakna ianya lemah).
Pendapat pertama (Rujuk Nota 05.01.01) yang didokong oleh hadits ‘Aisyah, merupakan pendapat yang terkuat, terpilih dan terkenal.
az-Zarkasyi menyebutkan di dalam al-Burhan bahawa penyesuaian hadits Aisyah dan hadits Jabir; adalah di mana Jabir telah mendengar dari Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam tentang kisah permulaan wahyu, tetapi dia hanya mendengar hujungnya dan tidak bahagian awal dari kisah tersebut. Jadi, beliau beranggapan bahawa surah al-Muddatstsir itu adalah yang pertama turun, sedangkan tidak.
Beliau juga menukilkan dari Ibn Hibban yang menyatakan di dalam Sahihnya,
لَا تَضَادَّ بَيْنَ الْحَدِيثَيْنِ
‘Tiada pertentangan di antara kedua-dua hadits tersebut”
Manakala pendapat yang menyebutkan bahawa surah al-Fatihah adalah pertama turun diriwayatkan dari jalan Abu Ishaq, dari Abu Maysarah, di mana dia menyebutkan:
كان رسول الله -صلى الله عليه وسلم- إذا سمع الصوت انطلق هاربًا، وذكر نزول المَلَك عليه وقوله: قل {الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ} … إلى آخرها.
Dahulu pernah Rasulullah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, apabila dia mendengar sesuatu suara, dia bangun secara mengejut. Kemudian dia menyebutkan tentang turunnya malaikat kepadanya dengan firmanNya, ‘Bacalah.. al-Hamdu lilLah (Bacaan surah al-Fatihah sehingga selesai)
al-Qadhi Abu Bakr menyebutkan di dalam al-Intishor, ‘Khabar (di atas) ini adalah Munqati’ (yakni: terputus sanadnya)’
walLaahu a’lam
Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan
#BroSyariefShares