Utama Bilik (05) Fiqhud Dalil 27. Menggosok Gigi, Walaupun Pada Waktu Petang

27. Menggosok Gigi, Walaupun Pada Waktu Petang

179
0
Iklan

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

27. Perkara yang dibolehkan sepanjang bulan Ramadhan: Menggosok gigi, walaupun pada waktu petang.

لَولا أن أشقَّ علَى أمَّتي لأمرتُهم بالسِّواكِ عندَ كلِّ صلاةٍ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح النسائي
الصفحة أو الرقم: 7 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

“Sekiranya tidak memberatkan umatku, aku akan perintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali ingin solat.” – Sunan An-Nasa’i, no. 7.
* shahih menurut Al-Albani

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. An-Nasa’i juga meriwayatkan hadits ini bawah bab:

الرخصة في السواك بالعشي للصائم

Bab: Keringanan untuk bersiwak pada waktu petang bagi orang yang berpuasa.

2. Hadits Abu Hurairah ini tidak membezakan sama ada waktu Subuh atau waktu `Asar, sama ada orang tersebut berpuasa atau tidak.

3. Menurut At-Tirmidzi, Asy-Syafi`i mengatakan tidak mengapa orang yang berpuasa bersiwak pada waktu pagi dan petang, sedangkan Ahmad dan Ishaq tidak suka orang yang berpuasa bersiwak pada waktu petang.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan