Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:
20. Perkara yang tidak membatalkan puasa: Muntah, sama ada dengan sengaja atau tidak.
من ذرعه قيء وهو صائم فليس عليه قضاء وإن استقاء فليقض
الراوي : أبو هريرة | المحدث : أبو داود | المصدر : سنن أبي داود
الصفحة أو الرقم: 2380 | خلاصة حكم المحدث : سكت عنه
“Sesiapa yang muntah dengan tidak sengaja dalam keadaan dia berpuasa, tidak wajib menggantikan puasanya. Sesiapa yang muntah dengan sengaja, wajib baginya qadha’.” – Sunan Abi Dawud, no. 2380.
* Tidak mahfuzh menurut Al-Bukhari, tidak shahih menurut At-Tirmidzi.
= = = = = = = = = =
Penjelasan:
1. Sesetengah `ulama’ menyebutkan telah berlaku ijma` bahawa muntah dengan sengaja membatalkan puasa. Namun, dakwaan ijma` ini kurang tepat.
2. Al-Bukhari membuat satu tarjamah bab:
باب الحجامة والقيء للصائم.
Bab: Berbekam dan muntah bagi orang yang berpuasa.
Kemudian beliau menyebutkan 2 riwayat daripada Abu Hurairah. Riwayat pertama, kata Abu Hurairah: “Apabila muntah, tidak membatalkan puasa. Sesungguhnya muntah itu sesuatu yang keluar, bukannya sesuatu yang masuk.” Riwayat kedua pula menyebutkan bahawa Abu Hurairah berpendapat muntah membatalkan puasa. Kata Al-Bukhari, riwayat yang pertama (muntah tidak membatalkan puasa) lebih shahih.
= = = = = = = = = =
Hashtag: #fiqhpuasa
terima kasih sangat bermanfaat
tentang muntah ketika puasa
infonya menarik