Utama Bilik (05) Fiqhud Dalil 19. Adakah Merokok Membatalkan Puasa?

19. Adakah Merokok Membatalkan Puasa?

253
0
Iklan

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

19. Adakah merokok membatalkan puasa?

1. Tiada dalil yang shahih tentang batalnya puasa kerana merokok. Namun, dikatakan majoriti `ulama’ kontemporari berpendapat merokok membatalkan puasa, antaranya:

(a) Dr. Yusuf bin `Abdillah Al-Qaradhawi. Menurutnya, orang yang berpuasa juga harus menahan diri daripada memenuhi selera yang biasa dilakukannya, bahkan menjadi ketagihan kepada sebahagian manusia, sehingga menjadi lebih penting daripada makan dan minum. Antaranya: pengambilan tembakau dan produknya (termasuk merokok, menghisap shisha), pengambilan dadah (dengan cara menghidu, menyedut, menyuntik).

(b) Syaikh Muhammad Shalih Al-Munajjid. Menurutnya, merokok itu haram, dan mengandungi partikel yang sampai ke perut.

(c) Syaikh Muhammad bin Shalih Al-`Utsaimin. Menurutnya, rokok termasuk dalam kategori minum (syariba – شَرِبَ). Menghisap rokok disebut syariba ad-dukhan (شَرِبَ الدُّخَان). Selain itu, asap rokok juga masuk ke dalam perut.

2. Adakah inhaler (bagi pesakit asthma) juga membatalkan puasa?

(a) Sebahagian `ulama’ kontemporari berpendapat inhaler membatalkan puasa, kerana sifatnya seperti rokok (partikelnya boleh masuk ke perut).

(b) Sebahagian `ulama’ kontemporari yang lain berpendapat inhaler tidak membatalkan puasa. Walaupun sifatnya sama seperti rokok, namun penggunaan inhaler adalah satu keperluan yang mendesak bagi pesakit asthma, dan tidak dilaksanakan sesuka hati, bukan pula kerana nafsu lapar.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan