Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:
15. Sekiranya seorang wanita suci pada waktu tengah hari, adakah dia wajib menahan diri daripada makan dan minum? An-Nasa’i berhujah dengan hadits berikut:
قالَ رسولُ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليْهِ وسلَّمَ يومَ عاشوراءَ: أمنْكم أحدٌ أَكلَ اليومَ؟ فقالوا: منَّا من صامَ، ومنَّا من لم يصُمْ، قال: فأتمُّوا بقيَّةَ يومِكم، وابعثوا إلى أَهلِ العُروضِ فليتمُّوا بقيَّةَ يومِهم
الراوي : محمد بن صيفي | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح النسائي
الصفحة أو الرقم: 2319 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
Rasulullah ﷺ bertanya pada hari `Asyura’: “Adakah antara kalian yang telah makan hari ini?” Lalu mereka menjawab: “Sebahagian daripada kami berpuasa, sebahagian yang lain tidak berpuasa.” Sabda baginda: “Sempurnakanlah sisa hari kalian (dengan berpuasa), dan utuslah kepada ahli Makkah supaya mereka menyempurnakan sisa hari mereka.” – An-Nasa’i, no. 2319.
* Shahih menurut Al-Albani.
= = = = = = = = = =
Penjelasan:
1. An-Nasa’i berhujah dengan hadits berikut, berdasarkan tarjamah babnya:
إذا طهرت الحائض أو قدم المسافر في رمضان، هل يصوم بقية يومه؟
Apabila sucinya seorang wanita daripada haid atau tibanya orang yang bermusafir dalam bulan Ramadhan, adakah dia harus berpuasa sisa hari tersebut?
2. Namun sesetengah `ulama’ (antaranya Malik) berbeza pendapat dengannya. Menurut mereka, wanita tersebut boleh makan dan minum sepanjang hari tersebut. Bahkan, sekiranya suaminya pulang dari musafir (dan suaminya tidak berpuasa kerana musafirnya), maka mereka boleh bersetubuh.
= = = = = = = = = =
Hashtag: #fiqhpuasa