Utama Bilik (63) Sifat Solat Nabi SAW Qiyam Ramadhan: Witir di awal malam tidaklah menghalang seseorang untuk mengerjakan solat...

Qiyam Ramadhan: Witir di awal malam tidaklah menghalang seseorang untuk mengerjakan solat nafilah selepasnya.

133
0
Iklan

susunan Ustaz Dr Adli Khalim

Ringkasan Fiqh Ramadhan:

43. Qiyam Ramadhan: Witir di awal malam tidaklah menghalang seseorang untuk mengerjakan solat nafilah selepasnya.

 

اجعلوا آخرَ صلاتِكم بالليلِ وترًا.
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 998 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Jadikan witir sebagai pengakhiran solat malam kalian.” – Shahih Al-Bukhari, no. 998.

 

كنا نعُدُّ له سواكَه وطهورَه . فيبعثه اللهُ ما شاء أن يبعثَه من الليلِ . فيتسوَّك ويتوضَّأُ ويصلِّي تسعَ ركعاتٍ . لا يجلس فيها إلا في الثامنةِ . فيذكر اللهَ ويحمدُه ويدعوه . ثم ينهض ولا يسلِّمُ . ثم يقوم فيصلي التاسعةَ . ثم يقعد فيذكر اللهَ ويحمدُه ويدعوه . ثم يسلِّم تسليمًا يسمِعُنا . ثم يصلِّي ركعتَين بعد ما يسلِّمُ وهو قاعدٌ . فتلك إحدى عشرةَ ركعةً ، يا بنيَّ . فلما أَسَنَّ نبيُّ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ ، وأخذه اللحمُ ، أوتَر بسبعٍ . وصنع في الركعتَين مثلَ صُنعِه الأولِ . فتلك تسعٌ ، يا بنيَّ .
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 746 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Kami biasa menyiapkan siwak dan air wudhu’ untuk baginda. Atas kehendak Allah baginda selalu bangun malam hari, lalu baginda bersiwak, kemudian berwudhu’, kemudian baginda solat sebanyak 9 raka`at. Baginda tidak duduk (tasyahhud) melainkan pada raka`at ke-8. Lalu baginda berzikir kepada Allah, memuji-Nya, dan berdoa kepada-Nya. Kemudian baginda bangkit dan tidak memberi salam. Kemudian baginda bangun untuk solat raka`at yang ke-9, kemudian baginda duduk, berzikir kepada Allah, memuji-Nya, dan berdoa kepada-Nya. Kemudian baginda memberi salam sehingga kami dapat mendengarnya. Kemudian baginda mengerjakan solat 2 raka`at dalam keadaan duduk. Demikianlah 11 raka`at, wahai anakku. Ketika Nabiyullah ﷺ berusia lanjut, dan bertambah gemuk, baginda berwitir sebanyak 7 raka`at, dan baginda melakukan 2 raka`at sebagaimana baginda melakukannya pertama kali. Demikianlah 7 raka`at, wahai anakku.” – Shahih Muslim, no. 746.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Sebahagian `ulama’ mengatakan seseorang yang telah mengerjakan witir di awal malam tidak boleh mengerjakan solat nafilah selepas witir tersebut. Ini berdasarkan hadits Ibn `Umar.

2. Namun, jumhur mengatakan boleh mengerjakan solat nafilah selepas witir, namun dia tidak boleh mengulangi witirnya pada malam tersebut. Hujahnya adalah hadits `A’isyah, yang menceritakan Nabi telah mengerjakan solat witir 9 raka`at (di akhir usianya, baginda cuma mengerjakan 7 raka`at), kemudian baginda bangkit dan mengerjakan solat nafilah lain sebanyak 2 raka`at. Dan inilah pendapat yang lebih kuat.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan