Utama Fiqh Ramadhan 13. Haid Dan Nifas Membatalkan Puasa

13. Haid Dan Nifas Membatalkan Puasa

206
0
Iklan

Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:

13. Perkara yang membatalkan puasa: Haid, nifas.

أليس إذا حاضَتْ لم تُصَلِّ ولم تَصُمْ ، فذلك نقصانُ دينِها.
الراوي : أبو سعيد الخدري | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1951 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

Bukankah apabila wanita datang haid, dia tidak solat dan tidak berpuasa? Demikianlah kekurangan dari segi agamanya.” – Shahih Al-Bukhari, no. 1951.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Para `ulama’ menyebutkan bahawa telah berlaku ijma` tentang puasa wanita haid dan nifas tidak sah. Hal ini berbeza dengan wanita istihadhah yang hukumnya seperti wanita yang suci.

2. Wanita yang suci daripada haid sebelum terbitnya fajar, wajib berpuasa dan puasanya sah walaupun dia belum sempat mandi wajib.

3. Wanita yang datang haid selepas terbitnya fajar, walaupun dalam tempoh yang pendek, tetap tidak sah puasanya.

4. Wanita yang datang haid sejurus sebelum terbenamnya matahari, tetap tidak sah puasanya, dan wajib diganti pada hari yang lain.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan