Utama Bilik (63) Sifat Solat Nabi SAW Membaca qunut dalam solat witir

Membaca qunut dalam solat witir

245
0
Iklan

Susunan Ustaz Dr Adli Khalim

Ringkasan Fiqh Ramadhan:

42. Qiyam Ramadhan: Membaca qunut dalam solat witir.

علَّمَني رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ كَلِماتٍ أقولُهنَّ في الوترِ : اللهمَّ اهدِني فيمن هدَيْتَ ، وعافِنِي فيمن عافيْتَ ، وتولَّنِي فيمن توليْتَ ، وبارِكْ لي فيما أعطيْتَ ، وقني شرَّ ما قضيْتَ ، فإِنَّكَ تقضي ولا يُقْضَى عليْكَ ، وإِنَّه لا يَذِلُّ من واليْتَ ، تباركْتَ ربَّنا ! وتعاليْتَ
الراوي : الحسن بن علي بن أبي طالب | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 464 | خلاصة حكم المحدث : حسن لا نعرفه إلا من هذا الوجه

Rasulullah ﷺ mengajarku tentang kalimat-kalimay yang aku ucapkan dalam witir: “Ya Allah! Beri petunjuk kepadaku sebagaimana orang yang Engkau beri petunjuk. Jagalah aku sebagaimana orang yang Engkau menjaganya. Peliharalah aku sebagaimana orang yang Engkau pemlihara. Berkatilah apa yang Engkau berikan kepadaku. Lindungilah aku daripada keburukanyang Engkau tetapkan. Kerana Engkaulah yang menetapkan, dan tiada sesuatu yang mengatur-Mu. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang mentaati-Mu. Maha Suci dan Maha Tinggi Engkau.” – Sunan At-Tirmidzi, no. 464. Kata At-Tirmidzi: Hasan, kami tidak mengetahuinya melainkan melalui jalur ini.

= = = = = = = = = =

Penjelasan:

1. Ini merupakan doa yang sepatutnya dibaca dalam qunut witir.

2. Menurut At-Tirmidzi, para `ulama’ berbeza pendapat tentang bila dibaca doa ini:

(a) Ibn Mas`ud berpendapat doa ini dibaca dalam solat witir sepanjang tahun, dan dibaca sebelum ruku`. Inilah juga pendapat Ats-Tsauri, Ibn Al-Mubarak, dan Ishaq.

(b) `Ali bin Abi Thalib pula tidak berqunut dalam witir, melainkan dalam separuh akhir Ramadhan, dan dibaca selepas ruku`. Inilah juga pendapat Asy-Syafi`i, dan Ahmad.

= = = = = = = = = =

Hashtag: #fiqhpuasa

Komen dan Soalan