Susunan Ustaz Adli Khalim
Ringkasan Fiqh Ramadhan:
11. Perkara yang membatalkan puasa: Jima`.
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَائِكُمْ
Dihalalkan bagi kalian untuk bersetubuh dengan isteri kalian pada malam bulan puasa. – Al-Baqarah, ayat 187.
كان النبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم يُقَبِّلُ ويُباشِرُ وهو صائمٌ، وكان أملكَكُم لإرْبِه .
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 1927 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
Nabi ﷺ bercium dan bermesra (dengan isteri) dalam keadaan baginda berpuasa, dan baginda merupakan orang yang paling mampu mengawal syahwatnya. – Shahih Al-Bukhari, no. 1927.
= = = = = = = = = =
Penjelasan:
1. Salah satu tarjamah bab Al-Bukhari:
باب المباشرة للصائم وقالت عائشة رضي الله عنها يحرم عليه فرجها
Bab: Bermesra bagi orang yang berpuasa. Kata `A’isyah radhiyallahu `anhu: Diharamkan baginya kemaluan isterinya.
2. Adapun bercium dibolehkan, selagi tidak sampai keluarnya mani. Kata An-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim (hadits no. 1106): “Tiada khilaf bahawa berciuman tidak membatalkan puasa, melainkan keluarnya mani dengan ciuman tersebut.”
= = = = = = = = = =
Hashtag: #fiqhpuasa