?Betulkah solat sunat tak serigid solat fadhu contohnya tak perlu thoma’ninah
Jawapan Ustaz Adli Khalim:
Saya ingin berbeza pendapat sedikit.
أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ دخلَ المسجدَ ، فدخلَ رجلٌ فصلَّى ، فسلَّمَ على النبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ فَرَدَّ ، وقال : ارجعْ فَصَلِّ ، فإنَّكَ لم تُصَلِّ . فرجعَ يُصلِّي كما صلَّّى ، ثم جاءَ ، فسلَّمَ على النبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ ، فقال : ارجعْ فصَلِّ فإنَّكَ لم تُصَلِّ . ثلاثًا ، فقال : والذي بعثَكَ بالحقِّ ، ما أُحْسِنُ غيرَهُ ، فعَلِّمْنِي ؟ فقال : إذا قمتَ إلى الصلاةِ فكَبِّرْ ، ثم اقرأْ ما تيسَّرَ معكَ من القرآنِ ، ثم ارْكَعْ حتى تطمئِنَّ راكعًا ، ثم ارفعْ حتى تعتدلَ قائمًا ، ثم اسجُدْ حتى تطمئِنَّ ساجدًا ، ثم ارفعْ حتى تطمئِنَّ جالسًا ، وافعلْ ذلكَ في صلاتِكَ كُلِّهَا .
الراوي : أبو هريرة | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
الصفحة أو الرقم: 757 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
Rasulullah ﷺ pernah masuk ke dalam masjid. Seorang lelaki juga masuk ke dalamnya, lalu dia bersolat. Dia kemudiannya memberi salam kepada Nabi ﷺ, dan baginda menjawabnya. Baginda berkata: “Ulang kembali solatmu, sesungguhnya engkau belum solat.” Lelaki tersebut mengulangi solat sebagaimana solat yang sebelumnya. Kemudian dia berjumpa dan memberi salam kepada Nabi ﷺ, lalu baginda berkata: “Ulang kembali solatmu, sesungguhnya engkau belum solat,” sebanyak 3 kali. Lalu lelaki itu berkata: “Demi Allah yang mengutusmu dengan kebenaran. Aku tidak mampu solat lebih baik daripada ini. Ajarkanlah aku.” Lalu baginda bersabda: “Apabila engkau bangun untuk solat, hendaklah engkau bertakbir. Kemudian engkau bacalah apa yang mudah bagimu daripada Al-Qur’an. Kemudian hendaklah engkau ruku` sehingga engkau thuma’ninah (tenang) dalam keadaan ruku`, kemudian hendaklah engkau bangun (i`tidal) sehingga engkau berdiri tegak. Kemudian, hendaklah engkau sujud sehingga engkau thuma’ninah dalam keadaan sujud, kemudian hendaklah engkau bangun daripada sujud sehingga engkau thuma’ninah dalam keadaan duduk. Lakukanlah seperti ini dalam semua solatmu.” – HR Al-Bukhari, no. 757
Hadits ini menunjukkan orang yang mengerjakan solat sunat dalam keadaan tidak thuma’ninah dianggap belum solat.
Wallahu a`lam.
?Apakah maksud hadis dibawah,
Baginda pernah solat diatas kenderaan,adakah baginda Solat sunat?
Daripada Jabir (r.a) katanya:
Rasulullah (SAW) pernah solat di atas kenderaannya dengan menghadap ke mana sahaja kenderaan itu menghadap. Dan apabila baginda hendak melakukan solat fardhu, maka baginda turun dan menghadap ke qiblat.
-Riwayat Bukhari
(Soheh Bukhari Jilid I No. 241 m/s 149)
Jawapan Ustaz Adli Khalim:
Ya, kalau solat fardhu, baginda akan solat di atas tanah. Kalau solat sunat, baginda biasa solat di atas tunggangan yang sedang bergerak.