~Tadabbur Kalamullah 5 Muharram 1437H~
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita” [Surah al-Ahqaf 13]
#Inilah gambaran Allah swt tentang hebat dan teguh orang-orang yang istiqamah di atas jalan kebenaran. Tiada sebarang kerisauan, keresahan, kebimbangan atau resah gelisah dalam kehidupan mereka kerana pergantungan mereka kepada Allah melebihi segala-galanya.
#Kehidupan mereka sentiasa mendahului Allah dalam segala urusan dan mereka hidup untuk Allah dan sentiasa istiqamah walaupun dihalang dan diancam.
#Berkata Khalifah ‘Umar bin al-Khattab r.a:
“Istiqamah itu ialah kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang”
#Orang yang benar-benar istiqamah mereka akan mempertahankan kebenaran di waktu orang ramai suka dan tidak suka. Juga di waktu kebenaran diterima manusia atau ditolak manusia tanpa mengira samada mempertahankan kebenaran itu mengundang untung atau rugi. Samada dia disukai kerana mempertahankan kebenaran atau dibenci. Tetap di atas landasan kebenaran samada di waktu senang atau susah, waktu kaya atau miskin, di waktu berpangkat atau dihina, diwaktu berjawatan atau kalah dlm pertandingan.
#Seorang sahabat, Sufyan bin Abdillah r.a. pernah bertanya Rasulullah s.a.w: “Ya Rasulullah, beritahuku dalam Islam ini satu perkataan yang aku tidak perlu bertanya sesiapa selain engkau?”. Jawab Nabi s.a.w: “Katakan aku beriman dengan Allah, kemudian kamu beristiqamahlah” (HR Muslim)
#Kebenaran adalah kebenaran. Kebenaran yang berpaksikan al-Quranul karim dan hadis Nabi saw.
♡Istiqamah hingga kemenangan yang dinaungi keredhaan Ilahi♡
?Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim