Utama Bilik (05) Fiqhud Dalil Apakah hukum wanita berambut pendek?

Apakah hukum wanita berambut pendek?

451
0
Iklan

?Assalamualaikum.. adakah hadis yang melarang wanita memotong rambut seperti lelaki..? ( untuk Ibu-ibu yang bekerja dan masalah keguguran rambut)

Jawapan:
Bab wanita menipiskan rambut:

Para isteri Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menipiskan sedikit rambut di kepala mereka, sehingga menjadi seperti ‘wafrah’ (iaitu rambut yang tidak melebihi telinga). (Sahih Muslim no: 320)

Dalam Fatwa Al Azhar dan Fatwa wanita oleh Ibn Baaz: wanita boleh berambut pendek kalau dipersetujui suami. Antara dalilnya isteri-isteri Nabi pendekkan rambut lepas kematian Nabi  .

Imam An Nawawi selepas menghuraikan hadith :

( وَكَانَ أَزْوَاج رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْخُذْنَ مِنْ رُءُوسهنَّ حَتَّى تَكُون كَالْوَفْرَةِ )

menyebut bahawa hadith ini menjadi dalil bahawa wanita boleh menipiskan rambut.

[ada ‘Ulamaa’ kata tak boleh]

Dipetik dari jawapan Ustaz Abulwafa, rakan founder al-Fikrah.net

Ulasan THTL:
Wanita kan pakai tudung bila keluar rumah…pakai tudung tu telah membedakan wanita dari lelaki, maka tak kisah dia nak rambut pendek ker.

Komen dan Soalan