Utama Bilik (28) Bidaah Nusantara Qawaid Bid’ah Ke-6/16: Jika berlaku Perselisihan Ulama Tentang Sesuatu Amalan Itu Bid’ah...

Qawaid Bid’ah Ke-6/16: Jika berlaku Perselisihan Ulama Tentang Sesuatu Amalan Itu Bid’ah atau Tidak, Maka Terbaik Jangan Diamalkan Apa Yang Khilaf Itu

494
0
Iklan

Qawaid Bid’ah Ke-6/16: Jika berlaku Perselisihan Ulama Tentang Sesuatu Amalan Itu Bid’ah atau Tidak, Maka Terbaik Jangan Diamalkan Apa Yang Khilaf Itu

(القاعدة السادسة: الاختلاف في فعل ما هل هو بدعة أم لا يسوغ العمل به بسبب ذلك الاختلاف)

Syarah:
Apabila kita dapati ada perselisihan ulamak dalam menentukan sesuatu amal, sebahagian mereka menyatakan ianya sunnah, harus atau sebahagian lagi menyatakan ianya bid’ah. Maka jangan diamalkan amalan yang diperselisihkan itu sebaliknya hendaklah berpegang dengan pendapat ulamak Muhaqqiqin yakni ulamak yang memiliki hujah dan dalil dari AQ, Sunnah dan amalan salaf.

Contoh: Beribadat pada malam Nisfoo Sya’ban, membaca Yasin Malam Jumaat, Solat Hajat perdana, Baca Yasin kepada orang yang nazak, membaca AQ di kuburan, Kenduri arwah, dan sebagainya, semuanya terdapat banyak pendapat. Maka sewajarnya kita jauhi dari melakukannya dan kita berpegang dengan apa kata para Muhaqqiqiin.

Qawaid Ke-6/16 Bah 2: Syarah Syaikhul Islam

قال شيخ الإسلام كما في مجموع الفتاوى “26/202”: وليس لأحد أن يحتج بقول أحد في مسائل النزاع، وإنما الحجة النص والإجماع، والدليل مستنبط من ذلك، تقرر مقدماته بالأدلة الشرعية، لا بأقوال بعض العلماء، فإن أقوال العلماء ويحتج لها بالأدلة الشرعية

Berkata Syaikhul Islam (MF jld 26:202:

“Tidak patut seseorang berhujah dengan pendapat seseorang ulamak dalam masalah yang diperselisihkan. Sebaliknya hujah yang perlu dipegang ialah nas, ijmak dan dalil yang diistibanth dari nas dan ijmak. Pendapat ulamak hanya boleh dipegang bila ia disokong oleh dalil-dalil syarak.”

Maka dalam masalah yang sering menjadi isu di Malaysia tidak bersandarkan nas, melainkan mereka melakukannya kerana faktor-faktor lain dan majoriti atau mainstream melakukannya kerana taksub kepada ulamak tersebut, kemudian mereka melabelkan puak yang memiliki hujah sebagai ‘wahabi”.

Rumusan: Kaedah ini menetapkan:

1⃣ jangan beramal dengan amalan yang diperselisihkan statusnya, samada bid’ah atau sunnah atau harus`

2⃣ Jalan keluar ialah berpegang dengan ulamak yang membahaskan khilaf tersebut yang memiliki hujah dan dalil syarak.?

MF = Majmu’ al-Fatawa

Salam syeikh..Dalam isu makan di kenduri arwah, hujah puak A.B.W.J ni menggunakan hadis di bawah sebagai satu lesen besar keluarga si arwah boleh menganjurkan makan-makan.

Bagaimana syarahnya syeikh sebab kelihatan bertentangan dengan hadis jaafar tu.

satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan lainnya;

عن رجل من الأنصار قال خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في جنازة فرأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو على القبر يوصي الحافر أوسع من قبل رجليه أوسع من قبل رأسه فلما رجع استقبله داعي امرأة فجاء وجيء بالطعام فوضع يده ثم وضع القوم فأكلوا فنظر آباؤنا رسول الله صلى الله عليه وسلم يلوك لقمة في فمه

Maksudnya;
“Daripada seorang lelaki dari Ansar berkata; kami keluar bersama Rasulullah SAW (untuk menziarahi) satu jenazah. Aku melihat Rasulullah SAW memberi wasiat ketika berada di atas perkuburan kepada penggali (penggali kubur) agar memperluaskan bahagian kaki jenazah itu dan memperluaskan dibahagian kepala jenazah itu. Ketika baginda SAW pulang, seorang seorang pemanggil kepada isteri telah menjemput Baginda SAW. lalu baginda SAW datang (menerima jemputan) dan Baginda SAW dihidangkan dengan makanan. Baginda SAW mengambil makanan itu, begitujuga sahabat-sahabat mengambil dan mereka makan beramai-ramai. Ayah kami melihat baginda SAW mengunyah satu suapan dalam mulutnya.

Jawapan:
Syarah hadith: Hadith ni memang sahih tapi orang yang cenderung kepada bid’ah tidak cermat dalam matan hadith, yang jadi khilaf ialah siapa yang panggil Nabi makan tu, ini dari kitab Tuhafah al-Ahwadzi (Syarah Sunan Termidzi:

قلت : قد وقع في المشكاة لفظ داعي امرأته بإضافة لفظ امرأة إلى الضمير ، وهو ليس بصحيح ، بل الصحيح ( داعي امرأة ) بغير الإضافة ، والدليل عليه أنه قد وقع في سنن أبي داود : ( داعي امرأة ) بغير الإضافة ، قال في عون المعبود : داعي امرأة ، كذا وقع في النسخ الحاضرة ، وفي المشكاة : داعي امرأته بالإضافة . انتهى

Terjemahan:
al-Mubarakfuri menyebutkan: Aku berkata: Terdapat di dalam kitab al-Misykat lafaz perkataan ‘wakil isterinya/isteri si mati’ yang mana perkataan ‘perempuan’ diidhofahkan/disandarkan kepada dhamir (huwa/dia yang membawa maksud isteri si mati). Ia adalah tidak sahih. Bahkan yang sahih adalah ‘wakil seorang perempuan’ tanpa disandarkan (maksudnya tak disebutkan itu isteri si mati). Dalilnya terdapat di dalam Sunan Abu Daud ‘wakil perempuan’ tanpa disandarkan (kepada si suami). Berkata penulis di dalam Aun al-Ma’bud: ‘wakil seorang perempuan’, sama sebagaimana yang disebutkan dalam nas yang ada. Di dalam al-Misykat: ‘wakil perempuan si mati/isteri si mati).
Ahli bid’ah dia sandarkan jemputan itu kepada si mati, yang sahih, jemputan makan tu tak ada kaitan dengan si mati, maksudnya jemputan makan kenduri dari perempuan Ansar yang kebetulan dah lama nak jemput Nabi makan di rumahnya.

Komen dan Soalan