Utama Bilik (07) Tadabbur Al-Quran Surah Al-Ghashiyah – Ayat 1

Surah Al-Ghashiyah – Ayat 1

517
0
Iklan

Tadabbur Surah Al-Ghashiyah (Hari Pembalasan) – Ayat – 88:1

هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ

Sudah datangkah kepadamu berita (tentang) hari pembalasan?[Al-Ghashiyah:1]

Sudahkah sampai kepadamu perihal Hari Kiamat yang huru-haranya meliputi semua makhluk? Pada hari itu bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya [Az-Zalzalah:1]

وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا

Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya [Az-Zalzalah:2]

وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنْفُوشِ

Dan gunung – ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan [Al-Qariah:5]

وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ

Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,[Al-Inshiqaq:4]

وَإِذَا الْبِحَارُ سُجِّرَتْ

Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur; [At-Takwir:6]

وَإِذَا الْبِحَارُ فُجِّرَتْ

Dan apabila lautan pecah bercampur-baur; [Al-Infitar:3]

إِذَا السَّمَاءُ انْشَقَّتْ

Apabila langit terbelah, [Al-Inshiqaq:1]

لَخَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَكْبَرُ مِنْ خَلْقِ النَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui.[Ghafir:57]

وَجَعَلْنَا السَّمَآءَ سَقْفًا مَّحْفُوظًا ۖ وَهُمْ عَنْ ءَايٰتِهَا مُعْرِضُونَ

Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya.[Al-Anbiya:32]

خَلَقَ السَّمٰوٰتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ۖ وَأَلْقٰى فِى الْأَرْضِ رَوٰسِىَ أَن تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍ ۚ وَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَآءِ مَآءً فَأَنۢبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ

Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik.[Luqman : 10]

أَفَلَمْ يَنظُرُوٓا إِلَى السَّمَآءِ فَوْقَهُمْ كَيْفَ بَنَيْنٰهَا وَزَيَّنّٰهَا وَمَا لَهَا مِن فُرُوجٍ

Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikitpun? [Qaf : 6]

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ وَالْفُلْكَ تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِأَمْرِهِ وَيُمْسِكُ السَّمَاءَ أَنْ تَقَعَ عَلَى الْأَرْضِ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ

Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu, dan (demikian juga) kapal-kapal yang belayar di laut dengan perintahNya? Dan Ia pula menahan langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya; sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia.[Al-Haj:65]

وَيَوْمَ تَشَقَّقُ السَّمَاءُ بِالْغَمَامِ وَنُزِّلَ الْمَلَائِكَةُ تَنْزِيلًا

Dan (sebutkanlah perihal) hari segala langit pecah-belah (disertakan) dengan kumpulan awan (yang berisi malaikat), dan (pada hari yang tersebut) diturunkan malaikat itu dengan cara berpasuk-pasukan.[Al-Furqan:25]

فَإِذَا انْشَقَّتِ السَّمَاءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ

Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;[Ar-Rahman:37]

يَوْمَ تَمُورُ السَّمَاءُ مَوْرًا

Pada hari langit (dan segala isinya) bergegar dengan sekuat-kuatnya.[At-Tur:9]

وَانْشَقَّتِ السَّمَاءُ فَهِيَ يَوْمَئِذٍ وَاهِيَةٌ

Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh),[Al-Haqqah:16]

يَوْمَ تَكُونُ السَّمَاءُ كَالْمُهْلِ

(Iaitu) pada hari langit menjadi seperti tembaga cair, [Al-Ma’arij:8]

يَوْمَ نَطْوِي السَّمَاءَ كَطَيِّ السِّجِلِّ لِلْكُتُبِ ۚ كَمَا بَدَأْنَا أَوَّلَ خَلْقٍ نُعِيدُهُ ۚ وَعْدًا عَلَيْنَا ۚ إِنَّا كُنَّا فَاعِلِينَ

(Ingatlah) hari Kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catitan; sebagaimana kami mulakan wujudnya sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi; sebagai satu janji yang ditanggung oleh Kami; sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.[Al-Anbiya’:104]

Tadabbur keseluruhan Surah Al-Ghashiyah Ayat 1

Pada hari itu langit terbelah. [84:1] Langit yang dahulunya adalah makhluk hebat [40:57] yang ditinggikan sebagai atap yang terpelihara kukuh, [21:32] tanpa tiang yang dapat dilihat, [31:10] tanpa sebarang kecacatan, [50:6] terpelihara daripada menimpa bumi, [22:65] tiba-tiba telah terbelah, pecah-pecah mengeluarkan kabut putih [25:25] dan bertukar menjadi merah mawar bagaikan kilauan minyak. [55:37] Ketika itu langit benar-benar bergoncang. [52:9] Ketika itu ia reput dan runtuh, [69:16] menjadi cair bagaikan luluhan perak. [70:8] Lalu digulung bagaikan gulungan kertas. [21:104] Māsha’alLāh.

Bagaimana halnya manusia ketika itu?

Pada hari itu semua wanita yang menyusui anak terlepas anak yang disusuinya dari pangkuan, wanita yang hamil gugurlah anak dari kandungannya. Pada hari itu manusia kelihatan terhoyong hayang bagaikan orang mabuk, padahal mreka sebenarnya bukan mabuk, akan tetapi seksaan daripada Allah itu amatlah keras.

يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُمْ بِسُكَارَىٰ وَلَٰكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ

Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan [Al-Haj:2]

يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ

(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?”[Al-Qiyamah:10]

يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ

(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,[Al-Qariah:4]

Pada hari itu semua wanita yang menyusui anak terlepas anak yang disusuinya dari pangkuan, wanita yang hamil gugurlah anak dari kandungannya. Pada hari itu manusia kelihatan terhoyong hayang bagaikan orang mabuk, padahal mreka sebenarnya bukan mabuk, akan tetapi seksaan daripada Allah itu amatlah keras. [22:2] Pada hari tiada jalan bagi manusia hendak menyelamatkan diri. [75:10] Manusia berhamburan bagaikan kelkatu yang terbang berkeliaran, [101:4]

Kembalilah kepada al-Qur’an. Hayatilah ia sebagaimana yang Nabi tunjukkan. Tiada yang akan menghadapi hari ini melainkan manusia yang buruk sekali. Kata ‘AbdulLah bin ‘Amr bin al-‘As:

#tadabburalquran#ustazbaharuddinayudin#sematquran

 

Komen dan Soalan