Utama Bilik (04) Rahiqum Makhtum Latarbelakang Madinah

Latarbelakang Madinah

2590
0
Iklan

Sebagai latar belakang kita mulakan :

Madinah ketika itu ianya adalah Yathrib.

Yathrib adalah kediaman orang – orang arab gunung yang kebanyakan adalah petani dan pengembala. Yathrib adalah antara laluan orang Quraish Makkah ke Sham.

Bersama orang orang Arab di Yathrib pada masa itu adalah Kabilah Yahudi yang berasal dari Sham yang bertebaran selepas Parsi menguasai Sham dan mengzalimi bangsa yahudi.

Seperti mana kita pernah baca bangsa Arab pada masa itu meneruskan amalan agama Hanif dengan mengerjakan Haji di Mekah, amalan ini turut diamalkan oleh Arab yang tinggal di Yathrib.

Dari segi populasi dan ekonomi

Madinah tidak mempunyai penduduk yang ramai dan mereka tinggal berpancaran di ladang-ladang kurma milik mereka. Barangan dan keperluan diperolehi oleh penduduk Madinah dipasar-pasar milik Yahudi.

Yahudi menguasai ekonomi dengan menguruskan pasar dan memberikan pinjaman kepada orang Arab. Kurma-kurma Madinah dibeli oleh Quraish Mekah dan Yahudi dan dijual ke Sham.

Begitulah sedikit latar mengenai Madinah sebelum kedatangan Nabisaw.

Mengikut As Samhudi yang menulis tentang sirah Madinah dalam karya Al Wafa terdapat lebih dari 20 nama dan gelaran bagi Madinatun Nabi.

Cintanya Rasulallah saw akan Madinah:

حب النبي للمدينة . روينا في الصحيحين حديث

Rasulallah saw berdoa akan hal cintanya pada Madinah.

«اللهم حبّب إلينا المدينة كحبنا مكة أو أشد»

Ya Allah CIntakanlah kami pada Al Madinah seperti cinta kami pada Mekah, atau yang melebihinya.

1000 orang++ populasi penduduk, dalam kawasan ladang/kebun, kawasan berbukit-bukit

Kalau di Malaysia mana kawasan yang sepadan dengan keterangan diatas ?

Walau dimana pun jawapan anda, kawasan yang berciri demikian jika penduduknya ada 10 ciri ini agama Islam akan hidup dan membangun disana.

Apakah ciri ciri tersebut ianya ada dalam lakaran kehidupan 4 tahun pertama Madinatun Nabi. Maka sama-samalah kita menyelami dan mendalami nya

Ciri pertama yang ada oleh penduduk Madinah baik dikalangan Ansar dan Muhajirin adalah:

Perasaan ummah, mereka sama-sama mengambil berat dan memenuhi keperluan dan permintaan saudara saudara Islam mereka di Madinah sebagai satu ummah, walau dikalangan Muhajirin ada berbangsa Parsi dan berbangsa Habsyi mereka tidak membezakannya sedikit pun. Hanya Ummah menjadi arah sasar bantuan dan pertolongan mereka.Mereka telah diikat atas persaudaraan ummah.

Perasaan ummah ini juga mendorong penduduk Madinah bersungguh-sungguh mengajak mereka yang tinggal di kejiranan Madinah, mereka mahu semuanya merasai nikmat İslam dan İman yang natijah darinya adalah redha ALLAH dan dikurniakan syurga yang akan didiami selama selamanya dalam nikmat.

kita sorot 4 tahun pertama hijrah

0H-1H – Nabi saw dan para sahabat berhijrah ke Madinah. membangunkan masjid Nabawi dan mempersaudarakan Muhajir dan Ansar. Beberapa ekspedisi menjaga sempadan diketuai sendiri oleh Rasulullah SAW.

2H – Peperangan Badar dan beberapa siri ghazwah dan sariyyah.

3H – Peperangan Uhud, Serangan keatas Yahudi Bani Qainuqa’ dan beberapa siri sariyah.

4H- Peperangan Ahzab atau Khandak dan beberapa siri sariyah dan ghazwah.

4 tahun yang sangat-sangat mencabar ini, telah menjadikan umat Islam Madinah lebih kuat dan tabah. Segalanya sempit di masa ini, bilangan yang tidak ramai, keadaan ekonomi yang ditekan dan masyarakat luar memandang Madinah tiada langsung pengaruh dan kuasa politik di Jazirah Arab khususnya.

Kekuatan dan keyakinan pada janji-janji dan bantuan dari Allah apabila menunaikan perintah dan amanah dariNya adalah faktor kekuatan motivasi dan yakin di hati umat Islam Madinah.

kita sorot biografi (tarajim) Rasulallah saw pada 4 tahun pertama Hijrah

1H- dikala ini Rasulallah saw mempunya 2 orang Isteri Saudah ra dan Aisyah ra dan tinggal di hujurat di Masjid An Nabawi.

2H- Fatimah binti Rasulallah saw bernikah dengan Ali ra.

3H- Anak angkat Rasulallah saw Zaid bin Harithah bernikah dengan Zainab bin Jash. Rasulallah saw mendapat cucu yang pertama Hasan bin Ali.

4H- Rasulallah saw mendapat cucu yang kedua Husain bin Ali.

Ini adalah dari ingatan saya mungkin terdapat kesalahan fakta. Tujuan utama saya ada untuk membezakan antara catitan Sirah dan Tarajim.

Semoga kita melihat kehidupan Rasulallah saw secara syumul seperti mana kita diperintahkan oleh Allah swt untuk masuk ke dalam Islam secara KAFFAH. Selami kehidupan Rasulallah saw kerana kehidupan baginda adalah sumber agama.

Historiografi mengkaji tujuan seorang penulis sejarah, menyusun dan menulis karyanya. Ini lebih kurang sama dengan kajian manhaj penulis atau pengumpulan hadis oleh Muhaddisin.

Wallahu a’alam.

Gis piagam Madinatun Nabi

Pada dasarnya adalah sama dengan maqasid shar’iyyah iaitu bertujuan menjaga 5 perkara dan daripada piagam ini masyarakat Madinah di bentuk.

Cuma persoalannya perincian Piagam Madinah menurut Muhaddisin adakah sama/sepakat atau bagaimana? adakah ittifaq seperti yang di riwayatkan oleh Ibn Hisyam dari Ibn Ishak?

Apa apa pun tujuan piagam Madinah itu adalah satu kesaksian dan persetujuan bersama dengan penuh perasaaan dan keyakinan kepada Alllah dan Rasulnya.

Itu isu teknikal sahaja, yang lebih penting dari piagam itu apakah semangat/jazbah dan kefahaman dari piagam yang dibuktikan dengan tindakan para sahabat dari tahun pertama hijrah hinggalah fathulmakkah.

Dari tahun 1h hingga 4-5h adalah saat getir ujian kesatuan ummah. Kenapa saya katakan begitu? kerana tawaran dari luar yang sangat lumayan, baik dari kafir Quraish, baik dari Yahudi, dari kerajaan Sham. Tepat semangat dan perasaan umat itu menjadi benteng kepada tawaran dan godaan ini.

Bahkan menurut pengarang Hayatus Sahabah, Syaikh Muhammad Yusof Al Kandhlawi jika kita nak usahakan semangat atau perasaan keummatan ini, ujian/tawaran/godaan yang sama juga kita akan hadapi.

Semoga kita berjaya dan tabah menghadapi ujian tersebut demi menjaga perasaan umat untuk mendapat Redha dari Allah swt

Soalan untuk dijawab sendiri. Apakah dengan mewujudkan satu jemaah dan membuat suatu piagam jemaah tersebut, membatalkan piagam Madinah yang mahu umat Islam bersatu atas nama Ummah ?

Jika kita bisa bertahan di Ahzab, insya Allah kita akan mendapat Hudaibiyyah dan jika kita menerima Hudaibiyyah dengan redha, Insya Allah kita akan mendapat Fathul Makkah.

Sequence dan urutan peristiwa dalam sirah ini terus berulang ulang pada watak dan masa yang berbeza, semoga kita ada perasaan ummat dalam diri kita.

Wallahu a’alam bi sowwab

Usai ahzab inilah kata Rasulallah saw.

Mulai sekarang, kitalah yang akan menyerang mereka dan mereka tidak akan dapat lagi menyerang kita, kitalah yang akan mendatangi mereka

Rahiqul Makhtum ms 408 Cetakan Kemilau. Akhir bab Ahzab

Ya ummat di uji, jika pada masa itu mungkin kurang dari 10,000 umat Muhammad saw, kini kira kira 2 bilion umat di uji, menerima tawaran kafir yang biasa menjadi sahabat kita, tawaran kafir kuasa-kuasa besar dari Yahudi dan lainnya.

Jika kita dapat lepas dari semua godaan dan tawaran ini. InsyaAllah dari segi siasahnya kita bersatu dan kesatuan ini tidak ada satu pun dapat memecah belahkannya melainkan kematian.

Saya tak pandai bab siasah, cuma dari sirah ini umat Islam hanya dapat bersatu hati apabila meninggalkan tawaran-tawaran dari orang kafir bagi tujuan memecahbelahkan umat, sehingga dari itu barulah kita akan menjadi umat yang satu.

Inilah ujian berat yang sangat sangat crucial yang kita lalui.

#Sirahperjalananinsanagung#ar-rahiqalmakhtum#ustazazrilismail

 

Komen dan Soalan