Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Nota Fiqh Wanita 73

Nota Fiqh Wanita 73

259
0
Iklan

#Nourel Chinta

S&J Fiqh Wanita

Soalan 1

Apa hukum melakukan postmortem/pembedahan untuk cari punca-punca kematian ke atas jenazah islam ?

Jawapan 1 Thtl

Hukum post-mortem mayat
keputusan Majlis fatwa nasional
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-61 yang bersidang pada 27 Januari 2004 dalam membincangkan mengenai hukum bedah siasat mayat yang kematian bukan dikategorikan kes jenayah telah memutuskan;
“Hukum asal pembedahan mayat adalah haram tetapi dibolehkan sekiranya dalam keadaan dharurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenalpasti punca kematian dan penyelidikan serta pendidikan khususnya dalam bidang perubatan . ”

 

 

Soalan 2

Hukum kencing berdiri…di haramkan syurga, pernah terbaca,adakah benar?

Jawapan 2 Thtl

hukum kencing berdiri diharamkan syurga
tak ada nas atau dalil sedemikian. adapun hukum kencing berdiri, menurut fatwa saudi arabia adalah harus. kata Mufti saudi ben Baz, ‘Boleh saja buang air kecil sambil berdiri, terutama sekali bila memang diperlukan, selama tempatnya tertetutup dan tidak ada orang yang dapat melihat auratnya, dan tidak ada bagian tubuhnya yang terpercik air kencingnya” majmu; fatawa ibn baz

 

 

Soalan 3

Hukum / status keharusan menutup kepala & berdehem sewaktu membuang air besar/ kecil.

Jawapan 3 Thtl

menutup kepala dan berdehem ketika bang air
fatwa arab saudi, pengerusi: Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî.
tidak ada suruhan menutup kepala dan berdehem ketika buang air besar. kalau ada hadith pun, semuanya dhaif, sunan al-kubro, baihaqi no 460

 

 

Soalan 4

Solat dengan pakaian mengandungi minyak seperti minyak wangi beralkohol dan berminyak , minyak angin.

Jawapan 4 Thtl

solat dgn pakaian yg ada pewangi beralkohol, minyak angin
alkohol adalah suci
dalil:
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah najis termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. “(AQS Al-Maidah: 90).
najis khamar, berjudi dan berhala adalah najis maknawi bukan hissi
maka al-Qardhawi dalam fiqh taharah, memilih pendapat syawkani dan syun’ani, bahawa alkohol dalam parfum minyak angin adalah suci.

 

 

Soalan 5

Bolehkah wanita sedang haid :
-membaca alQuran (banyak mukasurat)
-memegang alQuran
-memegang tulisan@bait2 ayat Quran..

Jawapan 5 Thtl

Wanita haid membaca AQ, pegang AQ, dan memegang ayat AQ
Khilaf, jalan keluar kata mufti saudi, ben Baz, ialah menggunakan AQ terjemahan atau (sekarang e-AQ dalam smartfon)
(Majmu’ Fatawa Ibnu Baz, 10: 209-210)

 

 

Soalan 6

Aurat di antara pembantu rumah(wanita) dgn majikan (lelaki)

Jawapan 6 Thtl

Aurat antara maid dgn suami majikan
maid atau org gaji adalah pekerja bukan hamba sahaya di zaman salaf. maka auratnya sama antara wanita dan perempuan ajnabi atau asing. muka, dua telapak tangan dan kaki di maafkan kerana dia perlu bekerja

 

 

Soalan 7

Telah suci dr haid & selesai mandi wajib.Bolehkah memakai pakaian atau tuala mandi lama,(ketika sedang haid) yang bersih , sesudah mandi wajib ?

Jawapan 7 Thtl

Pakaian wanita haid
pakaian tsb suci jika tidak ada kesan darah atau najis yg lain. tubuh wanita haid juga suci bukan najis, yg kotor cuma darah haid sahaja.
dalil hadith: “Sesungguhnya mukmin itu tidak najis.” (HR. Al-Bukhari no. 283 dan Muslim no. 371)

 

 

Soalan 8

Apa maksud mimpi kiamat..dalam mimpi tu diperlihatkan syurga dan neraka..dan keadaan kiamat waktu tu huru hara?

Jawapan 8 Thtl

Mimpi kiamat
kiamat=justice atau keadilan akan tertegak, maksudnya akan ada sesuatu keadilan tertegak di mana anda melihat ia berlaku.
maksudnya kalau ia bermimpi melihat kiamat berlaku di malaysia, maka keadilan besar akan berlaku di malaysia, kalau kiamat umum, bermaksud juga jika dia dizalimi, dia akan mendapat keadilan.

 

 

Soalan 9

Bolehkah kanak-kanak yang tidak berkhatan jadi imam, ada dalil tak?
Ada yang cakap tak boleh sebab ada benda yang tak kena potong lagi ,benda tu bawa najis, macamtu lebih kurang syeikh.

Jawapan 9 Thtl

kanak2 belum khatan menjadi Imam
tak ada nas. ini kerana kriteria menjadi imam ialah pandai AQ dan paling tahu pasal fiqh solat. budak tidak khatan tidak boleh dihukumkan najis. hukum khatan juga khilaf di kalangan ahli fiqh, misalnya maliki cuma sunat sedangkan syafi’iy wajib.

nota:
budak belum khatan imamkan ibu dan adik beradik,
jawabnya boleh, jika dia mmg mahir baca AQ

 

 

Soalan 10

Hadith dibawah ni shahihkan syeikh ,boleh jelaskan maksud hadith ni.

Aisyah r.a menyebut:
“Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Jawapan 10 Thtl

waktu Imsak
‘Aisyah rabahwasanya Rasulullah saw bersabda,

إِنَّ بِلالا يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ

“Sungguh Bilal mengumandangkan adzan di malam hari. Tetaplah kalian makan dan minum sampai Ibnu Ummi Maktum mengumandangkan adzan.” (HR. Bukhari dan Muslim.
fiqh hadith:
waktu imsak ialah bila azan kedua. yakni azan ibn umi maktum. azan bilal pulak azan utk tahajjud. azan subuh di zaman Nabi ada dua kali, pertama azan bilal utk bangun tahajjud dan azan ummi maktum menandakan masuk waktu subuh.

 

 

Soalan 11

Syeikh, ada hadith berkenaan doa ini tak?
Allaahumma inni as aluka al ‘aafiyah
Boleh syeikh perincikan maksud al ‘aafiyah?

Jawapan 11 Thtl
اللهمَّ إنِّي أسألُك العافيةَ في الدُّنيا والآخرةِ

maksud al-aafiah, keselamatan di dunia dan akhirat
Hisnul Muslim no.83

 

 

Soalan 12
setiap manusia wajib menundukkan pandang, kalau saya mengelakkan pandangan tetapi saya terserempak dan memandang kearah tempat lain dengan bermuka tidak senyum, adakah yang saya lakukan itu berdosa?

Jawapan 12 Thtl

Pandangan pertama ok, kedua tundukan pandangan

dalil”

((يَا عَلِيُّ، لاَ تُتْبِعِ النَّظْرَةَ النَّظْرَةَ؟ فَإِنَّ لَكَ الأُوْلَى، وَلَيْسَتْ لَكَ الآخِرَةُ)) [رواه الترمذي وأبو داود وحسنه الألباني].

Wahai Ali, jangan kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan berikutnya, karena yang pertama itu boleh (dimaafkan) sedangkan yang berikutnya tidak. (HR. Tirmidzi dan Abu Dawud dan dihasankan oleh Al-Bani).

Komen dan Soalan