Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Nota Fiqh Wanita 77

Nota Fiqh Wanita 77

255
0
Iklan

#syafni

S&J Fiqh Wanita

Soalan 1

Kita mendapat balasan atas apa niat kita…
Jika kita baca surah yassin semasa menziarah si mati dengan niat untuk sedekah pahala kepadanya…sekalipun pahala tu tak sampai, adakah kita dapat pahala baca al quran …apa pendapat syeikh?

Jawapan 1 Thtl

Membaca AQdan dihadiah kpd si mati
Ia khilaf sebenarnya. Kita berlapang dada kpd org yg hanya bertaqlid kpd org lain dan tak mampu mengkajinya sendiri
dalam mazhab syafi’iy sendiri, pendapat asal atau qadim adalah dilarang dan tidak sampai
Firman Allah:
وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى

“Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya” (QS. An-Najm: 39).

Mengenai ayat tersebut, Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan,

ومن هذه الآية استنبط الشافعي ومن تبعه أن القراءة لا يصل إهداء ثوابها إلى الموتى ؛ لأنه ليس من عملهم ولا كسبهم ، ولهذا لم يندب إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم أمته ولا حثهم عليه، ولا أرشدهم إليه بنص ولا إيماء ، ولم ينقل عن أحد من الصحابة رضي الله عنهم ، ولو كان خيراً لسبقونا إليه وباب القربات يقتصر فيه على النصوص ، ولا يتصرف فيه بأنواع الأقيسة والآراء ، فأما الدعاء والصدقة ، فذاك مجمع على وصولها ومنصوصٌ من الشارع عليها

Dari ayat ini Imam Syafi’i dan ulama Syafi’iyah berpendapat bahwa bacaan Al-Qur’an tidak sampai pahalanya pada mayit karena bacaan tersebut bukan amalan si mayit dan bukan usahanya. Oleh karena itu, Rasulullah saw tidak menganjurkan umatnya dan tidak memotivasi mereka untuk melakukan hal tersebut. Tidak ada nash (dalil) dan tidak ada bukti otentik yang memuat anjuran tersebut. Begitu pula tidak ada seorang sahabat Nabi ra pun yang menukilkan ajaran tersebut pada kita. Law kaana khoiron la-sabaquna ilaih (Jika amalan tersebut baik, tentu para sahabat lebih dahulu melakukannya). Dalam masalah ibadah (qurobat) hanya terbatas pada dalil, tidak bisa dipakai analogi dan qias. Adapun amalan do’a dan sedekah, maka para ulama sepakat akan sampainya (bermanfaatnya) amalan tersebut dan didukung pula dengan dalil (Lihat Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azhim karya Ibnu Katsir, 7: 76).
namun, Imam Nawawi menyimpulkan:
Imam Nawawi rahimahullah mengatakan,

وَأَمَّا قِرَاءَة الْقُرْآن فَالْمَشْهُور مِنْ مَذْهَب الشَّافِعِيّ أَنَّهُ لَا يَصِلُ ثَوَابُهَا إِلَى الْمَيِّت وَقَالَ بَعْض أَصْحَابه : يَصِل ثَوَابهَا إِلَى الْمَيِّت .

“Untuk bacaan Al-Qur’an, pendapat yang masyhur dalam madzhab Syafi’i, bahwa itu tidak sampai pahalanya kepada mayit. Sementara sebagian ulama Syafi’iyah mengatakan, pahalanya sampai kepada mayit.” (Syarah Sahih Muslim, 1: 87)

 

 

Soalan 2

Ketika puasa gigit kulit bibir (dalam) apakah hukum nya? Mohon penjelasan.

Jawapan 2 Thtl

Lihat niat kenapa dia gigit, kalau niat dia baik, dia luahkan bukan telan.

 

 

Soalan 3

a) Boleh tak kita jual barang yang disedekahkan/hadiahkan pada kita?

Jawapan 3(a)Thtl

Boleh sbb dah hak milik kita

b)Kalau pemberi tidak benar di jualkan , haram ke jika kita jual jugak?

 

Jawapan 3(b) Thtl

Jual barang hadiah yg x dibenarkan jual
ya dosa sebab bila ia diberi bersyarat, maka ia dinamakan amanah. amanah kena dijaga.
dalil:
Janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. (AQS: Al-Anfaal ayat 27)

 

 

Soalan 4

Berkaitan melawat jenazah. Apakah amalan terbaik semasa melawat jenazah?

Jawapan 4 Thtl

Amalan semasa melawat jenazah
bergantung samada anda ahli keluarga terdekat, atau cuma jiran, atau sahabat handai..
Kalau bukan keluarga:
1. mengucap istirja’ (Inna Lillah….), bertakziah
2. memberi kata2 semangat dan ziki2 takziah
3. menghulurkan bantuan utk menyegerakan proses pengkebumian
4. tunggu sampai solat jenazah dan mengiringi sampai ke kubur dan berdoa di kuburan

 

 

Soalan 5

a) Bacaan yassin semasa pesakit sedang nazak dibolehkan atau tidak?

Jawapan 5(a)Thtl

Membaca Yasin ketika org sakit nazak atau sakratul maut
Boleh dalam mazhab hanbali, asalkan tidak disandarkan kpd hadith nabawi, demikian kata syaikh Uthaimin, majmu’ fatawa jld 17. ia berdasarkan atsar sahabat Ghudaif bin al-Haarith al-Thumali yg menyuruh dibacakan yasin kepadanya ketika dia sakit yg berat. Ini dipersetujui oleh Imam Ibn Taymiyah dalam al-Ikhtiyaarat

b) Maknanya bukan amalan nabi saw baca yassin ketika org sakit sedang nazak?

Jawapan 5(b)Thtl

Nabi saw tidak membaca surah yasin ketika menziarahi sahabat yg nazak. kalau ada selesai masalah kita…he3
yg kata boleh ialah Imam Ahmad ibn Hanbal, seorang imam mazhab yg ulung

 

 

Soalan 6

Katakanlah ada seorang lelaki yang jantinanya di tukar dan ada seorang perempuan yang di tukar jantina lelaki. Kalau misalnya mereka ni brtemu jodoh macamana ustaz..tanpa ada orang yang tahu tentang jantina sebenar.

Jawapan 6 Thtl

Ops tukar jantina
Tukar jantina ni mestilah disahkan oleh pejabat mufti dan pihak berwajib yang lain spt jabatan pendaftaran negara dan jabatan Kimia, ujian DNA. Ini kerana org yg keliru gender boleh menukar jantina jika mendapat lampu hijau dari sekumpulan pakar genetik dan disahkan oleh jabatan agama/pej mufti. Mesir juga mengiktiraf hak org yg keliru gender utk menukar jantina mengikut nasihat dan ujian pakar genetik

 

 

Soalan 7

Apa hukumnya kita jadikan bahan makanan sebagai bahan pembelajaran anak-anak sebagai contoh guna tepung gandum, minyak, garam & pewarna makanan untuk membuat play doh supaya bila anak-anak termakan masih selamat.
Saya baca sharing daripada blog ni kata tak boleh http://wanitasalihah.com/mainan-anak-anak-yang-terbuat-dari-bahan-makanan-apa-kata-ulama/

Saya share artikal ni pada sahabat tapi mereka minta saya cari sumber dr malaysia.
Dalam link tu nyatakan menggunakan bahan makanan membazir dan boleh dikategorikan sebagai menghina dan menyia2kan nikmat. Mohon penjelasan ustaz. Terima kasih.

Jawapan 7 Thtl

Menggunakan bahan makanan utk pembelajaran
Mmg boleh utk ilmu, pelajar seni culinary dan masakan juga menggunakan pelbagai makanan utk latihan memasak, bahkan yg lebih haram, misalnya autopsi mayat utk pelajar2 medik, asalnya haram menyakiti mayat, tapi demi pembelajaran, ia dibolehkan.

 

 

Soalan 8

Bolehkah kita mazhab syafie mengguna pakai mazhab lain dalam fiq?

Jawapan 8 Thtl

Orang mazhab syafi’iy gunapakai mazhab lain
Jawabnya boleh. dalil:
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (AQS. An-Nahl: 43)
yang dilarang oleh jumbur ulamak ialah TALFIQ, mencari yang termudah dalam agama, maka dia mencari pada semua mazhab. manakala pindah mazhab mencari yg terbaik dan terkuat, maka itu adalah terpuji.

 

 

Soalan 9

Apakah hukum kita buat badal haji dan badal umrah? Adakah si mati mendapat pahalanya?

Jawapan 9 Thtl

Badal haji,
Fatwa mufti saudi (syeikh ben baz)
a. jika si mati tidak dapat mengerjakan haji kerana sebab tertentu tapi dia ada harta dan sihat, maka wajib dibadalkan utknya dgn harta si mati, pahalanya sampai
b. jika dia miskin dan tidak layak haji, maka tidak wajib dibadalkan utknya.
terbaik, anak si mati yg sudahpun haji, dia melakukan badal haji dari Malaysia ke mekah utk badal haji ayahnya.
(http://www.binbaz.org.sa/mat/690)

Komen dan Soalan