Kawaid Bid’ah 5/16: Niat Yang Baik Tidak Menghapuskan Amalan Bid’ah
( النية الحسنة لا تخرج الشيء المحدث عن كونه بدعة بتلك النية الحسنة )
Hadith berkaitan:
قوله عليه الصلاة والسلام: “إنما الأعمال بالنيات”
Sabda Nabi saw melalui jalur Umar al-Khattab ra. :
” Sesungguhnya setiap amal berdasarkan niat” matan arbain anNawawi no.1
( Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan ramai lagi )
Maksud hadith: Niat tidak menghalalkan semua amalan, akan tetapi amalan yang ada nas dari AQ dan As-Sunnah sahaja.
Kaedah 5/16 Bahagian 2
Syarah
قال محمد بن عجلان كما في جامع العلوم والحكم “10”: لا يصلح العمل إلا بثلاث: التقوى لله، والنية الحسنة والإصابة
Kata Muhammad bin Ajlan, syarah Jaami’ al-Uloom wal Hikam, ms 10)
“Tidak sah sesuatu amalan melainkan dengan tiga perkara: taqwa, niat yang baik dan ikut sunnah.
وقد جاء في قصة عبد الله بن مسعود مع أصحاب الحِلق الذين كان معهم حصى يذكرون الله به أن ابن مسعود قال لهم: “والذي نفسي بيده إنكم لعلى ملة أهدى من ملة محمد أو مفتتحوا باب ضلالة” قالوا: والله يا أبا عبد الرحمن ما أردنا إلا الخير، قال: “وكم من مريد للخير لن يصيبه”.
أخرجه الدارمي “1/68” وهو صحيح
Terdapat kisah Ibn Mas’ood ra yang melihat sekumpulan orang Islam duduk dalam mesjid berzikir secara jama’iy sambil menghitungnya dengan kerikil batu. Lantas Ibn Mas’ood menegurnya,” Demi diriku dalam genggamannya, apakah kamu dapat lebih hidayah dari Muhammad atau kamu membuka pintu (Bid’ah) kesesatan?” salah seorang dari mereka menjawab, ” Demi Allah, Ya Abu Abdul Rahman, niat kami baik baik sahaja.” Jawab Ibn Mas’ood, ” Berapa banyak orang yang inginkan kebaikan, tapi tidak menemuinya.” Sunan Darimi, 1/68, sahih
Syarah atsar:
Ibn Mas’ood menolak zikir jama’iy dan menghitung zikir dengan anak batu (sekarang biji tasbih) walaupun niat mereka adalah untuk ibadat. Ini kerana niat baik tidak merubah amalan bid’ah.