Utama Bilik (21) Aqidah Salaf Sifat al-Yadd (tangan)

Sifat al-Yadd (tangan)

415
0
Iklan

Sifat al-Yadd (tangan)

Sifat al-Yadd termasuk di antara sifat dzatiyyah khabariyyah. Di dalam al-Kitab mahupun as-sunnah terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa Allah SWT bersifat dengannya selaras dengan keagungan dan kebesaran-Nya.

Firman Alah Ta’ala:

قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ

“(Allah) berfirman: ‘Wahai Iblis, apakah yang menghalang kamu sujud kepada apa yang telah Aku ciptakan dengan kedua-dua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu (berasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (QS. Shad: 75)

Firman Allah Ta’ala:

وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ

“Orang-orang Yahudi berkata, “Tangan Allah terbelenggu.” Sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. Padahal kedua tangan Allah terbuka, Dia memberi rezeki sebagaimana Dia kehendaki…” (QS. Al-Maidah:64)

Firman Allah Ta’ala:

… إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ

“Bahwa orang-orang yang berjanji setia kepadamu (Muhammad), sesungguhnya mereka hanya berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka…” (QS. Al-Fath:10)

Tambahan:

Abul-Hasan Al-Asy’ariy (Pengasas Mazhab Asya’irah) menjelaskan kedudukan beliau dalam hal ini :

حكم كلام الله تعالى أن يكون على ظاهره وحقيقته، ولا يخرج الشيء عن ظاهره إلى المجاز إلا بحجة ….. كذلك قوله تعالى: (لما خلقت بيدي) على ظاهره أو حقيقته من إثبات اليدين
……بل واجب أن يكون قوله تعالى: (لما خلقت بيدي) إثبات يدين لله تعالى في الحقيقة غير نعمتين إذا كانت النعمتان لا يجوز عند أهل اللسان أن يقول قائلهم: فعلت بيدي، وهو يعني النعمتين

“Hukum dari (makna) firman Allah ta’ala adalah sesuai dengan zahir dan hakikatnya. Tidak boleh dipalingkan sedikitpun dari makna zahirnya kepada makna majaaz kecuali dengan hujah… Begitu pula dengan makna firman Allah ta’ala : ‘kepada yang telah Aku ciptakan dengan kedua tangan-Ku’ (QS. Shaad : 75) adalah sebagaimana zahirnya dan hakikatnya dari penetapan sifat dua tangan (Allah)…. Bahkan wajib untuk menjadikan makna firman Allah ta’ala : ‘kepada yang telah Aku ciptakan dengan kedua tangan-Ku’ untuk menetapkan dua tangan untuk Allah ta’ala secara hakikatnya, bukan dengan makna dua nikmat. Karena dalam bahasa ‘Arab tidak boleh seseorang mengatakan : ‘amiltu bi-yadai (aku berbuat dengan dua tanganku), dengan makna dua nikmat” [Al-Ibaanah, hal. 41].

http://abul-jauzaa.blogspot.my/2010/11/abul-hasan-al-asyariy-bertaubat-ke.html?m=1

Komen dan Soalan