Utama Tazkirah Admin Panduan Sunnah Ketawa Dan Ceria

Panduan Sunnah Ketawa Dan Ceria

327
0
Iklan

~Tadabbur Kalamullah 3 Muharram 1437H~

وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ

“Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis”[Surah an-Najm 43]

#Senyum dan ketawa adalah fitrah manusia. Seorang Muslim yang mukmin orangnya ceria, sentiasa tersenyum, senang bergurau dan kadangkala ketawa.

#Berkata Sayidina Ali r.a:

“Hiburkanlah hati dan carilah ungkapan bijaksana yang melucukan kerana hati juga menjadi jemu sepertimana jasad” (rujuk al-Jami’ li akhlak al-Rawi wa Adab al-Sami’)

#Berkata Dr.Yusof al-Qaradhawi dalam Fiqh al-Lahw wa al-Tarfih:

“Ketawa merupakan antara keistimewaan manusia. Binatang tidak boleh ketawa kerana ketawa datang hasil satu bentuk kefahaman dan pengertian terhadap satu ucapan yang didengarinya atau satu kejadian yang disaksikan. Rentetan itu dia ketawa”

#Nabi saw banyak tersenyum daripada ketawa atau gelak. Berkata Sayidina Aisyah r.ha:

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah ketawa terbahak-bahak sekalipun sampai ternampak anak tekak. Baginda hanya senyum” (HR Imam Muslim)

#Dianjurkan agar kita bersenda gurau dengan pasangan atau sesiapa sahaja dalam suasana harmoni.

Suatu hari Nabi bertanya Jabir bin Abdullah r.a: “Kamu sudah berkahwin wahai Jabir?”. “Ya”; kata Jabir. Tanya Nabi lagi: “Anak dara atau janda?”. “Janda”; jawab Jabir. Kata Nabi lagi: “Kenapa tidak anak dara? Kamu boleh bergurau-gurau dengannya dan dia bergurau dgn kamu. Kamu membuatkannya ketawa dan dia membuatkanmu ketawa” [HR al-Bukhari]

#Adab-adab Membuatkan Orang Ketawa:

1. Tiada unsur mempermainkan agama
2. Tidak sampai menakutkan
3. Perkara yang benar sahaja
4. Sekadarnya, tidak keterlaluan
5. Mengetahui keadaan orang
6. Tiada unsur mengumpat dan mengutuk
7. Ada masa-masanya
8. Tidak sampai ada orang terhina

♡Jadilah mukmin yang pemurah dengan senyuman dan sentiasa ceria serta riang dalam senda gurau. Biarlah tawa kita dihiasi dengan pahala dan rahmat Ilahi namun jangan sampai tawa gurau kita mengundang dosa dan murkaNya♡

?Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Komen dan Soalan