Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita: Nota ke 65 (Umum)

Fiqh Wanita: Nota ke 65 (Umum)

220
0
Iklan

 

#NourelChinta

S & J Fiqh Wanita UiTO

 

Soalan 1

Tanam pokok buah. pokok tersebut mengeluarkan buah dan dikencing oleh anjing. Apa perlu dibuat?

Jawapan 1 Thtl

pokok yg dikencing-kencing anjing
jawapan lama:
Kaedah ‘al-Istihalah al’A’yaan’
Perubahan zat sesuatu. ia bermaksud perubahan hakikat sesuatu dengan
cara hilang sebahagian atau keseluruhannya. (Ibn Abidin,Radd alMukhtar
1/217)

Dalam surah anNahlu: 66
Allah menceritakan bagaimana susu lembu dihasilkan dari proses yg
bernajis dalam perut lembu hingga berubah menjadi susu yg bersih

Firman Allah SWT
” kami beri minum kepada kamu dari apa yg terbit dari dalam perutnya
yang lahir dari antara hampas makanan dgn darah iaitu susu yg
bersih…”

Jika dari najis keluar susu yg bersih kerana pertukaran zat, maka
begitu juga najis haiwan yg digunakan kepada tumbuhan dan sayuran,
juga akan berubah zatnya dan mengeluarkan buah yg manis dan sayuran yg
lazat.

Berkata Ibn Taymiyah, jika pokok kurma disiram dan dibajai dgn najis,
ia bertukar menjadi dedaun mayang dan bunga korma dan akhirnya akan
mengeluarkan buah2 kurma yg manis; sebagaimana benda2 yg suci dan baik
boleh bertukar menjadi najis dan air kencing. Kita memakan pelbagai
manakan yg lazat dan antara yg terhasil ialah tahi dan kencing…
(majmoo’ Fatawa lil Syaykhul Islam: 21/611)

 

 

Soalan 2

Adakah pengebom berani mati itu harus /halal dalam islam seperti yang berlaku di palestin.

Jawapan 2 Thtl

a) pengebom berani mati
cara: pengebom akan memasang bom pada dirinya dan meledakkannya, tindakan itu memusnahkan hartabenda, ramai orang awam terbunuh termasuk wanita dan kanak-kanak
ada tiga fatwa:
pertama: haram, ini pendapat lajnah fatwa saudi diluluskan oleh syaikh ibn Baz. Ia ada dua dosa besar di dalamnya, satu bunuh diri adalah dosa besar, kemudian membunuh wanita, org tua dan kanak2 serta harta awam. membunuh manusia yg tidak berdosa adalah dosa besar, juga merosakkan harta awam.

b) pengebom berani mati
kedua: ia adalah sejenis jihad tertinggi yakni Istisyhad. Ia adalah fatwa Dr Yusof al-Qardhawi dr Qatar dlm kitab monumental Fiqhu JIhaadnya
alasan:
a. ia bukan putus asa dan bunuh diri melainkan menuntut mati syahid yg amat besar pahalanya. ia dilakukan kerana tiada lagi cara
b. ia khusus dlm situasi spt Palestina kerana semua penduduk israel dibekalkan senjata dan penduduk awam Israel sentiasa membunuh rakyat palestine

c) pengebom berani mati
ketiga: ia merugikan umat Islam, tidak dapat meraih kemenangan dan nama Islam akan buruk. Ini pendapat albani, persidangan OIC dan GCC

 

 

Soalan 3

Penggunaan ‘bismillah’ & ‘bismillahiraahmanirahim’ yang betul dalam penggunaan harian atau bacaan, mengikut cara yang betul.masa bila perlu baca pendek dan masa bila perlu panjang?

Jawapan 3 Thtl

isu basmallah
Basmallah adalah utk memulakan semua benda yg baik. makan, minum, start kenderaan, baca kitab…
Manakala cara nak baca basmallah dgn betul, maka kenalah masuk kelas tajweed Dewasa yg banyak di adakan di mesjid, antaranya sijil tajweed di mesjid negeri shah alam.

 

 

Soalan 4

Kaki adalah aurat wajib bagi 3 mazhab kecuali mazhab hanafi.
Saya seringkali melihat warga luar, memakai purdah tapi tidak berstokin kaki.
Jadi, tidak salah kalau wanita tidak memakai stokin kaki , ya shekh?
Sebab kita tak boleh terlalu condong atau taksub terikat kepada satu mazhab.. betul kah syeikh ?

Jawapan 4 Thtl

isu kaki wanita
kaki bukan aurat dalam mazhab Hanafi, kitab Addur Al-Mukhtar wa Radd Al-Muhtar jilid 1 halaman 375-379 dan Tabyinul Haqaiq oleh Az-Zaila’i jilid 1 halaman 95-97.
alasan mazhab ini ialah wanita Iraq, India, pakistan, tempat mazhab hanafi, wanitanya aktif berekonomi, maksudnya wanita menjadi petani dan berkerjaya berbanding wanita tanah arab, wanita adalah suri rumah. Maka itulah alasan kaki wanita bukan aurat.
Maka apakah boleh memilih pendapat hanafi utk tidak berstokin.
jawabnya boleh jika anda juga berkerjaya dan memerlukan anda banyak di luar, spt bertani. Jika anda cantik, muda dan kerja di ofis, maka lebih baik kekal dgn Jumhur.

 

 

Soalan 5 Thtl

Jika saya membeli gula dikedai yang juga menjual arak sama, tak dosa ke saya, bila saya ulang alik beli barang, saya baru perasan yang dia juga jual arak.. apa yang perlu saya lakukan?

Jawapan 5 Thtl

Membeli barang runcit di kedai yang menjual arak
pertama: jika ada kedai berhampiran yg tidak menjual arak, sudah tentu kena memilih kedai yg tidak menjual arak
kedua: jika ianya hypermarket atau pasaraya gergasi, maka hukumnya boleh kerana arak itu utk keperluan non-muslim
ketiga: non-muslim mmg boleh menjual dan meminum arak, dan jika kedainya tidak khusus utk menjual arak, maka ia sama dgn hypermarket

 

 

Soalan 6

Tentang puasa nazar untuk arwah.andainya arwah mak saya ada berniat nak puasa nazar semasa hayatnya sememangnya anak anak mmg perlu ganti bagi pihak arwah.kalau tak pasti mak ada berniat atau tidak, adakah anak perlu ganti jugak? Kalau mak tak bgtau pada anak-anak ,mak ada nak buat nazar macamana?

Jawapan 6 Thtl

Puasa nazar si mati
dalil:
Imam Abu Daud mengatakan,

سمعت أحمد بن حنبل قال: لا يُصامُ عن الميِّت إلاَّ في النَّذر

“Saya mendengar Ahmad bin Hambal mengatakan: ‘Tidak diqadha hutang puasa mayyit, kecuali puasa nadzar.” (Ahkam Al-Janaiz, hlm. 170).
Maka, puasa nadzar tsb hendaklah wali atau anak2nya menggantikannya.
bila anak2 mendengar emak ada bernadzar, itu otomatik adalah Niatnya. Jika anak2 tak dengar, maka takaderlah puasanya. simple.

 

 

Soalan 7

Macamana dengan puasa wajib bulan ramadhan yang tak sempat diqodha’ dan solat 1 atau 2 waktu yang tertinggal sebelum meninggal kerana uzur, adakah anak perlu ganti atau macamana?

Jawapan 7 Thtl

Tiada fidyah bagi solat yang ditinggalkan.
Puasa si mati yang ditinggalkan wajib difidyahkan menurut jumhur, dalilnya:
Fatwa Ibnu Abbas ra. Dari Said bin Jubair rh, bahwa gurunya (Ibn Abbas) pernah mengatakan,

إِذا مرض الرجل في رمضان، ثمّ مات ولم يصم؛ أطعم عنه ولم يكن عليه قضاء، وإن كان عليه نَذْر قضى عنه وليُّه

“Apabila ada orang sakit ketika Ramadhan (kemudian dia tidak puasa), sampai dia mati, belum melunasi utang puasanya, maka dia membayar fidyah dengan memberi makan orang miskin dan tidak perlu membayar qadha. Namun jika mayit memiliki utang puasa nadzar, maka walinya harus mengqadhanya. (HR. Abu Daud 2401 dan di shahihkan Al-Albani).
estimate berapa hari puasa yg ditinggalkan dan dharab atau kali dgn nilai satu fidyah, yakni RM1.80

 

 

Soalan 8

Bagaimana pula jika orang tua semasa hidupnya sihat ada yang tinggalkan puasa dan solat sehingga dia sakit lalu meninggal dunia?adakah sama kaedahnya? Hanya bayar fidyah bagi puasa yang ditinggalkan? Tapi jika anak-anak tidak tahu berapa lama bagaimana?

Jawapan 8 Thtl

1) puasa yg ditinggalkan kena bayar fidyah.estimate berapa hari puasa yg ditinggalkan dan didarab dengan nilai satu fidyah ,iaitu rm 1.80

2) Solat yang ditinggalkan tiada fidyah atau diqadhakan.
Sebaiknya berdoa dan memohon keampunan bagi simati serta perbanyakkan sedekah atas nama si mati.
Allahu’alam.

 

 

Soalan 9

Azab atau seksaan di alam kubur sahih ke syeikh?

Jawapan 9 Thtl

sahih

إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

“Jika salah seorang di antara kalian selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan pada Allah dari empat hal:
[1] siksa neraka jahannam,
[2] siksa kubur,
[3] penyimpangan ketika hidup dan mati,
[4] kejelekan Al Masih Ad Dajjal.”
(HR. Muslim).

★★senarai dosa azab kubur menurut ibn qayyim, arRuuh:★

-Melalaikan Solat
-Membaca al-Quran lalu melupakannya
-Tak bersuci sesudah membuang hadas kecil
-Berbicara bohong
-Tak membayar zakat
-kehidupan yang berlebih-lebihan
-Makan riba
-Rasuah
-Memfitnah sesama saudara muslim
-Khianat terhadap amanah
-Enggan menolong sesama muslim
-Meminum arak
-Berzina
-Membunuh

 

 

Soalan 10

Apakah dengan amalan berdoa,bersedekah,infaq,wakaf untuk arwah dapat memberi manfaat supaya dilapangkan kubur,dijauhi azab kubur?

Jawapan 10 Thtl

Azab kubur sebab melakukan dosa2 yg khusus.
doa mmg disyariatkan, tapi makbul atau tidak bukan gerenti.
sedekah, infaq, wakaf mmg memberi manfaat, tapi tak sama dengan ketika dia masih hidup.

 

 

Soalan 11

Maknanya amalan soleh semasa hidup dari simati lebih bermanfaat ?

Jawapan 11 Thtl

Ya, kalau dia nak infaq, sedekah, wakaf, baik dia buat semasa hidup.
kalau dah mati, putus amalan.

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang soleh” (HR. Muslim no. 1631 dr abu hurayra)

 

 

Soalan 12

Apa hukum ambil wuduk waktu haid? Ada yang kata makruh ada yang kata haram?

Jawapan 12 Thtl

Ambik wuduk ketika haid, tak dapat menghapuskan hadath besar sebab belum kering.tak ader faedah.

 

 

Soalan 13

Adakah iqamat tu untuk solat wajib saja atau juga untuk solat sunat?
Dan bila sudah solat sunat dan nak mulakan solat wajib, perlu iqamat dulu atau terus je solat wajib?

Jawapan 13 Thtl

Iqamat utk solat berjamaah je..solat sunat tak payah.

 

 

Soalan 14

Adakah sahih terdapat jin yang bernama Qarin yang mendampingi manusia ketika manusia hidup?

Jawapan 14 Thtl

Qarin
Qarin=yg akrab, yg sentiasa mendampingi
ia mmg ujud
Firman Allah Swt tentang qarin yang menyertai manusia berkata : “Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh.” (QS. Qaf: 27).

Dalam tafsir Ibn Katsir dinyatakan bahwasanya Ibnu Abbas R.a, Mujahid, Qatadah dan beberapa ulama lainnya mengatakan, “Yang menyertai manusia adalah syaitan yang ditugasi untuk mendampingi manusia.” (Tafsir Ibnu Katsir, 7:403)

★Mafhum sabda Rasulullah s.a.w daripada Abdullah bin Mas’ud r.a :
“Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka berkata, “Engkau juga ya Rasulullah “ sabdanya “ Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuIslamkan dan menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.”

matan hadith qarin ibn mas’ud
روى مسلم وأحمد عن ابن مسعود قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
ما منكم من أحد إلا وقد وكل به قرينه من الجن وقرينه من الملائكة !!
قالوا : وإياك يا رسول الله ؟
قال : وإياي ،، ولكن الله أعانني عليه فأسلم ، فلا يأمرني إلا بخير.
[ رواه مسلم 2814 وأحمد 1/385 ]

 

 

Komen dan Soalan