#NourelChinta
S & J Fiqh Wanita UiTO
Soalan 1
a) Suami berasal dari kampung (A).
Selepas berkahwin suami tinggal di kampung isteri(B) selama hampir 7 tahun..dan sekarang hampir 3 tahun suami menetap kembali di kampung asal (A)
Macam mana status solat ‘JAMAK’?
Jawapan
Istilah:
Watan hakiki/asli=tempat/kg tumpah darah, tempat kelahiran, kampung halaman. jumhur menetapkan seseorang tidak dianggap musafir di watan hakiki. watan hakiki atau asli juga termasuk rumah isterinya atau isteri no 2, 3, 4. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, jzk: 44, m.s. 57).
maka kedua lokasi tsb, watan suami dan isteri, keduanya tidak dianggap musafir, kena solat tamam di mesjid.
tamam=solat sempurna
(b) Apa yang saya faham; suami tidak boleh solat jamak di rumah isteri kampung B.Bagaimana pula isteri yang pergi ke rumah suami(mertua)..isteri boleh solat jamak kan sebab tak tinggal di sana melebihi 3 hari dan melebihi KM yang disyaratkan?
Jawapan
samala, hukum utk lelaki sama utk perempuan
watan asli suami dah jadi watan asli utk dirinya jua.
emak mertua atau family dan kampung suami tu dah jadi famili dan kampung dia juga.
c) Qasar boleh tak atau sama dengan penjelasan ‘Jamak’ tadi?
Jawapan
Qasar pun tak boleh sebab status musafir tak dapat.
di dalam watan asli atau hakiki, seseorang tak dapat status musafir.
Jika spt kaum Muhajirin, depa di usir dr watan asli mekah kerana hijrah ke medina, bila mereka pulang ke mekah utk haji dan umrah, mereka menjadi musafir di mekah, walaupun mekah adalah watan asli mereka. tapi kerana mereka dipaksa pindah dan harta dan tanah mereka dirampas, maka mekah hilang status watan asli.
itu pendapat syaikhul Islam Ibn Taymiyah, boleh jika anda merasai kepayahan
tidak selesa tinggal dikampung tsb.
Soalan 2
Jika Kita berniat nak jamak solat, kemudian selepas solat pertama,kita tak jadi buat solat yg kedua sebab rasa boleh sempat sampai ke destinasi utk solat seterus nya. Adakah solat pertama tu sah? Sebab kita dah niat jamak?
Jawapan 2 Thtl
Batalkan solat jamak
Boleh batalkan solat jamak. Niat solat pertama tidak menjejaskan solat tsb dan solat yang dibatalkan.
Soalan 3
Benarkah nabi melarang kita mencampur bawang putih sekali dengan bawang merah ke dalam masakan kerana boleh menyebabkan pelbagai penyakit?
Jawapan 3 Thtl
Tak ada apa-apa panduan dalam masakan. Nabi saw tidak diutuskan utk dunia masakan. semua kembali kpd adat dan citarasa.
Soalan 4
Apa hukum cukur bulu kaki bagi perempuan ?
Jawapan 4 Thtl
Boleh sangat, bulu kaki ni maskulin, feminin tak de bulu. Maka mengfemininkan wanita ke arah lebih feminin mmg boleh. sebab tu sebab Nabi larang cukur janggut ialah kerana janggut tu maskulin, bulu muka.
Fatwa syaikh ben othaimin dalam Majmu’ah As’ilah Tahummu al-Usrah al-Muslimah
Soalan 5
Apakah hukum seorang anak lelaki, memutuskan hubungan dengan ibu kandungnya kerana seorang mak we kesayangannya? Cthnya memblock phone number si ibu?
Jawapan 5 Thtl
Hukum memutuskan hubungan dgn bonda demi utamakan kekasihnya
haram dan kabair atau dosa besar, dalilnya:
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا
Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan. [al-Ahqâf/46:15].
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah kepada selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. [al-Isrâ`/17:23]
kasih ibu adalah selamanya, kasih perempuan belum tentu, banyak yg berakhir dgn talaq.
Soalan 6
Boleh kah wanita muslimah memakai kasut yg bertumit sikit?
Jawapan 6 Thtl
Wanita memakai kasut tumit tinggi
Boleh jika ia berada dalam jubah labuh. Bila bersama wanita dalam majlis wanita mmg boleh, ia diamalkan dgn meluas di arab saudi bila ada majlis bersama wanita, yang dilarang bila ia dizahirkan kpd lelaki. dalilnya:
“dan janganlah kamu bertabarruj (menzahirkan kecantikan) seperti orang-orang (wanita-wanita) Jahiliyah yang dahulu. (QS al- Ahzaab:33).
Soalan 7
Apa hukum jual beli duit lama . Pembeli menetap harga duit lama sebanyak RM1000(contoh). Adakah ini bisness atau judi ?
Jawapan 7 Thtl
Hukum muamalat duit lama.
Ia business barangan antik. Judi adalah pertaruhan. Busines barang antik mmg legal dan sah. Ia mahal kerana ada unsur klasik dan susah dimiliki. sama dgn berlian, ia mahal kerana susah menemuinya. berlian sebesar ibu jari bernilai 10 juta dolar.
Soalan 8
Apa hukum buang tahi lalat di muka ?
Jawapan 8 Thtl
Hukum buang tahi lalat
dalil:
. . . dan akan saya (syaitan) suruh mereka (merubah) ciptaan Allah, lalu benar-benar mereka merubahnya. (Q.S. 4:119)
apakah buang tahi lalat merubah ciptaan Allah, jawapannya tidak, sebab tahi lalat adalah aib. maka harus menghilangkan aib pada wajah.
Soalan 9
Sekarang saya tinggal di negara yang majority bukan muslim.nak tanya jika terbeli makanan yang terdapat kandungan yang haram,bolehkah di berikan kepada kawan bukan muslim?
Jawapan 9 Thtl
Terbeli makanan haram
terbeli makanan haram apakah boleh diberikan kpd non-muslim
boleh, apa yg halal di sisi mereka boleh diberikan daripada membazir, asalkan bukan arak dan babi
kedua, menjaga makanan dari dibazirkan, juga boleh diberi kpd haiwan.
Soalan 10
Apakah hukum menggunakan/membeli kad diskaun di pasaraya atau kedai alatulis?contoh kad diskaun aeon (perlu renew setiap tahun)..ada juga kad diskaun yang dibayar sekali seumur hidup.
Jawapan 10 Thtl
Membeli dan mengguna kad diskaun
Harus, sebab ia bukan financial. yuran keahlian itu utk kita menikmati diskaun dan bukannya loan ribawiyah, kita beli benefits bukan terlibat dgn pinjaman. Pinjaman saja yg melibatkan unsur riba. kad keahlian tidak, gunakan tanpa was2.
Soalan 11
Betulkah fakta ini? Perhatian.
“Semua orangg akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tspi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang mmberati auratnya iaitu mmakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.”
Mohon penjelasan
Jawapan 11 Thtl
Allah datang kepada wanita yg tutup aurat
أَمَا إِنَّكُمْ سَتُعْرَضُوْنَ عَلَى رَبِّكُمْ فَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ كَمَا تَرَوْنَ هَذَا الْقَمَرَ
“Ketahuilah, sesungguhnya kalian akan di hadapkan kepada Rabb kalian, maka kalian akan melihat Rabb kalian sebagaimana kalian melihat bulan ini. [HR Muslim].
hadith itu umum, termasuk lelaki dan wanita…perincian Allah datang sendiri kpd wanita yg pakai purdah tidak sahih.
Soalan 12
Saya nak tanya,betul ke ada orang kata jual barang kosmetik adalah satu dosa?
mohon pencerahan
Jawapan 12 Thtl
Hukum jual kosmetik
Kosmetik harus, sebab cantik adalah naluri manusia. cantik kpd suami misalnya mmg boleh dan digalakkan.
cuma industri tsb perlu ada garispanduan supaya tidak berlebihan dalam menggunakan model2 jelita dan keterlaluan mendakwa keberkesanannya. Utamakan syarikat dan busana patuh syariah.