Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 51 (Umum)

Fiqh Wanita 51 (Umum)

788
0
Iklan

#ElRose

S&J Fiqh Wanita
———————–

 

Soalan 1

Apa hukum seorang isteri pulang ke kampung tanpa ditemani mahram. Jarak perjalanan dalam 5jam dan balik guna pengangkutan awam

Jawapan 1 Thtl

Hukum isteri balik kg, balik naik public transport.
Kata syaikh Dr Yusof al-Qaradhawi (Fatawa Mu’asirat jld 2 dan Kayfa nata’amalu ma’a as-sunnah), larangan wanita musafir solo ialah isu sekuriti atau keselamatan. Illat atau sebab larangan adalah keadaan keselamatan. Jika keselamatan terjamin, maka tak adalah larangannya.
dalilnya:

Dari jalur ‘Adiy bin Hatim, Nabi saw bersabda kepadanya:

فَإِنْ طَالَتْ بِكَ حَيَاةٌ لَتَرَيْنَ الظَّعِيْنَةَ تَرْتَحِلُ مِنَ الْحِيْرَةَ حَتَّى تَطُوْفَ بِالْكَعْبَةِ لاَ تَخَافُ أَحَدًا إِلاَّ اللهَ
Terjemahan:
“Jika kamu panjang umur, nescaya kamu akan melihat wanita berjalan bersendirian dari Hirah (dekat Baghdad di Iraq) hingga melakukan tawaf di Ka’bah (Makkah). Dia tidak takut sesuatu pun melainkan Allah (dalam perjalanan itu)’ HR Bukhori.

Ia dimaksudkan ialah public transport, dan yg paling selamat ialah air travel atau kapal terbang dan d Timur Tengah, perempuan di sana musafir seorang diri dengan pengangkutan awam

 

 

Soalan 2

Benarkah bid’h ada dalam Mazhab syafie? Kerana ada yang mengatakan bid’ah terbahagi kepada 2 dalam Mazhab syafie. Cth : Kalau bid’ah, bagaimana dgn zaman khalifah ar rasyidin yang membukukan Al Quran? Tidakkah itu bid’ah?

Jawapan 2 Thtl

Bid’ah dalam mazhab syafi’iy
Bid’ah terbahagi dua mmg ujud dalam mazhab syafi’iy yang mutaakhir, khususnya di asia tenggara kerana salahfaham dengan kenyataan beberapa pemuka ulama tersebut, antaranya Izzudin abdus salam, mufti mazhab tsb di Mesir. Dia yg membahagikan bid’ah kpd 5.

Kekeliruan spt ini hendaklah dikembalikan kpd ahli hadith dan ahli bahasa arab di mana bid’ah semuanya sesat dan tidak ujud bid’ah yg baik secara hakikat.
dalam urusan pentadbiran dan kualiti hidup manusia, tidak dinamakan bid’ah, bahkan ia dinamakan inovasi dan kreativiti (innovation & creativity) yg amat dibutuhkan manusia utk menjadikan kehidupan lebih selesa.

Daerah bid’ah hanya terbatas dalam akidah dan ibadat sahaja, manakala urusan kehidupan, ia menjadi medan innovation & creativity atau dalam kaedah fiqh di namakan maslahah mursalah (usaha meraih maslahat dan menolak mudharat).
Maka bila Uthman ra membukukan AQ, ia bukan bid’ah, tapi maslahah mursalah (tindakan inovasi utk menjaga AQ supaya menjadi kitab induk yg standard utk 1 Ummah).

 

 

Soalan 3

Baby bump itu aurat ke?

Jawapan 3 Thtl

Baby bump itu aurat
Baby bump atau bentuk perut wanita ketika pregnant adalah aurat bentuk badan. Ini kerana ada lelaki yang terangsang dengan wanita yang hamil. Maka syarat pakaian wanita di luar rumah ialah tidak menampakkan bentuk badan, walaupun dia hamil sekalipun, maka kena pakai pakaian luar (outer garment) berbentuk jubah yang tidak nampak baby bump tsb.

 

 

Soalan 4

Tahi cicak najis ke? Macamana kalau kita tak perasan dalam bekas sabun untuk basuh pinggan ada tahi cicak..(guna sbun cecair letak dalam bekas dan campur air untuk mmbasuh pinggan) dah siap cuci baru perasan ada tahi cicak dalam tu.jika najis,
Macamana percikan dari basuhan tu yang kena pada pakaian.dimaafkan tak?sebab dah buat solat.

Jawapan 4 Thtl

Tahi cicak
Dalam fiqh ada istilah ‘UMUM al-BALWA”, maksud istilah ini ialah kesulitan yang sukar di hindari, maka dimaafkan syarak. Termasuklah najis burung merpati yg banyak di mekah dan madinah atau tahi cicak di mesjid. (imam al-syuyuti, asybah wa nazair)

 

 

Soalan 5

Situasi : Saya bekerja disalah satu kedai makan, tapi kedai makan tu ada kareoke (dangdut). Suami saya tak izinkan untuk kerja di sana malah suami tidak memberi nafkah dan duit belanja rumah. Jadi, saya ikhtiar untuk cari pekerjaan untuk tampung keluarga. Adakah  perlu ke saya berhenti kerja?
Adakah hukumnya berdosa jika saya masih melakukan perkara yang suami saya larang sedangkan niat saya untuk mencari nafkah untuk keluarga?

Jawapan 5

krisis suami-isteri
Apa yg puan alami dinamakan telan mati emak, luah mati bapak. Suami tak kasi nafkah, isteri terpaksa kerja, namun, tempat kerja suami tak kasi, memang amat malang jika kena situasi seperti ini.
Jalan keluar:
1. diskus dgn suami heart to heart (hati ke hati) mengenai isu nafkah. masa kursus nikah, mmg clear, nafkah adalah t/jawab suami. maka kenapa dia telah cuai akan hal ini
2. jika suami enggan memberi naflah, maka status perkahwinan anda perlu kpd solusi yang tepat dan cepat
3. mengadu kpd ahli keluarga dan minta mereka berunding dgn suami, dinamakan Hakam atau wakil isteri
4. jika hakam juga tidak berfungsi, maka hendaklah memfailkan kes di mahkamah syariah kerana kegagalan memberi nafkah adalah suatu kesalahan dalam enakmen keluarga Islam
5. Ketahui hak anda sbg isteri, jgn di buli oleh suami sendiri. apa punya suami.

 

 

Soalan 6

Hidayah Allah, Allah berikan atau kita mencari nya? Apa tandanya Allah berikan hidayah itu?
Bagaimana mencari,untuk mendapat kan hidayah Allah,buat yg muslim dan non muslim?

Jawapan 6 Thtl

Hidayah
Hidayah=petunjuk dan bimbingan utk mendapat iman dan mampu melaksanakan sunnah, ia amat diperlukan oleh manusia, maka manusia berdoa 17 kali sehari minima

{اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ}

“Berikanlah kepada kami hidayah ke jalan yang lurus”. al-fatihah
{أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهِ}

“Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka” (AQ, al-An’aam: 90).
{فَإِنْ آمَنُوا بِمِثْلِ مَا آمَنْتُمْ بِهِ فَقَدِ اهْتَدَوْا وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاقٍ}

“Jika mereka beriman seperti keimanan yang kalian miliki, maka sungguh mereka telah mendapat petunjuk; dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam perpecahan” (AQ al-Baqarah: 137).
{وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ}

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang-orang yang berbuat kebaikan” (AQ al-‘Ankabuut: 69).

a) Kita cari atau Allah kasi
kedua-duanya serentak: kita doa, kita cari dan Allah kasi berdasarkan ayat2 yg saya paparkan
b) Bagaimana nak cari hidayah
Ayat di atas, ikut salafus oleh, mereka kuat berdoa dan amat kuat berjihad mencari ilmu dan minta doa agar dapat amalkan ilmu tsb.

 

 

Soalan 7

Adakah isteri wajib minta izin suami untuk membina rumah atas tanah pusaka sendiri dengan duit sendiri? Jika setelah berbinncang, suami kurang senang dengan keputusan itu, adakah berdosa si isteri?

Jawapan 7 Thtl

Izin suami dalam membina rumah
Ini juga suatu kepelikan dalam berumahtangga. Tidak ujudnya kesefahaman dan kurangnya syura antara mereka.
Rumahtangga perlu kpd love, cinta, kasih sayang, sefahaman dan banyak bincang antara keduanya.
Isu pembinaan hartanah spt membangun rumah dgn kos yg besar memerlukan kesepakatan antara keduanya. Ini bukan projek sendiri. Maka kena cari dulu kenapa suami tidak suka pembinaan rumah tersebut di tapak tanah pesaka.

 

 

Soalan 8 dan jawapan Thtl

1. Baijuri,sabila,atau buryah ini kitab pondok ke syeikh?

Ya, semuanya kitab pondok

2. Betulkah mereka qoute dalam kitab ni ada kata- kata imam syafie dan terpakai atau kata-kata imam syafie dimanupulasi dalam kitab ni?

Manipulasi kata-kata Imam syafi’i
Kitab2 jawi mmg memanipulasi kata2 Imam syafi’iy dalam banyak isu, antaranya isu bid’ah hasanah, tahlilan/kenduri arwah, baca AQ di kuburan, qabliyah jumaat, dsbnya.

 

 

Soalan 9

Siapakah yang mengatakan kalau tidak berguru, hanya membaca saja maka gurunya ialah syaitan? Selain dari berguru dengan ustaz, apa langkah untuk tidak berguru dengan syaitan?

Jawapan 9 Thtl

Berguru dengan setan
Ia berasal dari tokoh sufi, antaranya: berasal daripada tokoh-tokoh Tasawwuf , di antaranya Al-Imam as-Saiyid Ahmad ar-Rifai’e ( rh ) . Al-Imam Abu Yazid al-Bustomi ( rh ) . dan Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali ( rh ) .
Maka jika ia bukan hadith atau atsar sahabat, maka abaikan sahaja.
Cara belajar yang paling konsisten dan cepat dan tepat ialah berguru (face to face). berguru amat diperlukan ketika belajar benda2 asas. Bila sudah ada ilmu teras, maka bebas berguru secara talaqqi, mengadap guru, melalui kitab2 dan melalui online, youtube dan Uito.
Kata2, “siapa yg membaca berguru dengan setan adalah salah dan bercanggah dgn Iqra’ dalam surah al-Isra’

 

 

Soalan 10

Sejauh mana had berkenalan dengan lelaki/ perempuan bagi yang sedang memilih jodoh? Perkara apakah yang boleh dibualkan atau ditanya dan tempoh sampai bila? Jika terbit bab2 gurau dikira berdosakah? Sesetengah kata nak tengok seseorang tu macam mana kena kenal hati budi. Tapi cukupkah dengan bermesej sahaja (zaman sekarang ini jimat wasap). Perlu selalu jumpa ke? Ini bukan pakwe makwe tapi serius nak kahwin. Apa nasihat sheikh?

Jawapan 10 Thtl

Berpacaran dalam Islam

Dalil hadith:
إِنَّهُ لَمْ يَكُنْ نَبِىٌّ قَبْلِى إِلاَّ كَانَ حَقًّا عَلَيْهِ أَنْ يَدُلَّ أُمَّتَهُ عَلَى خَيْرِ مَا يَعْلَمُهُ لَهُمْ وَيُنْذِرَهُمْ شَرَّ مَا يَعْلَمُهُ

“Sesungguhnya tidak ada Nabi sebelumku kecuali wajib baginya menunjukkan kepada umatnya kebaikan yang dia ketahui untuk umatnya, dan mengingatkan semua kejelekan yang dia ketahui bagi umatnya…”.
HR Muslim

Syarah hadith:
Nabi saw tidak abaikan apa jua dalam sunnahnya hinggalah bab mencari jodoh. Sedangkan kita tahu masyarakat di zaman salaf semuanya tertutup, tidak ada pergaulan bebas, maka kita tertanya-tanya, apakah nabi tinggalkan petunjuk bagaimana kita hendak mencari jodoh?

Nabi kasi panduan:
وَ احْفَظُوْا فُرُوْجَكُمْ وَ غَضُّوْا أَبْصَارَكُمْ وَ كَفُّوْا أَيْدِيَكُمْ

“Jagalah kemaluan kalian, tundukkanlah pandangan-pandangan kalian dan tahanlah tangan-tangan kalian” HR Ibn Khuzaimah dlm sahihnya, albani, silsilah al-sahihah, no 1525
Maka Nabi beri panduan dalam mencari jodoh dgn menjaga:
1. kemaluan atau kehormatan diri
2. sentiasa tundukkan pandangan bila bertentangan dengan perempuan
3. tahan tangan dari menghantar WA, TG dan mesej kpd perempuan
Maka cara nak cari jodoh yang paling ideal ialah:
1. draft ciri-ciri isteri idaman anda atas kertas atau pdf
2. guna cable utk mencari calon yg matching dgn apa yang anda draft, cable itu termasuk parents, kawan, guru2 anda, boss anda di tempat kerja
3. jika ingin mencari sendiri, lihatlah dulu
“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ اَلنَّبِيَّ قَالَ لِرَجُلٍ تَزَوَّجَ اِمْرَأَةً : أَنَظَرْتَ إِلَيْهَا ؟ قَالَ : لا . قَالَ : اِذْهَبْ فَانْظُرْ إِلَيْهَا

Dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi SAW bertanya kepada seseorang yang hendak menikahi wanita,”Apakah kamu sudah pernah melihatnya?”. “Belum”, jawabnya. Nabi SAW bersabda,”Pergilah melihatnya dahulu”. (HR. Muslim)
Maka langkah pertama anda melihatnya buat pertama kali dan jika anda berdetap, wajahnya sedap mata memandang, maka itu sudah cukup 3.

 

 

Soalan 11

Kalau dalam tempoh menunggu haid habis (last kotor masih ada yelah pada waktu asar) tapi tak bangun untuk mandi wajib sebelum subuh dan hanya bangun lepas subuh, pastu tengok bersih daripada kotor haid, berdosa tak?

Jawapan 11 Thtl

ragu bila darah haid kering
cara mengetahui haid kering ialah apa yg difatwakan Aisyah
لاَ تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ القَصَّةَ البَيْضَاءَ

“Jangan kalian terburu-buru, sampai kalian melihat al-Qasshah al-Baidha’.”

Bukhari mengatakan: “Maksud Aisyah adalah (jangan buru-buru merasa telah) suci dari haid.” (Shahih Bukhari, 1:71).
wanita salaf, mereka memasukkan kapas ke dlm vagina dan jika tiada lagi cecair atau fluid, maksudnya kapas tidak berubah warna, maka wanita itu suci.

 

 

Soalan 12

Apa yang dimaksudkan dengan qawlan sadeedan (annisa ayat 9)? Macam mana hendak apply ia especially dalam career dan persahabatan.

Jawapan 12 Thtl

Tafsir AQ 4:09
Ayat dan Terjemahan
وَلْيَخْشَ الَّذِينَ لَوْ تَرَكُوا مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعَافًا خَافُوا عَلَيْهِمْ فَلْيَتَّقُوا اللَّهَ وَلْيَقُولُوا قَوْلا سَدِيدًا
Artinya:“Dan hendaklah orang-orang takut kepada Allah, bila seandainya mereka meninggalkan anak-anaknya, yang dalam keadaan lemah, yang mereka khawatirkan terhadap (kesejahteraan) mereka.
Oleh sebab itu, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan mengucapkan perkataan yang benar”.
(an-Nisa’: 9)

Ia mengenai hukum wasiat dan faraid.
Seorang hendaklah sebaiknya meninggalkan harta kpd warisnya (anak dan isterinya) khususnya anak yg masih kecil utk menjaga nafkah dan pembelajaran mereka. kemudian qulan sadidan itu ialah wasiat dan wasiat tidak boleh melebihi 1/3 hartanya. 2/3 utk warithnya yakni anak2nya. Tafsir Ibn kathier

 

 

Soalan 13
1. Apakah hukum simpan wang USD untuk mengaut keuntungan? Maksudnya, yang sedang rancak bermain forex sekarang ni.
2. Dan apa pula hukum menyimpan emas?

Jawapan 13 Thtl
1. forex dan gold
Hukum simpan USD, harus menyimpan USD$. Cth: anda membeli USD$10,000 yang ada beli hari ni di money changer pada kadar RM4.31 sedollar. USD$10K=RM 43,100. anda menyimpannya dengan harapan ia naik kpd RM 5.00 = 1 USD$.
Juga boleh membeli Singapore Dollar atau matawang Euro.
yang dikatakan haram ialah anda membeli forex secara spekulasi dan tanpa sempurna milik, ini kerana matawang tidak boleh trading secara spekulatif dan tanpa sempurna milik. anda kena memiliki tunai dollar secara fizikal dan membayarnya on the spot

2. Bahagian 2, gold
membeli dan menyimpan emas mmg harus. yang dilarang ialah pembelian futures dan bukan secara tunai atau anda tidak melihat fizikal emas tu. cth: anda membeli satu kilo emas jongkong bernilai RM178,000 dan simpan di bilik kebal bank rakyat.

 

 

Soalan 14

Bolehkah memotong kuku semasa haid? Ada yang kata tak boleh. Kalau potong juga kena dimandikan bersama semasa mandi wajib.

Jawapan 14 Thtl

Potong kuku semasa haid. Ia cuma pendapat Imam Ghazali dalam Ihya’ Uluumidin, tanpa dalil dari sunnah atau atsar sahabi. sapa yg nak ikut dibolehkan, tapi yang paling baik tak usah ikut kerana fiqh taharah memerlukan nas.

 

 

Soalan 15

Mohon pendapat & penjelasan, anak sudah 2 tahun bersekolah aliran biasa+agama…sekarang hendak tukar anak masuk maahad tahfiz…Apakah pendapat & pandangn sheikh..

Jawapan  15 Thtl

Maahad tahfiz
Memang bagus kerana asas di tanah arab spt saudi, permulaan setiap anak di saudi ialah tahfidz AQ dan hadith dulu, lepas tu baru memilih jurusan sastera atau sains.

Komen dan Soalan