Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Munculnya Zaman Lelaki Mukmin Dipagi Hari Menjadi Kafir Di Petang Harinya

Munculnya Zaman Lelaki Mukmin Dipagi Hari Menjadi Kafir Di Petang Harinya

2000
0
Iklan

?Tanda Kecil Kiamat Ke-51/131

Munculnya Zaman Lelaki Mukmin Dipagi Hari Menjadi Kafir Di Petang Harinya

( مجيء زمان يصبح الرجل مؤمنا ويمسي كافرا)

Dail hadith:

بادروا بالأعمالِ فتنًا كقطعِ الليلِ المظلمِ . يصبحُ الرجلُ مؤمنًا ويمسي كافرًا . أو يمسي مؤمنًا ويصبحُ كافرًا . يبيعُ دينَه بعرضٍ من الدنيا
الراوي : أبو هريرة / المحدث : مسلم/ المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 118

Terj: Segeralah beramal sebelum datangnya fitnah-fitnah seperti malam yang gelap gulita. Di pagi hari seseorang masih dalam keadaan mukmin, lalu menjadi kafir di petang harinya. Di petang hari seseorang masih dalam keadaan mukmin, lalu menjadi kafir di pagi harinya. Dia menjual agamanya demi barang habuan dunia.” HR Bukhari dan Muslim, ini lafaz Muslim dr Abu Hurayra ra

Dahsyatnya fitnah dunia akhir zaman, seperti kedatangan malam yang gelap gulita. Salah satu akibat dari dahsyatnya fitnah ialah berubahnya hati manusia dengan cepat dan mudah sekali tercabutnya iman kepada kufur. Ianya berlaku dalam 12 jam sahaja, beriman di pagi hari, kemudian kufur di sebelah petangnya, beriman di petang hari kemudian kufur lagi di pagi harinya. Sebab utama terjadinya fenomena iman-kufur-iman-kufur ialah kerana manusia dihimpit dengan masalah cepat kaya dan ingin hidup senang.

Nasihat Rasulullah saw, segera melakukan amal saleh bila tiba zaman seperti ini kerana amat hampirnya kemunculan fitnah yang lebih besar ialah Dajjal.?

Komen dan Soalan