S&J Fiqh Wanita
Soalan 1
Apa ilmu jarah wa ta’ dil itu syeikh ?
Jawapan 1 Thtl
Mustalah hadith.
Imu jarah wa ta’dil adalah cabang ilmu hadith utk mengetahui susur galur perawi hadith. sebab kesahihan sesebuah hadith bergantung kpd siapa perawi hadith tsb. ringkas, ia ilmu utk memeriksa peribadi perawi hadith samada dia ni org yg dipercayai.
Soalan 2
Adakah lebih afdal menghafal AQ daripada hadith atau sama sahaja?
Jawapan 2 Thtl
Mana yg lebih afdhal, hafal AQ atau hadith?
sudah tentulah AQ dulu sebab ianya adalah wahyu.
خيركم من تعلم القرآن وعلَّمه
“sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al Qur’an dan mengajarkannya” (HR. Al Bukhari no. 4639).
Soalan 3
a) Semasa sedang solat kita terbersin disunatkan tak membaca Hamdallah?
b) Jika disunatkan membaca Hamdallah,adakah dibaca perlahan atau dibolehkan membaca didalam hati?
C) Ada dalil tak mengenai membaca Hamdallah semasa bersin sewaktu solat?
Jawapan 3 Thtl
Fiqh bersin
a) sunat membaca hamdalah ketika bersin baik di dalam soat sekalipun, dalil:
إذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ الْحَمْدُ لِلَّهِ
“Apabila salah seorang kamu bersin, hendaknya ia mengucapkan: Al-Hamdulillah.” (HR. al-Bukhari, no. 5756 dr Abu Hurayra ra)
b) Perlahan atau kuat?
perlahan, demikian kata Imam Nawawi daam syarah sahih Muslim
c) Dalil membaca hamdallah ketika solat
“بينا أنا أصلي مع رسول الله صلى الله عليه وسلم، إذ عطس رجل من القوم، فقلت: يرحمك الله فرماني القوم بأبصارهم، فقلت: واثكل أمياه، ما شأنكم؟ تنظرون إلي، فجعلوا يضربون بأيديهم على أفخاذهم، فلما رأيتهم يصمتونني لكني سكت، فلما صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فبأبي هو وأمي، ما رأيت معلما قبله ولا بعده أحسن تعليما منه، فوالله، ما كهرني ولا ضربني ولا شتمني، قال: «إن هذه الصلاة لا يصلح فيها شيء من كلام الناس، إنما هو التسبيح والتكبير وقراءة القرآن» أو كما قال رسول الله صلى الله عليه وسلم… “
Artinya : “Ketika kami shalat bersama Rasulullah saw, tiba-tiba ada seseorang bersin (dan mengucapkan hamdalah), aku katakan, ‘Yarhamukallah.’ Tiba-tiba orang-orang memandangiku saya pun berkata, ‘kurang ajar, mengapa kalian memandangiku seperti ini ?’ Tiba-tiba mereka semua menepuk paha mereka. Ketika saya tahu bahwa mereka mendiamkanku, saya pun diam. Kemudian Rasulullah saw selesai salat, ”Maka Demi Allah, sungguh ayah dan ibuku menjadi tebusan baginya, tidak pernah aku melihat seorang pendidik, sebelum dan sesudah ini, yang lebih baik dari beliau. Demi Allah, beliau tidak menghardikku, tidak memukulku, dan tidak mencaciku. Beliau hanya berkata, ‘Salat ini tidak boleh dicampur dengan ucapan manusia sedikit pun. Ia berisi tasbih, takbir, dan membaca Al-Qur’an.’ Atau seperti apa yang disabdakan Rasulullah.” (HR Muslim (538) dar Muawiyah bin al-Hakam )
Soalan 4
Bagaimana kita nak memahami hadith dibawah yang no 2?
Wanita yang tidak menutup auratnya diancam tidak akan mencium pun bau syurga sebagaimana yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu anhu:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مَائِلَاتٌ مُمِيلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَمْثَالِ أَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ، لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا، وَإِنَّ رِيحَهَا لَتُوجَدُ مِنْ مَسِيْرةٍ كَذَا وَكَذَا
Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda,
“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat:
1. suatu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor lembu untuk memukul manusia dan,
2. para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berpaling dari ketaatan dan mengajak lainnya untuk mengikuti mereka, kepala mereka seperti bonggol unta yang senget.
Wanita seperti itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian” [HR. Muslim, no. 2128].
Jawapan 4 Thtl
Memahami hadith wanita yang tidak akan cium bau syurga:
ونساء كاسيات عاريات مائلات مميلات
”dan perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang, cenderung kepada kemaksiatan dan membuat orang lain juga cenderung kepada kemaksiatan.’
kata syaikh Baz, perempuan yang membuka aurat, seksi dan mengajak perempuan lain, misalnya, “qu puteh, qu puteh, barulah puteh, mu’ah….ha ha ha”
رؤوسهن كأسنمة البخت المائلة
Kepala-kepala mereka seperti punuk-punuk unta yang berlenggak-lenggok.
maksudnya mereka membesarkan kepala mereka dgn rambut palsu dan sanggul
Maksud tidak mencium bau
syurga, maksudnya mereka tidak kafir atau terkeuar dr agama, cuma fasiq.
Soalan 5
Bagaimanakah pandangan atau menurut hukum ,apabila seseorang islam itu , berbuat 2 perbuatan dalam satu masa.
Contoh , Saya mengeluarkan duit untuk persembahan konsert.Dalam masa yang sama saya keluarkan duit juga untuk membantu sekolah anak yatim. Dan keadaan tetap berterusan macam tu.
Jawapan 5Thtl
sebab tu ada Hisab,
Hisab= pahala – dosa
-yg baik sebesar zarah dan yg jahat sebesar zarah akan dicatat, hari Hisab, pahala minus dosa.
Hadits Ke-18 Arbain anNawawiyyah)
عَنْ أَبِي ذَرّ جُنْدُبْ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ مُعَاذ بْن جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: اِتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ.[رواه الترمذي وقال حديث حسن وفي بعض النسخ حسن صحيح]
Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu ‘Abdurrahman, Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhuma, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda: “Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada dan susullah sesuatu perbuatan dosa dengan kebaikan, pasti akan menghapuskannya dan bergaullah sesama manusia dengan akhlaq yang baik”.
[HR. Tirmidzi, ia telah berkata: Hadits ini hasan, pada lafazh lain derajatnya hasan shahih]
-Ideal, buat pahala je, tapi sifat manusia, selang seli, kejap baik dan kejap jahat.
Soalan 6
a) Sewaktu solat fardhu , duduk tasyahud awal dan tasyahud akhir yang mengikuti Sunnah ,macamana?
Tasyahud awal – iftirasy
Tasyahud akhir – tawaruk
b) Adakah duduk Iqa’a menepati sunnah dalam solat sunat atau solat fardhu?
Jawapan 6 Thtl
a) Fiqh duduk dlm solat.
Ia khilaf, ada 5 pendapat
Maliki: tawaruk semua keadaan
Hanafi: iftirasy semua keadaan
Hanbali: solat 2R, iftirasy, 4R, rakaat akhir tawaruk
syafi”iy: solat 2 rakaat juga tawaruk, 4R, tasyahud awa iftirasy dan rakaat akhir tawaruk.
-sapa dah biasa ikut syafi’iy, kekal la macam tu, ia lebih sistematik.
-cuma, kalau solat di mesjid al-haram dan nabawi, kena solat iftirasy semua keadaan, ikut hanafi, sebab masalah space yg terhad.
b) cara duduk Iq’a.
Ia diamakan penduduk Makkah kerana ikut Ibn Abbas ((Sunan at-Tirmidzi, kitabash-Shalah, bab“Fi ar-Rukhshah fil Iq’a”))
Antara dua sujud, gambar dibawah .
Soalan 7
Pandangan ustaz..seekor biawak masuk dalam rumah, apa petandanya?Ada pandangan mengatakan petanda tidak baik.
Jawapan 7 Thtl
Kepercayaan khurafat tu. Boleh pesongkan aqidah. Wallahua’lam
Biasa biawak masuk dalam rumah sebab lapar nak cari makanan. ada kes baby dalam buaian yg diserang biawak lapar dalam rumah.
Soalan 8 dan jawapan Thtl
a) Apa maksud kalau mimpi gigi tercabut? Ada maksud ?
Jawapan
Maksud gigi tercabut. Gigi dalam mimpi bermaksud family. Jika ia tercabut maksudnya salah satu anggota keluarga akan musibah
b) Macamana mimpi gigi boleh jadi satu petanda akan ditimpa musibah ? Adakah sebarang dalil ke hadith ke yang memyokong Syeikh? Selama ini ingat cakap kosong orang – orang tua saja.
Jawapan
Gigi melambangkan family adaah ta’bir mimpi menurut Ibn Sirin dan Ibn Qutaibah. Ia bukan qat’iy. Ta’bir mimpi adalah disiplin yg tersendiri.
Soalan 9 dan jawapan Thtl
a) Benarkan ghurabah itu muncul setelah kemunculan imam mahdi,bukan sebelum?
Jawapan
Kemunculan ghurabah, dalil hadith:
«بَدَأَ اْلإِسْلاَمَ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ»
“Islam muncul pertama kali dalam keadaan terasing dan akan kembali terasing sebagaimana mulainya, maka berbahagilah orang-orang yang terasing tersebut” HR Muslim
Puak Ghurabah atau golongan asing ni dah muncu pun sejak Imam Ibn Taymiyah lagi, maka tak betul teori yg mendakwa puak terasing ni muncul selepas Mahdi
b)Siapakah yang dimaksudkan dengan orang-orang terasing ini ? Saya maklum ialah mereka yang menghidukan sunnah Nabi SAW . Selain itu?
Jawapan
Siapa ghurabah. Orang yg menghidupkan sunnah ketika berlelluasanya bid’ah
c) Adakah dekatnya hari kiamat nanti ,orang – orang terasing ini masih ada? Bukankah nanti orang-orang beriman atau alim ulama dimatikan sebelum hari kiamat?
Jawapan
Bila org asing ni pupus, lihat Tanda Kiamat Kecil no 127
Soalan 10
Apa hukum terambil barang orang lain. Sebab masa beli barang , orang tu tertinggal dan kebetulan barang dia terletak dekat dengan barang saya beli. Jadi tak perasan . Apa hukumnya ye? Minta penjelasan?
Jawapan 10 Thtl
Terambil barang orang. Hukum terrr….mmg tak ada dosa.
Dalilnya:
عن ابن عباس – رضي الله عنهما – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال – إن الله تجاوز لي عن أمتي الخطأ و النسيان ، و ما استكرهوا عليه – حديث حسن رواه ابن ماجه و البيهقي و غيرهما
Dari Ibnu Abbas ra, sesungguhnya Rasululloh saw telah bersabda : ” Sesungguhnya Allah telah mema’afkan kesalahan-kesalahan uamtku yang tidak disengaja, karena lupa dan yang dipaksa melakukannya” (HR. Ibnu Majah, Baihaqi dll, hadits hasan, al-albani)
Soalan 11
Nikah seorang wanita yang sedang mengandung anak luar nikah dengan seorang lelaki, hatta yang menyebabkannya mengandung, tidak sah?
Jawapan 11 Thtl
Status perkahwinan ketika hamil
Perkahwinan itu sah mengikut mazhab syafi’iy kerana ujian kehamilan tidak termasuk dalam syarat perkahwinan. Tidak boleh tu dalam mazhab yg tiga yg lain
Soalan 12 dan jawapan Thtl
a) Mengenai hadith…dalam Sahih Muslim dan Bukhari, hadith hadith tidak di kelas kan sahih, hasan sabagai nya ke syeikh? Ini hanya di lakukan oleh imam imam yg selepas mereka ke? Saya tak de copy kitab kitab tersebut….
Jawapan
Hadith Bukhari Muslim semuanya sahih
b) Ada satu hadith dlm Sahih Bukhari mengenai mimpi seorang yang saya lupa nama nya, mengatakan ia mimpi Abu Dajal di lepaskan azab kubur pd hari kelahiran Rasullullah kerana dia meraikan hari lahir Rasullullah Saw… Tapi hadith ini di dhaifkan oleh imam terkemudian…
Mohon pencerahan syeikh
Jawapan
Mimpi mmg bukan dalil syarak, kena bawa teks hadith tsb.
apa yg anda lupa kemungkinan silap info atau mainan geng tareqat supaya pooja Nabi.
Geng maulid dan ya hananana.
Setakat pengajian saya terhadap sahih Bukhari, tiada sebarang riwayat pasal abu lahab atau abu jahal diringankan azab kuburnya kerana sambut Mawlid.
Maulid tidak disambut oleh manusia sehingga kerajaan fatimiyah dan kerajaan Irbil merayakannya dan mencipta pelbagai kisah palsu termasuk dalam sahih Bukhari mengenai kelebihan mawlid. ia suatu penipuan utk nak halallkan maulid
Soalan 13 dan jawapan Thtl
a) Syeikh ada hadith ithban bin malik yg solat dhuha berjemaah dengan Nabi SAW tak?
Sebaiknya kita munfarid tapi sesekali tak pe kan? Tak jatuh bid’ah kan?
Jawapan
Hukum solat sunnat berjamaah. Boleh asalkan tidak dijadikan amalan rutin
b)Kalau jemaah dengan suami untuk sunat tahajud boleh ka? Buat amalan rutin.
Jawapan
Rutin tu yg jadi bid’ah
Soalan 14 dan jawapan Thtl
Baru tau boleh pegang dan baca alquran ketika haid. Masalahnya ustazah tempat keje saya sendiri tak baca dan pegang alquran waktu kami mengaji yassin. Macammana?
Jawapan 14 Thtl
Kuar dari khilaf, guna AQ dalam smartfone atau terjemahan. Musyhaf tu yg depa tak kasi sebenarnya. Semua mazhab yang tak kasi pegang musyhaf. HP boleh sebab ia bercampur dengan perisian yg lain
Soalan 15
Kenapa ada pihak suka manipulasikan baris yang terdapat dalam Qur’an dengan mengatakan ia bid’ah. Sebenarnya apa yang sesuai untuk kefahaman dalam isu meletakan baris atau tanda dalam Qur’an ?
Jawapan 15 Thtl
Tanda dan baris dalam AQ
Ia adalah projek dinasti Umayyah, projek pertama di mulakan oleh amir Mu’awiyah sendiri dan diselesaikan oleh dinasti Abbasiyah. ia bukan bid’ah bahkan masoleh mursalah utk penyeragaman bacaan AQ kerana luasnya wilayah islam.
Soalan 16
Dekat opis saya, setiap hari jumaat pagi mereka akan buat bacaan yasin di dewan..di surau rumah memang rutin khamis malam jumaat..jika kita tidak ikut tidak mengapakan, walaupun tak uzur?
Jawapan 16 Thtl
Ritual Yaasinan malam Jumaat.
Termasuk uruf Melayu. sapa yg buta sunnah, biarkan. sapa yg celik sunnah, jauhi akan dia sedaya mungkin.
Soalan 17
Berkenaan duit brim.
Pendapatan awal kami suami isteri tidak mlebihi 3k tetapi yang terkini tela melebihi 3k. Apakah kedudukn duit brim tersebut kerana pendapatan yang sekarang lebih dan seharusnya layak mendapat rm650 sahaja untuk kategori berkeluarga…Apakah kedudukan duit yang lebih rm350 tersebut? Adakah ia haram saya guna dan bagaimana pnyelesaiannya syeikh?
Jawapan 17 Thtl
Duit BR1M
Saya tidak pernah dapat duit tersebut. katanya kena mohon online. Gomen bayar mengikut apa yg anda kemukakan maklumat yang anda kasi kpd gomen. Jika anda tak kasi maklumat yg tak betul, maka duit itu duit yg syubhat.
Soalan 18 dan jawapan Thtl
a) Anak lelaki saya 4 tahun belum di aqiqah lagi..saya berencana aqiqah bersamaan idul adha tahun ni,tetapi dengan mengambil 1 bahagian dari seekor lembu,apa hukum nya?Ada pendapat anak lelaki harus 2 bahagian atau 2 ekor kambing dan pendapat lain pula 1 bahagian atau 1 kambing saja cukup, alasan nya karena pada saat rasulullah mengaqiqah kan cucu nya, rasulullah hanya memotong 2 kambing kerana cucu rasulullah 2 orang. Betul ke sheikh?
Jawapan
Akikah anak 4 tahun
Akikah yg sahih ialah ketika baby masih fresh, tujuannya kita segera mensyukuri nikmat anak tsb dan segera melepaskan sunnah yg thabit atasnya, akikah dgn sesuatu yg mudah dan ringan, kambing/biri2
amaan tradisi, mereka menangguhkan tanpa sebab, kemudian meyambutnya bersama aidi adha. sedangkan masa tu adalah hari eid bukan hari akikah. Tradisi ni adalah bid;ah dan mematikan sunnah akikah yg asal.
Cara yg asal akikah pada hari ke 7, 14 dan 21. hari 21 adalah hari terakhir menurut ahli sunnah. amalkan sunnah jauhi tradisi.
b) Aqiqah vs ied adha. Jadi aqiqah itu sunnah dan kalau tak dibuat tak mengapa ya…sbb masa anak lahir suami tidak bekerja dan ada masalah kewangan. Kalau begitu ied adha tahun ni saya hanya berkorban 1 bahagian atas nama anak saya yang 4 tahun ini sahaja.
Jawapan
Jika tidak mampu, maka gugurlah sunnah tsb sebab Allah tidak membebankan sunnah kpd org yg tidak mampu.
Jika korban eid adha, korban jelaa, sebab haiwan korban tidak boleh kongsi dgn akikah. sebab lain tujuan nya. Korban atas nama suami, sebab pahalanya utk satu family.