Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita: Nota ke 60 (Umum)

Fiqh Wanita: Nota ke 60 (Umum)

195
0
Iklan

S & J Fiqh Wanita UiTO

Soalan 1

Kalau seorang bayi yang asalnya dia bukan jenis mudah menangis, tapi semasa ziarah kematian di sebuah rumah, tiba2 dia menangis dengan kuat sekali sehingga keletihan, adakah dia diganggu syaitan? Ada tok imam di situ berkata, dia mungkin nampak sesuatu, betul ke ustaz?

Jawapan 1 thtl al-jazani

Kena kenan mayat takdee,  tapi kemungkinan kena gangguan jinn. kena ruqyah dan juga dapatkan nasihat doktor anda. Sebab org melayu dia perasap mayat dgn kemenyan,  maka jinn byk datang,
juga byk bid’ah berlaku ketika urusan kematian melayu,  maka jin juga ramai datang.

 

 

Soalan 2

Jadi macammana nak ruqyah ustaz? Baru ni saya hanya baca zikir petang yg saya ingat, balik rumah baca sebahagian surah al-baqarah.Kalau bayi dah x menangis, masih lagi kene ruqyah ustaz?

Jawapan 2 thtl al-jazani 

Kitab ruqyah oleh dr wahaf qahthani, ada edisi terjemahan. Tak mampu jumpa ustaz yg baik. Takyahla

 

 

Soalan 3

Apa hukum mengikat peranakan bg wanita atas alasan cukup sdh dgn 5 org anak dan usia pun sdh lingkungan 40-an?

Jawapan 3 thtl al-jazani 

Hukum perancang keluarga dari syeikh Thtl…

1. Hukum ubat perancang keluarga

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ ۖ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ ۚ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا

Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan. Kami-lah yang akan memberi rizqi kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar. [AQ al-Isrâ’/17:31]
Kata Dr Qardhawi, jika ini alasannya, maka tidak boleh merancang. Atas alasan lain boleh:
1. jarak yg sesuai antara anak berikutnya. iaitu jarak yg ideal ialah 33 bulan. Hamil 9 bulan, dan menyusu 24 bulan. 24+9=33 bulan
2. faktur kualiti anak. anak2 bukan kuantiti sahaja, malah kualiti juga. Kualiti penyusuan, kasihsayang, penjagaan dan pendidikan mereka
3. faktur kerjaya, jika isteri juga memiliki kerjaya yg sibuk, maka sudah tentu perancangan kehamilan juga diharuskan.
Tambahan:
Pastikan cara merancang itu tidak ada side effect kpd isteri. kena bincang dgn doktor keluarga  anda(Fatawa Mu’asirat)

2. Mengikat atau membuang rahim, yakni tak mahu anak selama-lamanya ini dilarang secara indirect dgn ayat berikut:
وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلاَدَكُم مِّنْ إمْلاَقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ (151) سورة الأنعام “
dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, KAMI akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka” AQ 6:151

*Jika ada sebab yg disahkan oleh doktor, maka tak ada masalah.

 

 

Soalan 4

a) Adakah bersedekah pada hari jumaat lebih baik dan apakah ia membawa pahala yg lebih atau sekadar lebih baik kerana ia dilakukan pd hari jumaat? Penghulu segala hari.

Jawapan thtl al-jazani

Tiada nas fadilat sedeqah hari jumaat. Sedeqah bila ada harta.

Kalau ada hamba Allah  beri makan kucing dan belanja orang yang tak dikenali dengan membayar makanan dia tapi hamba Allah tu takut asal niat memang ikhlas sedekah tapi bila dikhalayak ramai , dia tertanya -tanya sebab keikhlasan dia boleh jadi riak sedangkan dia sedikit pun tak condong menunjuk-nunjuk.

b) Adakah sedekah dia diterima Allah?

Jawapan  thtl al-jazani

Sedekah dua,  rahsia dan terang²an. Rahsia,  nak jg ikhlas; terang nak motivate org lain.

 

 

Soalan 5

Apa hukum suami bersalam dengan nenek tiri isterinya?

Jawapan

Boleh bersalaman. Mahram ialah orang yang diharamkan ke atas kita mengahwininya buat selamanya. Mahram boleh timbul dengan sebab nasab, perkahwinan atau penyusuan.Mahram dengan sebab perkahwinan -bagi seorang lelaki- hanya membabitkan empat orang sahaja;

1. Ibu dan nenek isteri (yakni ibu mertua dan nenek mertua)
2. Menantu (yakni isteri kepada anak lelakinya atau isteri kepada cucu dan cicitnya.
3. Anak dan cucu tiri (anak perempuan isteri, cucu perempuan isteri, hingga ke bawah)
4. Ibu dan nenek tiri (yakni isteri bapa atau isteri datuk, hingga ke atas)

Sila rujuk link di bawah 

– http://ilmudanulamak.blogspot.com/2014/07/siapa-di-kalangan-keluarga-suami-atau.html

Allahua’lam.

 

 

Soalan 6

Boleh tak jual beli antara muslimah dan non Muslim lelaki waktu solat jumaat?

Jawapan thtl al-jazani

Boleh,  larangan hanya utk pesolat lelaki jer.

 

 

Soalan 7

Boleh ke sengaja tinggalkan qunut?

Jawapan 7  thtl al-jazani

Boleh,  ikut jumhur imam lebih bagus. Pendapat berqunut adalah lemah.

 

 

Soalan 8

Sekiranya ibu tunggal ingin nikah semula, perlu ke ada pinangan yg sama mcm Anak dara? Dan sekiranya adik beradik laki enggan menjadi wali, bole kan perempuan tu pakai wali hakim?

Jawapan
1) Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تُنْكَحُ اْلأَيِّمُ حَتَّى تُسْتَأْمَرَ وَلاَ تُنْكَحُ الْبِكْرُ حَتَّى تُسْتَأْذَنَ. قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَكَيْفَ إِذْنُهَا؟ قَالَ: أَنْ تَسْكُتَ

“Seorang janda tidak boleh dinikahkan kecuali setelah diminta perintahnya. Sedangkan seorang gadis tidak boleh dinikahkan kecuali setelah diminta izinnya.” Para Shahabat berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah izinnya?” Beliau menjawab, “Jika ia diam saja.”

2)
a) sepatutnya tidak ada tentangan dari wali(adik beradik lelaki) si janda yg ingin berkahwin.Jika diselidiki bakal suami kepada sijanda adalah seorang lelaki yg beriman dan baik.
Rujuk AQ al-Baqarah 2:232

b) Boleh gunakan wali hakim jika mendapat tentangan dari wali (adik beradik lelaki)

Dalam hadis dari A’isyah radhiyallahu ‘anha, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

فَإِنْ اشْتَجَرُوا فَالسُّلْطَانُ وَلِيُّ مَنْ لَا وَلِيَّ لَهُ
Jika terjadi sengketa antara mereka, maka penguasa menjadi wali untuk orang yang tidak memiliki wali. (HR. Ahmad 24205, Abu Daud 2083, Turmudzi 1021)

Allahua’lam

 

 

pahala isteriSoalan 9

Syeikh apa status hadith ini.

Jawapan 9

Hadis ini dihukum PALSU oleh Ibn Hibban dalam al-Majruuhiin, Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhuu’aat, al-Suyuthi dalam al-Aalii al-Masnuu’ah, al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Dha’ifah wa al-Maudhuu’ah.

Berkata Ibn Hibban :

وقد روى عن أنس بن مالك حديثا موضوعا يشهد الممعن في الصناعة بوضعه، لا يحل ذكره في الكتب إلا على وجه الاختبار للخواص.

Beliau (‘Amr bin Sa’iid) meriwayatkan satu hadis palsu dari Anas bin Malik, mereka yang meneliti hadis ini dengan baik pasti dapat mengenal pasti kepalsuannya. Tidak halal meriwayatkan hadis ini dalam mana-mana kitab kecuali untuk tujuan menguji mereka yang arif dalam bidang ini.

(Lihat : Ibn Hibban, al-Majruuhiin, 2/68)

Kepalsuan hadis ini tidak bermakna ibu yang mengandung dan melahirkan tidak mendapat ganjaran pahala dari Allah. Bukankah keumuman hadis Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam menyebut : “Tidaklah seorang mukmin itu ditimpa kepenatan, kesakitan, perkara yang tidak disukainya, kesedihan, bahaya (yang disebabkan oleh orang lain) dan kerisauan, hatta duri yang mencucuknya kecuali Allah akan mengampunkan dosa-dosanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Dan cukuplah juga kepayahan ibu mengandung, melahirkan dan menjaga anak ini digantikan oleh Allah dengan kedudukan ibu yang sangat tinngi di sisi seorang anak itu.

Yg sahih ,cuma ada ada hadith sahih mengenai kelebihan menjaga anak perempuan. Ada juga hadith sahih mengenai darjat ibu 3x dari darjat ayah. pun pernah saya share hadith tersebut disini atau di Channel FW.

 

wanitaSoalan 10

Adakah sahih kenyataan dalam pic ini

Jawapan 10 [Forwarded from Adli Khalim]

Part wanita berkepala khinzir tu perkara ghaib. Nak tak nak memang kena ada dalil spesifik untuk tu.

Part sabda Rasulullah ﷺ tu, memang ada yang hampir dengan kata-kata tu (riwayat Muslim), tapi yang disebutkan dalam gambar di atas memang bukan kata-kata Rasulullah ﷺ. Better elakkan daripada sebut kata-kata tu, dan guna hadits Muslim.

Dengan kata lain, jangan sebarkan gambar ni.

Komen dan Soalan