Oleh: THTL al-Jazani
Nazar ni asalnya pengabdian kepada berhala atau dewata bila dewa itu menolongnya.
Contoh: Orang arab, dia datang kepada Lat atau Uzza, dia akan bernazar. Wahai Lat, jika aku dapat anak lelaki aku akan sembelih 100 unta pada musim haji.
Orang Hindu, dia bernazar kepada Dewa Muruga, wahai Muruga, jika anak aku dapat 10A SPM, aku akan membawa kavadi.
Maka bila orang arab masuk Islam, depa teruskan nazar itu kepada Allah.
“Wahai Allah, jika anak aku dapat 10A spm, aku akan posa 7 hari.”
Konsep nazar ni kerana asalnya dalam agama pagan, maka ia dianggap makruh.
NAZAR YANG MURNI
Dalam Islam, kita buat ibadat yang ikhlas.
Dalilnya:
“(Ingatlah) ketika istri Imran berkata: ‘Ya Tuhanhu, sesungguhnya aku telah menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi anak yang saleh dan berkhidmat (di Baitil Maqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dariku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.'” (QS. Ali ‘Imran: 35)
Ini nazar yang tulin bukan minta balasan. Kita buka kamus dulu, apa itu NADZAR, start dengan lughah. Ejaan lama, nadzar, ejaan baru, nazar.
Kamus Dewan Edisi Keempat:
Nazar = janji untuk berbuat sesuatu apabila tercapai hajat, kaul, niat; membayar (melepaskan, menunaikan) ~ membuat atau menunaikan apa yang telah dijanjikan; bernazar berjanji akan membuat sesuatu (apabila tercapai hajat), berkaul, berniat: ia ~, jika ia lulus dalam peperiksaannya nanti ia akan berpuasa tiga hari; menazarkan menjanjikan utk berbuat sesuatu (jika hajat tercapai), mengaulkan, meniatkan.
NAZAR NAK UBAH TAKDIR
Nazar dari kaum terdahulu lama sebelum Islam, dari agama pagan kebanyakannya, tak tengok(kah) kat batu caves, juga sambutan st annes festival di Filipina dan Mexico, orang Kristian tunai nazar, mereka menyalibkan diri mereka
عن ابن عمر رضي الله عنهما قال نَهَى النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – عَنِ النَّذْرِ قَالَ « إِنَّهُ لاَ يَرُدُّ شَيْئًا ، وَإِنَّمَا يُسْتَخْرَجُ بِهِ مِنَ الْبَخِيلِ
Artinya: “Diriwayatkan darilbnu Umar ra, ia berkata: Nabi saw melarang nadzar dan bersabda: “Sesungguhnya ia tidak menolak apa pun (takdir) dan hanya saja ia dikeluarkan dari orang yang kikir/bakhil/kedekut.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)
Nazar ada dua jenis. Nazar Imran tu yang murni. Nazar jenis kedua, yang ingin merubah takdir.
Ikut hadith tu, Imran tidak ingin merubah takdir. Nazar pagan ialah mereka yang nak ubah takdir.
Soalan: Kalau dah niat. Walaupun tak tercapai perlu bernazar jugalah kan ?
Jawapan:
Tak payahlah, sebab takdir tak berubah. Contoh: Jika saya naik pangkat, saya akan derma lembu sekor kat surau
kalau tak naik pangkat, buat apa kasi lembu. Anda nazar sebab nak ubah takdir. Lembu tu rasuah untuk Tuhan. Sedekah takder masalah.