Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita: Nota ke 59 (Umum)

Fiqh Wanita: Nota ke 59 (Umum)

373
0
Iklan

S & J Fiqh Wanita UiTO

Soalan 1

Betul ke kalau orang yang tak mampu solat berdiri (contohnya : sakit lutut) tak boleh solat sambil duduk atas kerusi ? Maksudnya, orang itu perlu solat sambil duduk atas lantai dan lunjurkan kaki ke hadapan ?

Jawapan 1 thtl al-jazani

Solat guna kerusi boleh. masa takbir dan bacaan tu berdiri, bila rukuk dan sujud,  bleh duduk. zaman salaf,  kerusi solat blom ujud

 

 

Soalan 2

Apa hukumnya kita turut serta dalam majlis makan malam bersama keluarga yang menyambut tahun baru cina, selain daripada makan bersama kita juga terlibat dgn aktiviti ” yee sang” iaitu makanan di kumpulkan dlm sebiji pinggan yg besar digaul bersama2 dgn ahli keluarga dgn menggunakan chop stick?

Jawapan 2 thtl al-jazani

CNY tu cultural bukan keagamaan. sambutan tahun baru china. maka bole org islam yg asal china nak ber yeesang dgn familynya yg masih musyrik dlm rangka jaga hubungan dan dakwah.

Dalil: mumtahinah ayat 10

 

 

Soalan 3

Bagaimanakah cara kita menangani atau berhadapan dengan situasi seorang yang bukan islam yang memberi salam? Wajarkah kita memarahinya atau menasihatinya agar tidak memberi salam atau hanya menjawab salamnya. Apakah lafaz yang sesuai?

Jawapan 3 thtl al-jazani

Ada dalil bila non muslim beri salam .

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.
AQ an-Nisa 4:86

Ucapan salam mereka dengan ungkapan salam Islam “Assalamu ‘alaikum” tidak terlepas dari dua hal.

Pertama :Mereka jelas-jelas mengucapkan dengan adanya lam yaitu, “Assalamu ‘alaikum (semoga kesejahteraan bagimu), maka kita boleh mengucapkan ‘Alaikumus salam atau wa alaikum (semoga juga bagimu).

Kedua : Jika mereka tidak jelas mengucapkan lam, misalnya mereka mengucapkan, “Assamu ‘alaikum” (semoga kematian menimpamu), maka kita mengucapkan, “wa ‘alaikum” (juga menimpamu). Demikian ini, karena dulu kaum Yahudi pernah datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu mengucapkan salam kepada beliau dengan ucapan, “Assamu ‘alaikum”, mereka tidak jelas mengucapkan lam. As-Sam artinya al-maut (kematian), maksudnya mereka mendo’akan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam agar mati. Karena itu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk mengucapkan pada mereka, “wa ‘alaikum”. Jadi, jika mereka mengucapkan, “Assamu ‘alaikum” maka kita membalas dengan ucapan, “wa ‘alaikum”, maksudnya, semoga kematian itu menimpa kalian pula. Demikianlah yang ditunjukkan oleh As-Sunnah.

Adapun memulai salam kepada mereka dengan ucapan salam, maka ini telah dilarang oleh Nabi kita Shallallahu ‘alaihi wa sallam

[Al-Majmu Ats-Tsamin, Syaikh Ibnu Utsaimin,juz 2,hal 97-98)
– http://almanhaj.or.id/content/2006/slash/0/mengucapkan-salam-kepada-orang-kafir-dan-mengucapkan-salam-kepada-muslim-dan-kafir/
Allahua’lam

 

 

Soalan 4

Berkenaan taubat….adakah cukup dengan tinggalkan maksiat dan banyakkan istigfar sahaja dikira taubat atau dikira taubat selepas kita bt solat sunat taubat? Ada beza ke dengan taubat nasuha? Mohon pencerahan.

Jawapan 4

a) Sumber dari Cikgu Rahim

Bab ke-dua: Taubat (Riyadush  Shahilin)
Hukum taubat wajib
Syarat taubat
1 tinggalkan maksiat
2 menyesali perbuatan dosa
3 berazam tidak akan mengulangi lg buat selama2nya.
4 Jika berkait dgn manusia lain  pohon kemaafan, byr ganti rugi dll
wajib bertaubat dari segala dosa.

Taubat titik mula org2 yg menuju akhirat. Taubat merupakan awal dan akhir perjalanan seorang hamba.
permulaan taubat; Penyesalan…
seterusnya, keinginan keras utk berubah dan menghidari keburukan.
maksiat adalah hijab antara hamba dgn Rabbnya. Dia segera menyelamat diri..perasaan harap dan cemas melahirkan taubat nasuha…
Inilah jalan yg benar2 ditempoh oleh org yg benar2 mahu kembali kpdNya.
hamba yg kembali dgn penuh keikhlasan, kemantapan dan keyakinan serta ketaatan..
Ia mengangkat hamba itu ke maqam para wali Allah yg benar2 bertaqwa.
wujudlah dinding penyekat antara dirinya dan syaitan.

b) Jawapan Thtl tentang solat taubat:
Solat taubat

« مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ». ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ (وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ) إِلَى آخِرِ الآيَةِ

“Tidaklah seorang hamba melakukan dosa kemudian ia bersuci dengan baik, kemudian berdiri untuk melakukan shalat dua raka’at kemudian meminta ampun kepada Allah, kecuali Allah akan mengampuninya.” Kemudian beliau membaca ayat ini: “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.

” (HR. Tirmidzi no. 406, Abu Daud no. 1521, Ibnu Majah no. 1395.
mutaqaddimin, hadith ni dha’if. maka solat taubat tak sunah; albani kata sahih, maka ianya sunnah.
Taubat, bisa dgn solat 2 rakaat atau dengan tahajjud atau minta ampun ketika sujud .

 

 

Soalan 5

Saya menerima whatsapp dlm ayat al Quran yg kononnya tidak sampai beberapa jam kehidupan akan berubah…  Spt ayat ini
Kawan kat Mekkah kirim !!! Suroh share !
Baca tau :-
Bismillah hirahmannirahim …  innaka la minal mursalin a’la siratim mustaqim tanzilal azizir rahim litunzira qaumamma unzira abaa uhum fahum ghaafilun …
Tlg kirim potongan ayat dari Surah Yassin ini minima 13 org … InsyaAllah, selepas  2 jam kamu akan dgr kabar baik & dpt kebahagiaan ! Jgn delete sblm disebarkan. Kita berbagi doa sesama muslim … 2 jam sdh saya laksanakan ternyata rezki dtg !
Subhanallah !!!    (Ustaz Hasan :  0123152858)
Cuba je buat dulu … jgn cakap mengarut tentang khabaran baik selepas 2 jam tu … anda buat, anda sendiri akan tahu keputusannya kemudian !
Adakah ianya benar?
( sy tdk pernah mengikut krn percaya rezeki dtg nya dr Allah SWT )

Jawapan [Forwarded from Adli Khalim]

Ini namanya Thiyarah. Percaya sial akan menimpa sekiranya sesuatu dilakukan atau ditinggalkan.

Nabi dah jelas kata لا طيارة tiba-tiba ada ostat suruh percaya. Siap tak bagi delete sebelum disebarkan.

 

 

Soalan 6

Siapa hukum menipu untuk jauhkan daripada berlaku perbuatan dosa?

Jawapan [Forwarded from thtl al-jazani توان حسن]

Bab menipu:  dalilnya:
مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Barangsiapa yang menipu maka dia bukan dari golonganku.” (HR. Muslim no. 102)
Hukum asal kita kena bercakap benar dalam semua keadaan kecuali terdapat keperluan berbuat demikian. Ini kerana sifat munafiq itu ialah dusta.

Terpaksa menipu utk menjauhkan diri dari perbuatan berdosa  ada keringanannya .
cth tipu sunat, mendamaikan dua saudara yg berkelahi.
cth A dan B gaduh, kawan mereka si C, akan reka cerita agar kedua A n B berdamai
cth lain, rakyat palestine tipu polis israel utk menyelamatkan dari di bom

 

 

Soalan 7
Apakah perbezaan niat dan lafaz niat dalam solat

Jawapan [Forwarded from Adli Khalim]

Niat ialah apa yang diazamkan di qalbu, wajib untuk menjadikan suatu amalan sah.

Lafaz niat ialah apa yang dilafazkan, “nawaitu…, usolli…,” tidak pernah diamalkan oleh Nabi dan golongan yang hidup di kurun terbaik (yakni para sahabat). Para `ulama’ berbeza pendapat dalam lafaz niat, ada yang kata sunat (bukan wajib, bahkan tiada `ulama’ yang mewajibkannya, melainkan sebahagian pihak pada zaman sekarang yang berkeras mempertahankannya, seolah-olah menjadikan amalan ini wajib), ada yang kata harus, ada yang kata bid`ah. Meninggalkannya adalah jauh lebih utama.

Lafaz tu tak wajib.

 

 

Soalan 8

Apakah hukum perempuan yang bersuami bermusafir seorang diri di atas sebab nak cari ilmu dan hukum perempuan bujang bermusafir seorang diri atas sebab nk menuntut ilmu?

Jawapan 8 [Forwarded from thtl al-jazani توان حسن]

Hukum isteri balik kg, balik naik public transport
Kata syaikh Dr Yusof al-Qaradhawi (Fatawa Mu’asirat jld 2 dan Kayfa nata’amalu ma’a as-sunnah), larangan wanita musafir solo ialah isu sekuriti atau keselamatan. Illat atau sebab larangan adalah keadaan keselamatan. Jika keselamatan terjamin, maka tak adalah larangannya.
dalilnya:
dari jalur ‘Adiy bin Hatim, Nabi saw bersabda kepadanya:
فَإِنْ طَالَتْ بِكَ حَيَاةٌ لَتَرَيْنَ الظَّعِيْنَةَ تَرْتَحِلُ مِنَ الْحِيْرَةَ حَتَّى تَطُوْفَ بِالْكَعْبَةِ لاَ تَخَافُ أَحَدًا إِلاَّ اللهَ
Trj:
“Jika kamu panjang umur, nescaya kamu akan melihat wanita berjalan bersendirian dari Hirah (dekat Baghdad di Iraq) hingga melakukan tawaf di Ka’bah (Makkah). Dia tidak takut sesuatu pun melainkan Allah (dalam perjalanan itu)’ HR Bukhori.
Ia dimaksudkan ialah public transport, dan yg paling selamat ialah air travel atau kapal terbang dan d Timur Tengah, perempuan di sana musafir seorang diri dengan pengangkutan awam

Komen dan Soalan