Utama Bilik (40) Asas Ilmu Hadits Sesi Ulangkaji 1: Ilmu Asas Hadis

Sesi Ulangkaji 1: Ilmu Asas Hadis

273
0
Iklan

asSalaamu ‘alaikum, terima kasih buat semua yang masih bersama di dalam group ini.

Saya memohon maaf di atas kelemahan saya kerana tidak dapat memberikan komitmen yang baik dalam perkongsian di bilik ini.

Bermula hari ini saya akan variasikan perkongsian dengan perkongsian-perkongsian ringkas, dalam masa yang sama menyambung nota yang lama telah berhenti.

Ahli-ahli yang kelihatan dah lama tak aktif Telegram akan dibuang, dan bagi yang merasakan perlu untuk keluar adalah dialu-alukan.

Perkongsian nota masih lagi berkisar Sebab Pemalsuan Hadits yang Tak Disengajakan, tapi dalam masa yang sama saya akan ulas sedikit perkara-perkara asas sebagai penyegar kembali, malah mungkin untuk ingatkan apa yang dah terlupa.

Antara persoalan-persoalan penting yang sentiasa perlu ditekankan dari semasa ke semasa adalah fokus tujuan mempelajari asas ilmu hadits.

Kerana tak sedikit yang cuba menyelam dari lautan ilmu ini tanpa menyedari kelengkapan dirinya sangat rapuh, ia malah membahayakan dirinya sendiri.
Malah, diri saya sendiri tak pernah merasakan yang saya berada di peringkat yang lebih hebat, kerana masih terlalu banyak yang perlu dipelajari dan diingati walaupun di peringkat asas.
Hadits-hadits tentang niat dan ancaman kepada orang-orang yang tidak ikhlas dalam menuntut ilmu sepatutnya menjadi iktibar yang berat buat kita dalam usaha menambah ilmu dan memahami agama ini dengan lebih baik.

Ramai nak bercakap tentang hadits, tapi masih tak dapat beza apa itu hadits dan apa itu sunnah.

Siapa boleh kongsikan apa perbezaan antara hadits dan sunnah dengan ringkas dan mudah difahami?

Jangan salin balik nota-nota saya sebelum ni. Jawab mengikut kefahaman sendiri. Ringkas dan mudah difahami.
Hadits juga merangkumi perbuatan, seperti hadits tentang cara solat, cara haji, dll.

Sunnah juga ada melibatkan perkataan, seperti sunnah membaca bismillah sebelum makan, dll.

Beza Sunnah dan Hadits, bukan ilmu hadis, takde perkataan ilmu pun saya tulis kat atas.

Soalan diringkaskan: Apa beza Sunnah dengan Hadits?

Saya sambung kerja, nanti tengah hari saya respon semula dan kongsikan jawapan kalau ianya masih belum terjawab.

Komen dan Soalan