Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita : Nota ke 48 (Umum)

Fiqh Wanita : Nota ke 48 (Umum)

553
0
Iklan

Soal Jawab Fiqh Wanita

 

Soalan 1

Apakah ibu bapa yang telah meninggal dunia akan diazab di alam kubur sekiranya anak-anaknya yang masih hidup tidak menjalankan suruhan Allah seperti solat. Puasa dan sebagainya .

Jawapan 1

Tidak .Rujuk bab tanggung dosa.

 


Consultant-Mineral-salts-are-an-elegant-choice-for-sodium-reduction-in-bakery

Soalan 2

Adakah hadits kebaikan garam ini shahih?.

Hadis riwayat Al Bazzar ;
Rasulullah saw bersabda , ” sesiapa yang memulakan minum & makanan dengan memakan secubit garam , Allah akan hindarkan 330 jenis penyakit , yang paling kurang ialah gila , kusta , sakit perut dan sakit gigi . Yang bakinya diketahui oleh Allah sahaja .

Dari Anas bin Malik , nabi saw bersabda bersabda; “Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam . Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam .

Dari Abdullah bin Umar ; Rasulullah saw bersabda , ” sesungguhnya Allah menurunkan 4 perkara berkat ( mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi huJan ) kebumi iaitu besi ,api , air dan garam Wallahua’lam .

Jawapan 2 Thtl

Status hadits kebaikan garam. Tiada satu pun hadits shahih dalam bab ini. Semuanya bertaraf lemah atau palsu sahaja. Rujukan

 


 

Soalan 3

Bolehkah menghadiri jemputan perkahwinan rakan yang di adakan di kuil atau gereja, syeikh?

Jawapan 3 Thtl

Tidak boleh. Apa juga yang melibatkan urusan agama, haram. Tadabur surah al -kafiruun.

Allah Ta’ala berfirman,

وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni’mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.”(QS. Al Maidah 5: 3)

Kita boleh lihat kemusnahan orang kafir dalilnya:

Katakanlah: “Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu”. QS Al-An’am 6:11.

 


 

Soalan 4

Boleh tak seseorang tu terus ambil wudhu selepas mandi tanpa mengenakan pakaian??

Jawapan 4 Thtl

Menutup aurat bukan syarat sah wudhu’ (wudhu’ tetap sah kalau tak tutup aurat), cuma better jaga adab.

 


 

Soalan 5

Manusia Yang Menjadi Teman Iblis “Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas” kata Iblis. Antara bicara Iblis dengan Nabi Muhammad. #AlQuranHadisPanduanHidup. Betul ke statement ini

Jawapan 5 Thtl

Dialog nabi dgn iblis semuanya tidak sahih

 


 

Soalan 6

Sesiapa yg membaca ‘Bismillah’ 21 x sebelum tidur, Allah akan memaklumkan kepada malaikat untuk menulis segala kebaikan bagi setiap tarikan nafas si pembaca.” Sahih ke ?

Jawapan 6 Thtl

Dari Dr Rozaimi channel:

Assalamualaikum Dr Rozaimi, ” Sesiapa yg membaca ‘Bismillah’ 21 kali sebelum tidur, Allah akan memaklumkn kpd malaikat utk mnulis segala kebaikan bagi setiap tarikan nafas si pembaca. * Nak tanya status penyataan di atas?

Ustaz Rozaimi menjawab :Tak ada asalnya.

 


 

Soalan 7

Saya nak bertanya adakah wujud ayat-ayat al-quran yang boleh menghapus sel-sel cancer?

Jawapan 7 Thtl

  1. Al-quran tidak diturunkan sebagai buku doa perubatan, tetapi sebagai pengubat penyakit qalbu.
  2. Fadhilat al-quran (juga termasuk dalam kategori perkara ghaib) hanya diketahui oleh Allah, serta orang yang diberikan wahyu tentang fadhilat tersebut (Rasulullah), namun tiada riwayat yang sampai kepada kita tentang fadhilat al-quran yang mampu menghapuskan sel kanser.
  3. Sebahagian asatidzah pernah sebut bahawa ada pesakit yang mengecut sel kansernya, namun pesakit tersebut bukanlah mengamalkan ayat-ayat tertentu. Bahkan, pesakit tersebut memang menjadikan tilawah al-quran sebagai amalan hariannya (niatnya untuk melazimi al-quran sebagai tuntutan agama, bukannya untuk menyembuhkan kansernya).
  4. Saya perhatikan sebahagian ayat yang diajarkan sebagai petua (dalam apa-apa masalah) sangat tidak berkaitan dengan maksud ayat yang digunakan.
  5. Meminta pendapat doktor pakar tentang masalah ini lebih utama, daripada bergantung kepada petua-petua yang tidak dapat dipastikan keberkesanannya. Sebagaimana Rasulullah pernah menyuruh seorang sahabat berjumpa dengan Al-Harits bin Kaladah untuk penyakitnya (HR Abu Dawud, no 3875.)

Wallahu a`lam.

 


 

Soalan 8

Soalan berkenaan keberkatan gaji. Kita bekerja dengan syarikat. Kerja yang diberikan kita laksanakan seperti yang dikehendaki. Tapi ada waktu kita datang lambat, balik awal ataupun keluar waktu pejabat untuk urusan peribadi. Ada waktu senggang, kita mungkin buat kerja lain yang tiada kaitan dengan kerja. Apakah gaji yang diperolehi berkat? Adakah zakat boleh menyucikan gaji kita dan menghapuskan dosa?

Jawapan soalan 8 Thtl

Soal keberkatan gaji. Cara nak tebus kesalahan dan membersihkan pendapatan ialah dgn bersedekah dan berzakat, dalilnya:

“Ambillah zakat dari harta mereka, guna membersihkan dan mensucikan mereka“ (AQ, S. at-Taubah 103).

 


 

Soalan 9

Apakah yang di maksudkan dengan ‘dibunuh’ disini?

AJAR ANAK BERSUCI DAN SOLAT

Al-Imam Al-Ghazzali (W505H) berkata:

يجبُ على الآباءِ والأمهاتِ تعليمُ الأولادِ الطهارةَ والصلاةَ

Wajib bagi para bapa dan para ibu mengajar anak-anaknya cara bersuci dan solat.

فيؤمر بها ابنُ سبعٍ ويضربُ بتركِها ابنُ العشرِ

Dia diperintahkan untuk melaksanakannya (solat) ketika berumur 7 tahun dan dia hendaklah dipukul ketika berumur 10 tahun kerana meninggalkannya (solat).

ويُقتل بتركِها البالغُ

Hendaklah dibunuh bagi yang sudah baligh kerana meninggalkannya (solat).

Rujukan:

الخلاصة للإمام الغزّالي ص ١٠٥

Jawapan 9 Thtl

Imam Ghazali suruh bunuh orang baligh yang meninggalkan solat. Ya, itu memang pendapat majoriti ulama’ atau jumhur. Orang dewasa yang mukalaf, jika meninggalkan solat dengan sengaja, djatuhkan hukum bunuh, ada dua kaedah hukum:

  1. Di anggap murtad atau kafir dan di jatuhkan bunuh jika thabit, (mazhab hanbali, ibn hazm)
  2. Di anggap muslim, cuma dikenakan hukuman hudud bunuh, jika thabit kesalahannya (syafi’iyah)

 


Generated by  IJG JPEG Library

Soalan 10

Boleh ke kita sebagai perempuan baca al-quran dalam keadaan tidak memakai tudung?

Jawapan 10 Thtl

Membaca al-quran tanpa pakai tudung. Fatwa saudi arabia, tak ada dalil yg mewajibkan bertudung utk membaca al-quran.

 


 

Soalan 11

Anak tidak sah taraf:

  1. Tinggal berasingan dgn ibu, taraf si anak dengan adik beradik dan parent ibu mcm mana?
  2. Tinggal bersama ibu dan disusukan. Taraf si anak dengan anak2 ibu dan suami ibu macam mana pula?

Jawapan 11 Thtl

Anak tidak sah taraf.

  1. Tinggal berasingan dgn ibu. Jika tak sah taraf, anak luar nikah, maka statusnya adalah bukan mahram, baik duduk sekali atau berasingan.
  2. Jika duduk bersama si ibu dan si ibu menyusukannya. Ia jadi anak angkat bertaraf anak susuan. Ia mahram kepada adik beradik dan ayah.

 


 

Soalan 12

Jika ambil anak angkat yang masih bayi dan belum mempunyai nama. Apabila diberi nama pada siapa yang perlu nama itu di bin/binti kan ?

Jawapan 12 Thtl

Nasab anak angkat, ia dinasabkan kepada ayah biologinya jika dapat dikesan. Dalilnya:

“Panggilah mereka (anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapak-bapak mereka; itulah yang adil di sisi Allah ” AQ 33:05

 


 

Soalan 13

Betulkah kalau kita tengok lakonan atau dengar nyanyian dari artis yang telah meninggal dunia, artis itu akan merasa tersiksa di dalam kubur dan dosanya makin bertambah kerana melekakan orang?

Jawapan 13 Thtl

Artis tersiksa dengan lakunan dan nyanyiannya. Ya, dalilnya:

مَنْ سَنَّ فِي الإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يُنْقَصَ مِنْ أُجُوِْرِهمْ شَيْءٌ. وَمَنْ سَنَّ فِي الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يُنْقَصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ.

“Barangsiapa mencontohkan suatu perbuatan baik di dalam islam, maka ia akan memperoleh pahalanya dan pahala orang-orang yang mengamalkannya setelahnya tanpa dikurangi sedikitpun dari pahala mereka. Dan barang siapa mencontohkan suatu perbuatan buruk di dalam islam, maka ia akan memperoleh dosanya dan dosa orang-orang yang mengamalkannya setelahnya tanpa dikurangi sedikitpun dari dosa mereka.” HR Muslim

 


 

Soalan 14

Kurang jelas dengan huraian ini sheikh, walaupun basah masih tidak perlu sertu ya sheikh?

Jawapan 14 Thtl

Menyentuh anjing yg basah. Tidak perlu sertu (basuh 7X), kerana dalil sertu adalah jilatan anjing liar atau wild dogs. Dalilnya:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم((طهور إناء أحدكم إذا ولغ فيه الكلب أن يغسله سبع مرات, أولاهن بالتراب)) صحيح أخرجه مسلم

Terj:

Dari Abu Hurairoh ra berkata, Rasulullah saw bersabda “Sucinya wadah salah seorang di antara kalian apabila anjing menjilat di dalamnya adalah dengan mencucinya 7X, yang pertama kalinya dengan debu [HR Muslim]

* Maka tidak ada keterangan utk badan anjing

 


 

Soalan 15

Abang ipar telah berkahwin dua tanpa pengetahuan isteri pertama dan sudah mempunyai anak hasil perkahwinan tersebut. Apa yg kami perlu buat? Perlukah kami memaklumkan perkara tersebut kepada isteri pertama beliau? Bukan bertujuan meruntuhkan rumah tangga beliau tapi bimbangkan perihal nasab keturunan, harta pusaka, dan sebagainya bagi pihak waris tersebut.

Jawapan 15 Thtl

Abang ipar kawin dua. Tidak perlu menceritakan kepada kakak jika mudharatnya lebih besar dan rumahtangga mereka akan porak peranda berdasarkan kaedah fiqh. Mudharat dihindarkan. Jika ada keperluan hukum seperti pesaka, maka ketika itu anda yang ada rahsia perlu menceritakan. Cerita bila masa memerlukan.

Namun, ikut adat, rahsia itu akan pecah juga satu hari nanti, maka biarlah ia pecah dengan natural.

 


vape-devices-c

Soalan 16

Adakah hukum menghisap vape tu berdosa, sheikh?

Jawapan 16 Thtl

Hukum vape. Hukum yang adil ialah makruh. Makruh maksudnya dibenci syarak kerana ia tidak berfaedah dan membazir wang. Melakukan amalan tidak ada faedah dan menghabiskan wang pada jalan sia-sia adala sifat membazir. Membazir dan amalan sia-sia atau lagha adalah membawa kepada makruh.

Jika diharamkan oleh majlis fatwa, maka ia menjadi haram. Melakukan amalan makruh tidak berdosa.

 

Komen dan Soalan