Utama Bilik (78) Bulughul Maram & Fathul Bari Bulughul Maram : Hadis ke 75 & 77

Bulughul Maram : Hadis ke 75 & 77

583
0
Iklan

Syarahan Bulughul Maram

 

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم. اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما. رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي. أما بعد،

 

Hadits 75

وَعَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ – رضي الله عنه – قَالَ: كُنْتُ رَجُلًا مَذَّاءً, فَأَمَرْتُ الْمِقْدَادَ بْنَ الْأَسْوَدِ أَنْ يَسْأَلَ النَّبِيَّ – صلى الله عليه وسلم – فَسَأَلَهُ? فَقَالَ: «فِيهِ الْوُضُوءُ». مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ, وَاللَّفْظُ لِلْبُخَارِيِّ.

Dari Ali bin Abi Tolib رضي الله عنه berkata: Aku adalah seorang lelaki yang mudah terkeluar mazi, maka aku suruh al Miqdad untuk bertanya pada Nabi صلى الله عليه وسلم (tentang hukumnya) dan sesudah itu (dia pergi berjumpa Nabi صلى الله عليه وسلم) dia bertanya pada beliau Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab: “wajib berwudhu kerananya” Muttafaq Alaihi. Lafaz ini oleh Al Bukhari.

Penerangan.

1- Lafaz مَذَّاءً adalah lafaz isim mubalaghah yang bermaksud sangat mudah terkeluar air mazi.

2- Air mazi adalah sejenis air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat nafsunya. Lebih-lebih lagi bagi pemuda-pemudi yang masih muda. Begitu juga dengan Ali bin Abi Tolib رضي الله عنه juga masa ini dia masih lagi muda belia. Oleh itu mudah teransang syahwatnya bila bersama isterinya lalu mudah terkeluar air mazi walaupun tidak berjimak.

3- Syubhah dikalangan masyarakat melayu mengatakan Ali رضي الله عنه seorang yang kuat seks. Jawapan syubhah:

Sebenarnya sesiapa saja dikalangan orang muda mudah naik syahwat nafsunya. Ini sudah lumrah kejadian manusia diciptakan sebegitu. Bila semakin berusia biasanya kurang selera syahwat nafsunya dibandingkan ketika dia muda. Mujur lah ada juga dikalangan sahabat yang bertanya Nabi tentang ini, jika tidak ada maka sudah tentu amat sukar hukum bagi orang yang terkeluar air mazi tanpa jimak. Tapi sungguh pelik dikalangan orang malaysia menyebut hal2 berkaitan kuat seks dituju kepada Ali, bagi perempuan pula Fatimah binti Rasulillah صلى الله عليه وسلم . Maka tidak pelik adanya panggilan akar kayu tongkat ali atau kacip fatimah dll.

4- Hadis ini sebagai dalil bahawa bila ada kemusykilan hukum maka perlu bertanya kepada orang lebih alim. Firman Allah Ta’ala:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui. An Nahl 16:43

5- Hadis ini sebagai dalil Jawaz (harus) melantik wakil untuk bertanyakan fatwa. Sepertimana Ali mewakilkan al Miqdad bertanya Nabi صلى الله عليه وسلم.

6- Hadis ini dalil najis air Mazi. Dan tidak wajib mandi hadas kerana mazi, cuma hanya perlu basuh kemaluan serta tempat yang terkena air mazi.

7- Dalam riwayat Al Bukhari dan Muslim ada tambahan perintah basuh kemaluan. Dalam riwayat Abu Daud dan lain2 ada sebut basuh kemaluan dan dua batu. Sebaiknya basuh semua itu. Bagi sebahagian ulama mengatakan cukup hanya membasuh ditempat yang terkena air mazi.

Hikmah basuh boleh jadi kerana ada persamaan dengan mandi hadas. Cuma di sini hanya sekadar basuh kemaluan sahaja kerana mazi.

8- Dalam riwayat lain melalui riwayat Abu Daud ada menyatakan kaedah menyuci kain yang terkena air mazi iaitu cukup hanya direnjiskan dengan segenggam air ke pakaian yang terkena air mazi.

عَنْ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ قَالَ كُنْتُ أَلْقَى مِنْ الْمَذْيِ شِدَّةً وَكُنْتُ أُكْثِرُ مِنْ الِاغْتِسَالِ فَسَأَلْتُ رَسُولَ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ إِنَّمَا يُجْزِيكَ مِنْ ذَلِكَ الْوُضُوءُ قُلْتُ يَا رَسُولَ الله فَكَيْفَ بِمَا يُصِيبُ ثَوْبِي مِنْهُ قَالَ يَكْفِيكَ بِأَنْ تَأْخُذَ كَفًّا مِنْ مَاءٍ فَتَنْضَحَ بِهَا مِنْ ثَوْبِكَ حَيْثُ تَرَى أَنَّهُ أَصَابَهُ

Dari Sahl bin Hunaif berkata: Aku sangat berlebihan kerana air mazi iaitu aku banyak mandi kerananya. Lalu aku bertanya Nabi صلى الله عليه وسلم tentang hal itu. Nabi صلى الله عليه وسلم berkata: hanya cukup buatmu berwudhu kerana keluar mazi. Kemudian aku bertanya: bagaimana dengan pakaianku yang terkena mazi, nabi صلى الله عليه وسلم berkata : cukup buatmu mrngambil setelapak tangan air lalu direnjiskannya pada pakaianmu yang kamu rasa terkena mazi itu. HR Abu Daud, hadis hasan.

Tapi pada kemaluan mesti dibasuh dengan air seperti riwayat dinyatakan dalam Al Bukhari dan Muslim.

Habis di sini.. Ada soalan boleh tanya.

 


 

Sesi Soal Jawab

 

Kenapa Ali RA tidak bertanya sendiri kepada Nabi SAW? Adakah Ali malu?

Dalam riwayat lain ada menyebut لمكان فاطمة (kerana kedudukan Fatimah) yakni kerana fatimah anak Nabi صلى الله عليه وسلم dan Ali sebagai menantu.

 

Apa hikmahnya ustaz?

Seperti huraian no 5. Dan sifat malu bertanya jangan sampai tidak dapat ilmu bahkan cari lah jalan agar mendapat ilmu.

 

Maknanya Ali RA sangat respect kepada Nabi SAW walaupun dia menantu. Begitu maksudnya ustaz?

Ya

 


 

Sambungan hadis

Hadits 77

ِعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم ( إِذَا وَجَدَ أَحَدُكُمْ فِي بَطْنِهِ شَيْئًا فَأَشْكَلَ عَلَيْهِ: أَخَرَجَ مِنْهُ شَيْءٌ أَمْ لَا؟ فَلَا يَخْرُجَنَّ مِنْ اَلْمَسْجِدِ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا ) أَخْرَجَهُ مُسْلِم

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه berkata bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Apabila ada di antara kamu merasakan sesuatu dalam perutnya iaitu dia ragu-ragu apakah dia mengeluarkan sesuatu (kentut) atau tidak maka janganlah sekali-kali dia keluar dari masjid kecuali dia (yakin) mendengar suara (kentut) atau mendapati baunya”. Dikeluarkan oleh Muslim

Penerangan

1- Hadis ini sebagai dalil sekadar ragu tidak membatalkan wudhu dan tidak membatalkan solat. Kecuali jika yakin. Tanda yakin jika ada pengukuh-pengukuhnya seperti bunyi dan bau. Di sini juga pengukuh itu penting dalam masalah ragu. Pengukuh itu sebagai kayu ukur bagi masalah ragu. Pengukuh ini sebenarnya sebagai bukti bahawa benda itu benar-benar berlaku atau tidak.

2- Hadis ini ada menyebut “”jangan lah kamu keluar dari masjid sehingga…”” Ini adalah dalil bahawa walaupun si fulan itu berada dalam masjid menunggu untuk solat,maka dia tidak perlu keluar semata untuk berwudhu baru.

3- Hadis ini dalil bahawa keluar kentut maka membatalkan wudhu dan solat.

4- Hadis ini dalil bahawa sesiapa yang sedang solat maka wajib baginya sempurnakan solat itu hingga selesai kecuali ada uzur syar’ei seperti terbatal wudhu atau sakit dan sebagainya.

5- Manakala jika si fulan itu terkentut lalu dia yakin dia memang terkentut maka batal wudhunya walaupun tidak berbau atau bunyi. Ini kerana hal keadaannya masa itu adalah yakin. Dan hadis di atas pula dalam masalah orang yang ragu/waswas.

Dan Allah jua Yang Lebih Mengetahui. Habis di sini kelas malam ini. Hadis ke 76 sedikit panjang huraiannya. Tidak sempat dengan masa. In sya Allah di lain masa kita belajar.

Ada soalan boleh terus tanya. Saya akhir dulu kelas malam ini

وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين. السلام عليكم ورحمة الله


 

Sesi Soal Jawab

 

Bgaimana yang menahan-nahan angin dari keluar ? Maksud tahan dari buang angin?

Kalau takleh tahan sangat misal seperti orang nak terberak maka perlu keluar buang air besar dulu. Kalau banyak sangat angin tu penyakit pula, maka di situ ada uzur sakit. Maka kena segerakan solat sebelum terkeluar angin tapi kalau sekadar waswas maka wajib teruskan solat.

 

Ini dalam kes yang suka menahan dari batal. Jadi makruh ke ustaz kalau menahan?

Ya makruh.

 

Komen dan Soalan