Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita : Nota ke 46 (Umum)

Fiqh Wanita : Nota ke 46 (Umum)

239
0
Iklan

 

Soal Jawab Fiqh Wanita

 

Soalan 1

Adakah petua dibawah boleh diamalkan dan adakah ia termasuk bid’ah?

PETUA MENJADI WANITA CANTIK ZAHIRIAH DAN LAHIRIAH ~IN SHAA ALLAH

  1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum azan subuh
  2. Sebaik bangun tidur sebelum gosok gigi minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik.kulum air tegukan pertama didalam mulut untuk seketika dan bacakan dlm hati selawat nabi 3x barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut.
  3. Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali basuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan selawat nabi 3x hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi,ulang usapan sebanyak 3x.
  4. selepas solat subuh baca surah yusof kemudian teguk sebanyak 3x shj air suam..inshaaallah awet muda
  5. Selepas solat isyak baca al fatihah 1x,ayat qursi 1x dan surah waqiah ayat 35 ~38 7x tiup pada air dan niatkan “Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dgn suamiku”
  6. surah waqiah ayat 35~38 jg elok dibaca dlm hati sbyk 3x sblm jirusan pertama air mandian ke badan
  7. Makan jangan berulam air…30 min sebelum dan selepas
  8. Amalkan membaca alquran krn Allah,bykkan selawat,sedekah,senyum dan tahajud, selamat beramal kerana Allah

Jawapan 1 Thtl

Petua kecantikan. Bukan bid’ah tetapi Magik.

Bid’ah = amalan baru yang dicipta bertujuan beribadat.

Magik = baca ayat atau shalawat dan akan berlaku keajaiban, misalnya kulit menjadi puteh atau wajah menjadi cantik jelita.

Petua-petua yang berpaksikan ayat-ayat al-quran atau selawat memerlukan nas atau dalil. Jika tidak ada, maka ia tertolak.

 


 

Soalan 2

Apakah hukum makan ikan yang di lengat bersama taik didalam perut, mintak penjelasan.

Jawapan 2 Thtl

Memakan ikan yang dilengat/peram bersama najisnya. Dalil umum:

“Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu” AQ 2:172

“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanannya.” (AQ,al-Maidah. 96)

Dalil hadits:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ – رضي الله عنه – قال : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ – صلى الله عليه و سلم – فِي البَحْرِ : ((هُوَ الطَّهُوْرُ مَاؤُهُ الحِلُّ مَيْتَـتُهُ)) أخرجه الأربعة و ابن أبي شيبة, واللفظ له, وصححه ابن خزيمة و الترمذي, و رواه مالك و الشافعي و أحمد.

Dari Abu Hurairoh radiyallahu ‘anhu, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda tentang laut, “Thohur (suci dan mensucikan) airnya dan halal bangkai (di dalam)-nya”. HR arba’ah, Imam abu isa kata hasan sahih

Dari nas-nas di atas, hukum najis ikan adalah halal jika sesiapa nak makan kerana najisnya didiamkan oleh syarak, namun terbaik ialah kita makan ikan tanpa najisnya. Tapi kalau ikut uruf atau adat, ada adat sesuatu kaum yang biasa memakannya, Ia tidak haram.

 


920x920

Soalan 3

  1. Apa yang lebih afdal di lakukan jika kita nampak anjing dalam kesusahan seperti jatuh dalam longkang? Tolong angkat kemudian samak atau biarkan sahaja.
  2. Dalam  keadaan mana kita kena sertu?

Jawapan 3 (a) THTL

Jika melihat anjing dalam kesusahan. Mendapat pahala yg besar:

أَنَّ رَجُلاً رَأَى كَلْبًا يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ الْعَطَشِ ، فَأَخَذَ الرَّجُلُ خُفَّهُ فَجَعَلَ يَغْرِفُ لَهُ بِهِ حَتَّى أَرَوَاهُ ، فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ ، فَأَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ

Artinya :

“Sesungguhnya ada seorang lelaki yang melihat seekor anjing yang memakan debu karena merasa haus. Maka si lelaki itu pun melepas kasutnya lalu digunakannya untuk mengambil air, dan kemudian ia memberi minum anjing itu sehingga anjing itu pun segar (pulih) kembali. Maka Allâh berterimakasih kepada lelaki itu serta memasukkannya ke dalam Syurga”.
(H.R. Al-Bukhârî)

Ini sikap Islam terhadap anjing, anjing itu bersih dan tidak perlu sertu jika memegangnya baik kering atau basah.

Jawapan 3 (b) THTL

Kena sertu bila anjing liar masuk rumah dan menjilat pinggang mangkuk, gigitan anjing liar atau gila, kena rawatan segera di hospital, rawatan tersebut adalah sertu, sebab pihak hospital menggunakan antiseptik.

 


 

Soalan 4

Bagaimana cara kita nak bersangka baik dengan orang bercakap bohong dengan kita?

Jawapan 4 Thtl

Sangka baik dengan penipu, dalilnya:

مَنْ غَشَّ، فَلَيْسَ مِنِّي

“Barangsiapa yang menipu, maka ia bukan termasuk golongan kami” [Diriwayatkan oleh Muslim no. 102].

Maksudnya jika sahih dia penipu, maka tak ada lagi sangka baik. Nabi pun reject, maka kita kena ikuti langkah baginda dengan menjauhi si penipu.

 


196107_778ca3b2-042e-11e5-84d1-40ae64efb121

Soalan 5

Jika seorang wanita itu datang bulan bolehkah dia baca iqra? Pegang buku iqra?

Jawapan 5 Thtl

Wanita haid dan buku Iqra’. Yang menjadi perbahasan ulamak ialah wanita haid menyentuh musyhaf (100% ayat AQ), manakala yang selainnya, kata Imam Nawawi dalam Majmuk, tidak ada masalah. Jadi kalau kitab Iqra’ itu ada percampuran antara arabic dan bahasa melayu, maka dibolehkan.

 


 

Soalan 6

Si ibu dirogol dan telah mendapat anak luar nikah, kemudian ibu itu berkawin dengan lelaki lain dan mendapat anak. Anak luar nikah tidak duduk sekali dengan ibu itu. Jadi bila ibu itu dah ada anak dengan lelaki itu, hubungan anak tak dah taraf tu dengan anak yang sah taraf non mahram dengan suami ?

Jawapan 6 Thtl

Anak hasil rogol. Anak hasil rogol adalah anak yang tidak sah taraf menurut Islam, ini kerana nasab dan taraf ditentukan oleh nikah. Maka anak hasil rogol menjadi bukan mahram dengan anak-anak si ibu dan juga suami ibunya. Kena pakai tudung dihadapan mereka.

 


 

Soalan 7

Situasi saya. Jamban yang bersih dekat site telah terkunci dari dalam. Terpaksa gunakan jamban yang busuk dan kotor walaupun dah dicuci dengan sabun. Sekarang saya mengalami keputihan yang melampau. Boleh tak saya jamak solat asar? Sebab kalau nak tunggu masuk asar sudah pasti keputihan akan keluar lagi.

Jawapan 7 Thtl

Solat jamak kerana tidak ada tandas bersih menentukan sesuatu itu dharurat (critical dan urgent) adalah bersifat situational, yakni org yang menghadapi kesusahan itulah yang lebih tahu.

Manakala mengambil rukhsah atau kelonggaran menjamak solat dibenarkan dalam situasai dharurat dan bukan bermudah-mudah dan dijadikan budaya seperti syiah, kaum syiah bila menghadapi masalah yang kecil, mereka akan menjamak solat.

Maka anda gunakan akal sihat dalam menilai keadaan sebelum membuat keputusan menjamak solat.

 


 

Soalan 8

Adakah terbatal wudhuk seseorang perempuan yang keluar angin dari bukan duburnya, maknanya dari kemaluannya. Mohon pencerahan.

Jawapan 8 Thtl

Angin dari faraj tidak membatalkan wudhuk, sebab ia bukan suatu kebiasaan. fatwa syaikh Uthaimin, saudi arabia. Angin atau kentut yang membatalkan wuduk ialah dari dubur, itulah kebiasaan dan asalnya angin kentut.

 


 

Soalan 9

Adakah wanita wajib mandi wiladah selepas melahirkan anak?

Jawapan 9 Thtl

Mandi wiladah. Ini tidak jelas fardhu ain bab mandi. Mandi wajib bagi wanita ada tiga:

  1. Mandi kerana jimak, keluar mani.
  2. Mandi kerana suci dari haid.
  3. Mandi kerana darah nifas, bila sudah kering hari ke 40++.

Maka mandi wiladah adalah bid’ah, ini kerana ia cuma mandi biasa sahaja utk menyegarkan ibu dalam pantang. Mandilah banyak mana pun wiladah, ia belum suci dari nifas. Mandian wiladah = mandian herba ketika dlm pantang.

 

Komen dan Soalan