Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita : Nota – Bab Tanggung Dosa

Fiqh Wanita : Nota – Bab Tanggung Dosa

33717
0
Iklan

Soal Jawab

 

Soalan 1

Ramai wanita yang tak faham istilah tanggung dosa, isteri ingat suami tanggung dosa isteri, bapa tanggung dosa anak. Walhal dalam al-quran banyak dalil.

Jawapan 1 Thtl

Konsep pikul dosa orang lain.

“Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. ” Faathir ayat 18

Ayat itu jelas seseorang tidak akan pikul dosa orang lain. Bagaimana dengan lelaki yang berzina dengan perempuan, atau lelaki yang pecah dara anak dara orang, apakah lelaki itu akan pikul dosa perempuan yang dizinainya sepanjang hayat.

TIDAK.

Apa yang berlaku, ada dua:

  1. Jika lelaki itu taubat nasuha dan banyak beribadat dan berjihad, maka Allah ampunkan dosanya.
  2. Jika dia tidak taubat, bila dia mati, sebahagian pahalanya akan diambil dan diberikan kepada perempuan yang dizinai itu dengan paksa atau bawah umur. Jika perempuan itu rela dirinya disetubuhi, maka masing-masing akan tanggung dosa masing-masing.

Ini contoh pahala diambil dan diberi kepada orang yang dizalimi atau dirogolnya:

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kalian siapakah orang yang muflis itu?” Mereka menjawab : “Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak pula memiliki harta/barang.” Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Namun ia juga datang dengan membawa dosa kezaliman. Ia pernah mencerca si ini, menuduh tanpa bukti terhadap si itu, memakan harta si anu, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang itu. Maka sebagai tebusan atas kezalimannya tersebut, diberikanlah di antara kebaikannya kepada si ini, si anu dan si itu. Hingga apabila kebaikannya telah habis dibahagikan kepada orang-orang yang dizaliminya sementara belum semua kezalimannya tertebus, diambillah kejelekan/kesalahan yang dimiliki oleh orang yang dizaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.” (HR Muslim no.6522)

Hadith di atas tidak boleh difahami dengan penzalim memikul dosa orang yang dizalimi, yang sebenarnya, pahalanya diambil atau dosa orang yang dianiayai didebit kepada akaunnya.

Hukum asal mukallaf, semua orang yang mukallaf (baligh, berakal, merdeka) akan pikul dosa masing-masing.

Hukum asal: sesiapa menzalimi orang lain, maka pahalanya akan diambil dan didebit kepada orang yang dizaliminya.

 

Soalan 2

Jika anak dara, usia baligh 21 tahun, keluar rumah dan pakai jeans, t-shirt, dan free hair, apakah ayahnya akan pikul dosa anak dara tadi?

Jawapan 2 Thtl

  1. Tidak, si ayah tidak akan pikul dosa si anak, dosa tidak menutup aurat 100% dipikul oleh anak.
  2. Si ayah dan ibu akan dihisab atas dosa CUAI, jika mereka cuai dari mendidiknya, tidak menasihati anak daranya.
  3. Jika si ayah dah didik dan nasihat, tapi si anak dara memilih cara hidupnya sendiri, maka si ayah tidak akan berdosa.

Itu cara nak faham isu pikul dosa.

Contoh: Anak-anak Nabi Nuh menolak dakwah ayahnya, enggan naik bahtera nuh maka Nabi Nuh tidak akan pikul dosa syirik anaknya, kerana Nuh sudah menegakkan hujah dan dakwah kepada mereka.

Komen dan Soalan