Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 50 (Umum)

Fiqh Wanita 50 (Umum)

237
0
Iklan

 

 

b14
#Syafni

S&J Fiqh Wanita

 

Soalan 1

Adakah dibolehkan jamak @ qasar @ jamak qasar solat bagi pesakit yang akan dibedah untuk dibuang alat dalam rahim dan adakah selepas bedah pesakit boleh solat seperti biasa?

Jawapan 1 Thtl

Pesakit yg akan dibedah boleh menjamak sahaja, bukan qasar.
Dalil:
وقد ثبت في صحيح مسلم عن عبدالله بن عباس رضي الله عنهما ان النبي صلى الله عليه وعلى اله وسلم جمع بين الظهر والعصر وبين المغرب والعشاء في المدينه من غير خوف ولا مطر فسألوا ابن عباس: لماذا جمع؟ قال اراد ألا يحرج امته اي ألا يلحقلهاالحرج في ترك الجمع

Thabit hadits di Sahih Muslim, dari Abdullah bin ‘Abbas ra bahwa Nabi saw pernah menjamak antara salat zuhur dan asar; salat maghrib dan isya di Madinah, bukan karena ketakutan (khouf) dan bukan pula karena hujan. Para sahabat pun bertanya kepada Ibnu ‘Abbas,”Mengapa beliau menjamak?” Ibnu ‘Abbas berkata, ”Beliau ingin supaya tidak memberatkan umatnya.” Maksudnya, beliau tidak ingin menyusahkan umatnya dikarenakan tidak menjamak.

Maka jika selesai kesulitan dr pembedahan itu, maka dia boleh solat tamam kembali.

 

 

Soalan 2

Apakah hukum perempuan(berumur) urut lelaki atas tujuan perubatan ?

Jawapan 2 Thtl

Tukang urut perempuan ke atas pesakit lelaki
a) Hukum asal: tak boleh di bawah hukum sentuhan dan melihat aurat.
b) Hukum dharurat: boleh, dgn syarat:
1. tidak ada tukang urut lelaki,
2. tukarang urut perempuan itu yang terbaik
3. dilakukan di tempat terbuka bukan khalwat

 

 

Soalan 3 dan jawapan Thtl

a) Bagaimana jika selepas bersetubuh dan si isteri selesai mandi wajib dan ingin menunaikan solat tetapi terasa seperti cecair keluar dari faraj kelihatan seperti ‘air mani’ yang keluar sedikit dari faraj perlukah mandi wajib semula”.

Jawapan

Jika masih keluar, maka tidak perlu ulangi mandi, memadai dengan membasuh dan memperbaharui wuduk.
Hujah: mandi kerana bersetubuh atau keluar mani dengan rasa orgasm.

b) Adakah air mani dikira najis?

Jawapan

Air Mani bukan najis.

 

 

Soalan 4

Sahih atau tidak hadis ini?
KENAPA EMAS ?? ‘Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yg bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)’
Hadis Rasulullah s.a.w : Riwayat Imam Ahmad Ibnu Hanbal

Jawapan 4 Thtl

Tashih hadith dinar/dirham
لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يَنْفَعُ فِيهِ إِلَّا الدِّينَارُ وَالدِّرْهَمُ (وأخرجه الطبراني في “الكبير” 20/ (659) ، وفي “الأوسط” (2290))
status:
الراوي : المقدام بن معد يكرب الكندي | المحدث : الألباني | المصدر : تخريج مشكاة المصابيح
الصفحة أو الرقم: 2716 | خلاصة حكم المحدث : إسناده ضعيف منقطع

Penilaian albani:
HR Tobrani dalam Mu’jam al-Kabir dan al-Awsath, dinilai lemah oleh albani kerana perawi Abu Bakar bin Abi Maryam

 

 

Soalan 5

Bagaimana hukum anak tiri dengan ibu tiri? Selalu kita dengar tanggungjawap anak pada ibu. Dosa anak pada ibu jadi bagimanakah keadaan yang sepatut nya antara anak2 ini pada ibu tiri mereka?

Jawapan 5 Thtl

Seputar hubungan ibu dan anak tiri
1. hubungan anak tiri dan ibutiri adalah hubungan mahram keluarga yg terbina sebab perkahwinan. Ia adalah hubungan yg kuat. kerana mahram maksudnya diharamkan kawin. Maka Islam amat beratkan hubungan sesama mahram
2. status doa ibu tiri kpd anak tiri
ia bergantung sejauh mana hubungan kasihsayang antara keduanya, jika si ibu tiri menyayangi anak tirinya macam anak sendiri, dan jika dia ikhlas berdoa, maka doa akan makbul, insyaAllah.
3. anak tiri menyakiti ibu tiri apakah dianggap anak derhaka.
Tidak, kerana ibu yg sejati adalah ibu yg thabit secara rahim atau kelahiran bukan tiri atau angkat. cuma ia berdosa kerana tidak menghormati mahram.

 

 

Soalan 6

Konsep sebenar keperluan perlaksanaan solat Jamak & Qasar (mengikut manhaj salaf)
1) definasi
2) keadaan/situsi
3) jarak/masa

Jawapan 6 Thtl

Rangkuman:
1. Qasar, pendek 4 jadi 2, kerana safar
2. Jamak, himpun dua solat, kerana safar dan masyaqqah atau apa jua kesulitan dgn syarat bukan rutin
3. Jarak, syafi’iy 90KM
4. Tempoh, jamak qasar, 4 hari, qasar 18 hari
5. Bila nak start, bila keluar kampung atau taman
6. Bila habis, bila sampai balik kampung
7. Apakah boleh jamak siap2 sebelum bertolak, boleh jika kita ijtihad ada jem teruk di jalanan berdasarkan lapuran polis atau plus line atau kesesakan hariraya
8. Jenis destinasi
a. Kampung kekal atau watan asli, tempat lahir, atau kampung halaman, bila balik musim raya, bila tiba tak boleh solat qasar
b. Tempat menetap kerana kerjaya, dah beli rumah, takleh jamak qasar
9. Apakah kemudahan RnR dan air travel memansuhkan solat qasar jamak, tidak, ia hadiah Allah kpd musafirin
10. Jika singgah dimesjid dan org tempatan sedang solat, maka kena buat solat penuh atau tamam
11., Apakah boleh solat jamak qasar jika singgah solat Jumaat., boleh menurut syafi’iy kerana solat jumaat ganti zolat zuhur
12. Bolehkah travel hari jumaat, boleh, cuma klau tolak lepas subuh wajib solat jumaat kata syafi’iyah, kalau to;lak belum subuh, lepas, tak payah

 

 

Soalan 7

Apakah betul kiraan, kalau gaji kasar 3.8k selepas tolak semua komitment tinggal 7 ratus sahaja kena bayar zakat pendapatan ? Jumlah rm700 tu untuk sara 3 orang iaitu suami isteri dan anak

Jawapan 7 Thtl

Pengiraan zakat maal al-Mustafaad (zakat gaji dan upah kerjaya), kena lawati mana-mana website PPZ dan isikan dalam calculator zakat kat situ samada anda layak atau tidak mengeluarkan zakat. Jika anda menyara suami (kemungkinan suami hilang upaya), kemungkinan besar, tidak dikenakan zakat.

 

Soalan 8

Adakah manusia boleh membuat tuntutan di alam akhirat? Contohnya seperti manusia yang dizalimi. Mohon pencerahan

Jawapan 8 Thtl

Tuntutan di akhirat dr penzalim
Hukumnya boleh, dalil:

لا يحب الله الجهر بالسوء من القول إلا من ظلم وكان الله سميعا عليما
” Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui.” (AQ, an-Nisa: 148)

Hadits:
اتق دعوة المظلوم وإن كان كافرا فإنه ليس دونها حجاب
” Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah.” HR Ahmad – sanad hasan, ahmad syakir

 

 

Soalan 9

Apakah dalil  yang mengatakan tidak ada keharusan sambut maulid rasul?

Jawapan 9 Thtl

Dalil yg melarang maulid rasul
Lihat nota Kawaid Bid’ah 16 perkara

Dalil yg melarang ialah:
مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam agama kami ini yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak.” (HR. Bukhari no. 20 dan Muslim no. 1718)

Dalil ke 2:
Nabi saw hidup 23 tahun selepas perutusan, ia satu kesempatan yg lama, namun Nabi saw tidak merayakan besday baginda
Dalil ke 3:
Khulafa arrashidin selama 30 tahun di atas minhaj nubuwwah, namun ke empat-empat khalifah yang lurus tidak merayakan maulid sedangkan 30 tahun adalah tempoh yg lama utk mereka berbuat demikian
Dalil ke 4:
Sahabat dan generasi salaf adalah manusia yang paling kuat mencari pahala dan menyintai Nabi saw. Jika mereka tidak merayakan dan menyambutnya, maka sudah pasti, maulid bukanlah suatu keutamaan dalam hidup.

 

 

Soalan 10

Era bilakah dan siapakah yang memulakan sambutan majlis maulid Nabi SAW ?

Jawapan 10 Thtl

Kerajaan Fatimiyah yg beraliran rafidah. mereka sambut maulid semua ahli bayt, Ali, Fatimah, Husin dan kemudiannya Nabi saw

 

 

Soalan 11

Adakah sambutan maulid Nabi SAW masa tu sama macam sekarang?

Jawapan 11 Thtl

Kerajaan Ubaidiy yang menguasai Egypt tahun 360 Hijrah.
Cara maulid zaman tsb lagi grand, hadiah 10,000 dirham kpd pencipta sajak dan syair memuja Nabi, jamuan negara spt hari terbuka 1Malaysia kat PWTC.

 

 

Soalan 12

Apakah hukumnya seseorang menghalang seseorang daripada melalui tanahnya untuk keluar ke jalan besar..hal ini kerana tiada jalan lain yang boleh dilalui untuk keluar..masalahnya tuan tanah tersebut tidak membenarkan dan tidak ingin memberikan laluan jalan tersebut kepada seseorang itu..maka,seseorang itu merasa ia dizalimi kerana tidak ada sifat ihsan dan toleransi daripada pemilik tanah tersebut.

Jawapan 12 Thtl

Laluan melalui tanah milik org lain
Kena cek dengan pejabat tanah dgn mengemukakan petisen, ini kerana ada reserve jalan untuk orang lain access kepada tanahnya.
Kedua: jika tidak ada, maka kena runding utk membayar kos gantirugi kpd pemiliknya.

 

 

Soalan 13

Kakak  telah meninggal 3 bulan selepas berkahwin. Arwah tidak punya zuriat, maka tiada lah doa utk dia dari anak soleh. Saya tidak pernah putus berdoa untuk arwah. Saya terlalu sayang kan arwah kakak dan membuat kebajikan dan berniat atas namanya. Adakah sampai doa saya,amalan2 kebajikan saya pada arwah kakak saya?

Jawapan 13 Thtl

Doa anak soleh
a) Hadith dari org lain juga sampai, dalil:
“Dan mereka yang datang selepas kumpulan itu , berdoa Ya Tuhan kami ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang sebelum kami telah beriman” ( AQ, Al-Hasyr : 10 )

b) “Dan pintalah ampun bagi dosa kamu dan dosa orang mukmin” ( Muhammad : 19 )

Komen dan Soalan