SOLAT JENAZAH YANG DIRAHMATIُ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ. بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ. وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
Rasulullah ﷺ bersabda:,
مَا مِنْ رَجُلٍ مُسْلِمٍ يَمُوتُ فَيَقُومُ عَلَى جَنَازَتِهِ أَرْبَعُونَ رَجُلًا لَا يُشْرِكُونَ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلَّا شَفَّعَهُمْ الله فِيهِ
Maksudnya;
Tiada seorang muslim yang meninggal dunia lalu jenazahnya disolatkan oleh 40 orang lelaki, yang mana mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, melainkan Allah akan mengabulkan doa syafa’at mereka untuknya (yakni bagi jenazah).
(Hadis direkodkan oleh Imam Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan Ahmad)
إِذَا وُضِعَتْ الْجِنَازَةُ فَاحْتَمَلَهَا الرِّجَالُ عَلَى أَعْنَاقِهِمْ فَإِنْ كَانَتْ صَالِحَةً قَالَتْ قَدِّمُونِي قَدِّمُونِي وَإِنْ كَانَتْ غَيْرَ صَالِحَةٍ قَالَتْ يَا وَيْلَهَا أَيْنَ يَذْهَبُونَ بِهَا يَسْمَعُ صَوْتَهَا كُلُّ شَيْءٍ إِلَّا الْإِنْسَانَ وَلَوْ سَمِعَهَا الْإِنْسَانُ لَصَعِقَ
Maksudnya;
Saat jenazah diletakkan (di atas pengusung) dan telah diusung di atas pundak lelaki, sekiranya jenazah itu soleh, dia akan berkata, “Percepatkanlah diriku”. Jika jenazah tidak soleh, dia akan berkata, “Celaka aku, ke mana akan mereka membawaku?”. Suara itu bisa didengar oleh setiap benda kecuali manusia. Sekiranya dia mendengarnya, pasti dia pengsan. ( Riwayat al-Bukhari)
وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين. والله أعلم بالصواب
Sekian, selamat beramal…