Utama Tazkirah Admin KECINTAAN SAHABAT NABI S.A.W KEPADA AL-QURAN.

KECINTAAN SAHABAT NABI S.A.W KEPADA AL-QURAN.

194
0
Iklan

Abu Abdul Rahman as-Sulami berkata:

حدثنا الذين كانوا يُقرِئوننا: أنهم كانوا يستقرِئون من النبي صلى الله عليه وسلم،

Mereka yang mengajar kami al-Quran (iaitu para sahabat nabi) menyampaikan kepada kami bahawa mereka mempelajari al-Quran daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.

فكانوا إذا تعلَّموا عَشْر آيات لم يخلِّفوها حتى يعملوا بما فيها من العمل،

Apabila mereka mempelajari sepuluh ayat, mereka tidak akan berpindah (ke ayat yang lain) sehingga mereka beramal dengan isi kandungan ayat itu.

فتعلَّمنا القرآن والعمل جميعًا

Oleh kerana itu, kami mempelajari dan mengamalkan al-Quran pada masa yang sama.
[Tafsir at-Thabari, jilid 1, m/s 80, Shaikh Ahmad Syakir berkata: Isnadnya Sahih Muttasil]

Abdullah bin Mas’ud berkata:

وَاللَّهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ

Demi Allah yang tiada siapa yang berhak disembah selainNya.

مَا أُنْزِلَتْ سُورَةٌ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ إِلاَّ أَنَا أَعْلَمُ أَيْنَ أُنْزِلَتْ

Tidaklah turun satu surah daripada kitab Allah kecuali aku tahu di mana ia turun.

وَلاَ أُنْزِلَتْ آيَةٌ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ إِلاَّ أَنَا أَعْلَمُ فِيمَ أُنْزِلَتْ،

Tidaklah turun satu ayat daripada kitab Allah kecuali aku tahu kerana sebab ia diturunkan.

وَلَوْ أَعْلَمُ أَحَدًا أَعْلَمَ مِنِّي بِكِتَابِ اللَّهِ تُبَلِّغُهُ الإِبِلُ لَرَكِبْتُ إِلَيْهِ.

Seandainya aku mengetahui ada seseorang yang lebih mengetahui tentang kitab Allah berbanding diri aku, yang mana tempat itu dapat dituju dengan menunggang unta, nescaya aku akan menunggang unta ke tempat itu.

[Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail al-Quran, hadis no: 5002]

Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata:

وَكَانَ الرَّجُلُ إِذَا قَرَأَ : الْبَقَرَةَ ، وَآلَ عِمْرَانَ ، جَدَّ فِينَا – يَعْنِي عَظُمَ –

Apabila seseorang telah membaca surah al-Baqarah dan Ali ‘Imran, maka orang itu menjadi mulia pada pandangan kami. [Musnad Ahmad, Musnad Anas bin Malik, no: 12236, Shaikh al-Arnaouth berkata: Isnadnya sahih di atas syarat Shaikhan]

Komen dan Soalan