Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 40 (Umum)

Fiqh Wanita 40 (Umum)

421
0
Iklan

Fiqh Wanita – S&J

 

Soalan 26

Apakah maksud hadis dibawah ini bahawa saf yang paling baik untuk muslimat yang paling belakang? Kalau semua pegang dalil ini makanya semua pakat nak duduk saf belakang dan siapa nak penuhkan saf depan tu?

KEUTAMAAN SAF PERTAMA SERTA PERINTAH UNTUK MENYEMPURNAKAN, MELURUSKAN DAN MERAPATKAN SAF

Dari Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik saf orang laki-laki adalah saf yang paling depan dan yang paling jelek adalah saf yang paling belakang; sedangkan sebaik-baik saf orang perempuan adalah yang paling belakang dan yang paling jelek adalah yang paling depan”. Riwayat Muslim

mosque-prayer

Jawapan 26 Thtl

Saf wanita. fiqh hadith sebaik-baik saf wanita adalah dibelakang, maksudnya jika solat di tempat terbuka atau mesjid yg tak ada tirai. jika mesjid ada ruangan khas dan ada tirai, kembali kpd hukum asal, sebaik2 saf ialah saf yg terhadapan, fatwa saudi arabia, [Kitab Al-Muntaqa min Fatawa Asy-Syaikh Dr Prof Shalih Al-Fauzan, 3/56-57]

 

Soalan 27

Boleh tak baca surah yang sama dalam solat ?

Jawapan 27 Thtl

Membaca surah yg sama dalam solat. Boleh, dalilnya:

“maka Dia memberi keringanan kepadamu, karena itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran.” (AQ. Al-Muzammil: 20)

 

Soalan 28

Mohon pencerahan berkenaan tarikh yang elok/baik untuk dirancang sebagai tarikh untuk bernikah.

Adakah wujud dalil berkenaan hari dibulan syaaban, shawal yang mengatakan elok untuk bernikah pada bulan tersebut ATAU sebaliknya?

Jawapan 28 Thtl

Tarikh yang baik utk kawin. Tak ada. Semua dikembalikan kpd Uruf (adat kebiasaan, spt cuti umum, cuti sekolah, hujung minggu). Dalam islam tak ada sial pada bulan dan tarikh, sebab itu kepercayaan syirik.

 

Soalan 29

Seorang pesara, mendapat wang pencen sebanyak 75 ribu, berkhidmat dalam 22 tahun. Di wajibkan kah zakat duit ni. Mohon penjelasan dengan terperinci.

Jawapan 29 Thtl

Pencen RM75K dan zakat. Ya, kena zakat dengan dua cara:

  1. pengiraan zakat tahuhan (haul). pendapatan: gaji, upah, bonus, pencen, minus perbelanjaaan
  2. zakat savings. RM75K dikenakan zakat bila ia berada dalam saving s account utk tahun akan datang, cukup haul.

 

Soalan 30

Selain wang ringgit,boleh tak bagi zakat barang keperluan dapur?

Jawapan 30 Thtl

zakat barang dapur. Boleh, yang utama ialah barang ruji atau staple food.

*cuma mazhab Hanafi yg membolehkan wang tunai jika manusia lebih memerlukan cash. َ

 

Soalan 31

Ada orang yang dapat khabar saudara meninggal selepas seminggu ,kemudian dia menziarahi kubur arwah dan solat disana, solat apakah yang dia lakukan dan ada dalil tak?

Jawapan 31 Thtl

Solat jenazah di kubur. Dalil:

Ibnu Abbas ra menceritakan bila Nabi saw dapat tahu siak mesjid nabawi meninggal dunia dan dikuburkan tanpa pengetahuan baginda,

فأتى قبره، فصلى عليه، قال: فأمّنا،وصفّنا خلفه، وأنا فيهم، وكبّر أربعا

Lalu beliau mendatangi kuburannya, dan mensalatinya. Kami menjadi makmum dan membentuk shaf di belakang beliau. Saya termasuk diantara mereka dan beliau bertakbir 3 kali. (HR. Ibn Majah 1530, al-Baihaqi dalam as-Sunan, dan dishahihkan al-Albani dalam Irwa’ al-Ghalil).

 

Soalan 32

Kenapa dalam islam allah larang homoseksual?

Jawapan 32 Thtl

Hukum homoseksual. Ia haram melalui AQ, sunnah dan ijmak. Dalil:

Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya. ‘Mengapa kalian mengerjakan perbuatan fahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelum kalian? ‘Sesungguhnya kalian mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu kalian (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kalian ini adalah kaum yang melampui batas” [Al-A’raf : 80-81]

rasionya: ia menyalahi fitrah yakni luar tabi’iy dan ekstrim dalam urusan seksualiti

*fitrah dan tabi’i ialah lelaki mesti menikmati seks terhadap lawan jenis, yakni perempuan.

 

Soalan 32

Ini masalah orang yang mengambil masa yang lama untuk menyempurnakan ” business ” di tandas… Apa yang boleh dibuat untuk  masa terluang tu..sebab tidak boleh berzikir ,menghafal ayat Qur’an … Kalau boleh baca buku, buku Ugama di benarkan tak ? Buku yang sebagalmana boleh?

Notausgang_WC

Jawapan 32 Thtl

Membaca dalam tandas ianya makruh menurut fuqaha’ antaranya syaikh Ibn Othaimin, mufti Unaizah, KSA, dalilnya:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْخَلَاءَ قَالَ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

“Adalah Nabi saw apabila masuk ke kamar kecil berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari setan jantan dan setan betina.” (Muttafaq ‘alaih)

Maksudnya salah tempat lepak setan ialah tandas/toilet. Maka berlama-lamaan di dalamnya adalah makruh. tempat pembuangan najis adalah khabaith atau tempat kotor yg disukai setan  (Asy Syarhul Mumti‘, 1/83).

 

Soalan 33

Sahih ke hadith di bawah ni ?
Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW; “Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)”(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)

Jawapan 33 Thtl

tashih hadith

أربعةٌ يُصبِحونَ في غضبِ اللهِ ، ويُمسونَ في سَخطِ اللهِ قلتُ : مَن هُم يا رسولَ اللهِ ؟ قال : المُتشبِّهونَ مِنَ الرِّجالِ بالنِّساءِ والمتشبَّهاتُ من النِّساءِ بالرِّجالِ ، والَّذي يأتي البهيمةَ ، والَّذي يأتي الرِّجالَ . الراوي : أبو هريرة | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف الترغيب | الصفحة أو الرقم: 1449 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

hadith dha’if, a;-Albani, Dha”if at-Targheeb.

 

S12  Bagaimana dengan kelebihan surah al-waqiah, adakah semua hadith mengenai nya palsu ?

J12

fadhilat surah al-Waqiah. Tiada yg sahih, al-Albani, silsilah aldhaifah, no 289-290.

 

Soalan 34

kalau isteri seorang yang taat pada suruhan Allah tetapi tidak taat pada si suami contoh si suami mempunyai keinginan yang kuat terhadap seks dan si isteri tidak mampu melayan setiap hari dan membantah ,adakah berdosa dan tidak boleh masuk syurga sebab suami tidak redha?

Jawapan 34

Itu penderaan seksual. Seks antara suami isteri tidaklah setiap hari seperti makanan. Jika puasa bersama Isnin dan Khamis, ia akan mengurangkan gelora seksual suami. Boleh bincang lagi antara suami-isteri.

 

Soalan 35

kalau suami fasiq , isteri taat pada suruhan Allah , jika si suami tidak redha pun  isteri tidak boleh masuk syurga?

Jawapan 35

ketaatan kpd suami fasiq. Dari Ali ra dari Nabi saw beliau bersabda:

لَا طَاعَةَ لِمَخْلُوقٍ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah  AWJ.” (HR. Ahmad no. 1041), sahih ahmad syakir

maksudnya keredhaan suami fasiq tidak diperlukan.

 

Soalan 36

Andainya sudah lepas mandi hadas baru terlihat kuku lupa nak bersihkn,macamana ya,sah tidak mandi wajib tu?

Jawapan 36 Thtl

Kotoran bawah kuku. Jika ketara, ia menyebabkan wudhu’ dan mandi tidak sah. Inilah pendapat DR Abdul Karim Zaydan dalam alMufassal berdasarkan kajiannya terhadap karya2 klasik fiqh (alHathab, Mawalib aljalil, 1/201; Imam Nawawi, almajmu’ 1/346).

Maka segera membuang kotoran dan membasuh semula tangan, tidak perlu ulang mandi jika selepas mandi. maksudnya gap tidak lama.

 

Soalan 36

Yang mana lagi afdhal, air wudhuk di lap atau biarkan kering dengan sendiri?
Dan bolehkah kalau kita sapukan air wudhuk kita ke muka anak agar anak dapat berkat dari air wudhuk tu?

Jawapan 36 Thtl

lap wudhuk atau biarkan. keduanya harus, tak ada larangan dan suruhan.

 

Soalan 37

Dalam solat, selepas bacaan Al Fatihah, boleh tak baca hanya satu ayat Al Qur’an saja walaupun ayat tu daripada surah yang pendek ? Kadang kadang terlupa atau ragu ragu ayat seterusnya sebab ada ayat2 yang seakan akan sama dalam beberapa surah.Kita takut tersalah baca jadi tak teruskan.berhenti di situ.solat sah tak?

Jawapan 37 Thtl

baca satu ayat dalam solat.

pertama: membaca surah selepas fatihah hukumnya sunat, maka kalau tak baca tak batal solat, jika baca sikit dah memadai

kedua: baca satu ayat atau dua, tidak menjad hal, dalilnya

فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ

“karena itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Qur’an (Muzzamil ayat 20)

 

Soalan 38

Seorang perempuan rela bersetubuh dengan suaminya walaupun belum mandi wajib kerana haid. Apa hukum ?

Jawapan 38 Thtl

Jimak sebelum mandi. Khilaf, dalil ayat khilaf:

“Janganlah kalian mendekatinya (jima’) sampai dia bersuci.” (AQ. al-Baqarah: 222).

Jumhur: haram, wajib mandi dahulu, jika setubuh juga, kena kaffarat 1/2 dinar.
Hanafi: boleh, jika wanita membersihkan kemaluannya (Dr abdul kareem zaydan, al-Mufassal jl 1)

 

Soalan 39

1/2 dinar berapa Rm duit malaysia dan boleh bayar kat orang miskin kan syeikh?

Jawapan 39 Thtl

Dinar value
1 dinar= 4.25 gram gold
1/2 dinar,=2.125 gm gold
2.125 x harga gold semasa per gm
2.125 x rm 170=rm360
Kos jimak tanpa mandi.

 

Soalan 40

Apa hukum masa kita solat, kita pakai telekung yang boleh menampakkan baju didalam telekung? Adakah ianya sah ataupun tidak?

Jawapan 40 Thtl

nampak baju tak apa, yg takleh nampak kulit atau shape.

 

Soalan 41

Apa hukum melawat orang sakit di hospital dan perlu ke melawat  dengan kerap? Sbb ada seseorg marah bila saya tak melawat dengan kerap.saya hanya tak mahu ganggu pesakit.tambahan pula sekarang pesakit ditempatkan di wad khas.hanya orang tertentu boleh masuk.

Jawapan 41 Thtl

ziarah orang sakit dan kubur x leh kerap dan sekejap per visit.

 

Soalan 42

Tentang zikir dalam buku al mathurat yang dihimpun kan oleh Hassan Al Banna, adakah zikir terdapat dalam mathurat tersebut sahih dan boleh diamalkan, mathurat sughra dan kubra yang terdapat dalam buku ni, ada apa ralat tak dalam buku mathurat ni?

Jawapan 42 Thtl

al-Makthurat adalah himpunan wirid utk anggota Ikhwan susunan mursyid pertamanya, syaikh Hasan Abdul rahman al-Banna, w.1949, Cairo). Ia merupakan wirid Tareqat Hashafyah, sebuah tareqat yg disertai hasan al-banna sejak kecil. Ini bacaan wirid yg wajib utk org harakah (gerakan) islamiah.

Kritik ke atasnya:
1. ia disusun berlainan dari susunan dalam kitab zikir yg lebih masyhur antaranya al-Azkar, Kalim Tayyib, Wabil sayyib dan Hisnul Muslim
2. ada beberapa zikir yang dhaif statusnya, ini dimaafkan kerana kitab zikir lain pun ada zikir yg dhaif.
3. terdapat doa rabitah dihujungnya yg tidak baik kaifiyatnya
4. terdapat kaifiat berwirid spt kena baca 3, 7, 10X yg tidak thabit
5. terdapat selawat yg tidak thabit

solusi, Kitab wirid yg lebih baik Hisnul Muslim karya Dr Ali Wahf al-Qahthani dari Jordan yg merupakan murid syaikh albani.

 

Soalan 43

Adik saya baru dapat kerja di 7E tapi dia baru tahu di 7E ada menjual arak. Bolehkah dia teruskan kerjanya atau berhenti sahaja ?

7-Eleven

Jawapan 43 Thtl

Hukum asal kerja di kedai menjual arak. Hukumnya tidak boleh, dalil:

لعن الله شارب الخمر، وساقيها، وعاصرها، ومعتصرها، وحاملها، والمحمولة إليه، وبائعها، ومشتريها، وآكل ثمنها، والمشتراة له”. وهذا الحديث صححه الألباني في صحيح الجامع برقم: 5091

“Allah telah melaknat khamar, peminumnya, yang menuangkannya, pemerasnya, yang diperas (bahan pembuat khamar), orang yang membawanya, dan orang yang dibawakan kepadanya, penjualnya, pembelinya, yang memakan harga (uang) nya dan orang yang dibelikannya.” (HR. Abu Daud, sahih oleh albani, sahih al-Jaami’

Jika dia terpaksa, kerana menganggur jauh lebih besar mudharatnya, kata al-Qardhawi, kerjalah di situ sehingga kamu mendapat pekerjaan yang baru dan pastikan sebahgian gaji disedekahkan utk membersihkan dosa arak di dalamnya. WA

 

Soalan 44

Boleh bagi dalil perbuatan yang dilakukan dengan tidak sengaja tidak berdosa

Jawapan 44 Thtl

dalil kalau tak sengaja

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَـا أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ قَالَ : إِنَّ اللهَ تَـجَاوَزَ لِـيْ عَنْ أُمَّتِيْ الْـخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوْا عَلَيْهِ. حَسَنٌ رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ وَالْبَيْهَقِيُّ وَغَيْرُهُمَـا

Dari Ibnu ‘Abbâs ra bahwa Rasûlullâh saw bersabda, ”Sesungguhnya Allâh AWJ memaafkan kesalahan (yang tidak sengaja) dan (kesalahan karena) lupa dari umatku serta kesalahan yang terpaksa dilakukan.”

*tahqiq/tashih hadits

Hadits ini sahih. Diriwayatkan oleh Ibnu Mâjah (no. 2045), al-Baihaqi dalam as-Sunanul Kubra (VII/356-357), ad-Dâraquthni (III/403), al-Hâkim (II/198), Ibnu Hibbân (no. 7175 –at-Ta’lîqâtul Hisân), al-‘Uqaili dalam adh-Dhu’afâ (IV/1298)

*Hadits ini dihukumi hasan oleh Imam an-Nawawi dan ditetapkan oleh al-Hâfizh Ibnu Hajar dalam at-Talkhîshul Habîr (I/509, no. 451), sementara al-Albâni dalam Irwâ-ul Ghalîl (no. 82) menghukuminya sebagai hadits yang sahih.

 

Soalan 45

kita nak infaq buku dan kitab pada sebuah maktabah tetapi rasa sayang lagi pada buku dan kitab tersebut dan belum habis baca tapi ikhlas nak infaqkan. Apa yang harus dilakukan?

Jawapan 45 Thtl

Kitab ni rujukan kita sepanjang hayat. Jika nak derma kena beli satu lagi dan derma. Cth, kita ada kitab sahih fiqh sunnah dan sering menggunakannya sbg rujukan, maka tak bagus kalau kita dermakan kitab yg selalu pakai. yg terbaik, beli satu lagi set sahih fiqh sunnah dan dermakan.

cth: kita ada satu set tafsir Ibn katsir, maka jangan derma, sebab kita kena pakai kitab tsb. kalau nak derma, beli satu lagi set.

 

Soalan 46

Soalan solat berjemaah. Saya join solat just before imam rukuk, tak sempat baca fatihah/tak habis fatihah, imam rukuk. Saya pun terus rukuk. Adakah rakaat itu dikira atau tidak?

Jawapan 46 Thtl

Jika sempat ruku’ bersama Imam , maka dapatlah rakaat tsb, tanpa perlu membaca fatehah. dalil:

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مُحَمَّدٍ، قَالَ: ثنا مُسَدَّدٌ، قَالَ: حَدَّثَنِي بِشْرُ بْنُ الْمُفَضَّلِ، عَنْ خَالِدٍ الْحَذَّاءِ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ الأَقْمَرِ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا الأَحْوَصِ، يُحَدِّثُ عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ، قَالَ: ” مَنْ أَدْرَكَ الرُّكُوعَ فَقَدْ أَدْرَكَ “

Telah menceritakan kepada kami Yahyaa bin Muhammad, ia berkata : Telah menceritakan kepada kami Musaddad, ia berkata : Telah menceritakan kepadaku Bisyr bin Al-Mufadldlal, dari Khaalid Al-Hadzdzaa’, dari ‘Aliy bin Al-Aqmar, ia berkata : Aku mendengar Abul-Ahwash menceritakan dari Ibnu Mas’uud, ia berkata : “Barangsiapa yang mendapati rukuk (imam) sungguh ia mendapati (raka’at tersebut)” [Diriwayatkan oleh Ibnul-Mundzir dalam Al-Ausath no. 2023], albani, sahih

 

Soalan 47

Saya masih keliru pasal anak dan ibu susuan. Apakah syarat sah yang benar untuk kita disahkan sebagai ibu susuan. Cukup sekadar kita menyusukan anak tersebut sehingga kenyang atau perlu menyusukan cukup 5 kali ?

Jawapan 47 Thtl

syarat anak susuan. menurut sayyid sabiq, Fiqh as-Sunnah, jilid 2, bab al-Muharramaat min an-Nisa’ (hlm. 49-50), pendapat terkuat berdasarkan hadith Aisyah ialah minima 5X penyusuan yg mengenyangkan bayi tsb.

 

Soalan 48

Mengucapkan sadaqallahul’adhzim selepas mengaji Aq, apa statusnya?

Jawapan 48 Thtl

bacaan sadaqallahu adzim. Fatwa arab saudi:

Tidak digalakkan membaca “Sadaqa Allah Al-Azim” selepas habis membaca Al-Quran kerana ia bukan dari Nabi saw dan tidak juga dari para sahabatnya.

1] Sheikh Ibnu Utsaimin. Izaalat al-sitaar ‘an al-jawaab al-mukhtaar. Riyad : Muaasasah Al-Risalah, 2000. ms 79-80).
2] Kitab Majmu’ Fatawaa wa Maqaalat Mutanawwi’ah li Samaahat al-Sheikh Abdul Aziz bin Baaz – 9. Riyad : Dar Al-Watan, 2000. ms 342.

*Manakala syaikh atiyah saqr (al-Fatawa Min Ahsan al-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam. Karangan: Syeikh Atiyyah Saqr (mantan Pengerusi Fatwa al-Azhar). Terbitan: al-Maktabah al-Taufiqiah. Jilid: Satu. Mukasurat: 142 dan 143.) berpendapat, tidak boleh terlalu keras membid’ah mereka yg membacanya

 

Soalan 50

Juga ingin tahu.la haulawala quatailla billahi l’aliyil adhzim. Adakah selepas billah tu sunnah atau tambahan orang orang terkemudian ?

Jawapan 50 Thtl

Tambahan dalam zikir hauqallah Ia ada dlm kitab sunan abu Daud dan Ibn Majah, matannya

كما فى سنن أبى داوود من حديث عبد الله بن أبى أوفى قال: جاء رجل إلى النبى –صلى الله عليه وسلم –فقال إنى لا أستطيع أن آخذ من القرآن شيئا فعلمنى ما يجزئني منه قال قل (سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله العلى العظيم)

namun kata albani, ia dhaif.

rumusan: lafaz hauqallah yg asal ialah tanpa tambahan العلى العظيم

 

Soalan 51

Seorang non muslim mengucap dua kalimah syahadah di hadapan dua kawan muslim pada dua minggu lepas. Dia mmg dah start belajar tentang islam dalam sebulan lepas dan ada niat nak peluk islam. Kawan- kawan dia itu yang ajarkan dia mengucap dalam bahasa arab. Sah tak syahadah dia dan apakah dia sekarang sudah muslim?

Jawapan 51 Thtl

mengucap dalam bahasa apa pun tak apa, asalkan mualaf tsb tahu dan faham akan maksud. Faham itulah yg lebih utama. dalil:

“Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.” (Muhammad: 19)

 

Komen dan Soalan