Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 39

Fiqh Wanita 39

345
0
Iklan

Fiqh Wanita – S&J
———————————–

 

Soalan 1 dan jawapan Thtl :

a) Ketika Adam dan hawa turun ke bumi, haiwan belum ada kan sheikh? Adakah dinasour hidup sama zaman dengan manusia ?

Jawapan :

Suasana ketika Adam. Bumi ni ujud sejak jutaan tahun, sebelum Adam sudah ada makhluk yg mendiami bumi. Dalil:

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”

Tuhan berfirman:

“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.(Surat Al Baqarah Ayat 30).

Malaikat pernah menyaksikan ada makhluk sebelum manusia di bumi.
mengenai dinosaur, ia ujud pada 5 juta tahun dulu, sedangkan Adam hanya berlaku pada 10,000 tahun yg lalu .

 

b) Betulkah tinggi Nabi Adam lebih kurang 30m?

Jawapan

Ketinggian Adam ialah 27-30 meter. Dalil:

صُوْرَةِ أَبِيْهِمْ آدَمَ سِتُّوْنَ ذِرَاعًا فِي السَّمَاءِ

Nabi Adam, yang tingginya 60 hasta menjulang ke langit” (HR Al-Bukhari 3327).

Setakat ni belum dijumpai rangka manusia setinggi itu, kena beriman sahajalah.

 

Soalan 2 :

Hadith ini ada beberapa peringkat, boleh jelaskan bagaimana penggunaan setiap peringkat tersebut? C0ntohnya, boleh tak kita gunakan hadith dhaif sekiranya masih ada hadith shahih?

Jawapan 2 Thtl

Kualitas hadith dan kegunaannya . *Kualiti hadith biasa dikenali ada 4 peringkat:

  1. Sahih, jumlah seluruhnya ada dalam 3400 hadith, majoriti dlam Bukhari-Muslim
  2. Hasan, ada sedikit kecacatan pada perawi dr segi mutu hafalannya
  3. Dhaif atau lemah, di mana sanad atau rantai perawinya putus, yakni tidak sampai kpd Nabi
  4. Hadith palsu atau maudhuk, hadith rekaaan manusia

Hadith sahih digunakan dalam semua, akidah, ibadat dan syariat. Hadith hasan, digunakan utk menguatkan hadith sahih. Hadith dhaif, digunakan utk penguat hadith hasan atau fadilat amal. Hadith palsu, dilarang menggunakannya.

* hadith dhaif boleh digunakan sebagai penguat hadith sahih atau fadilat amal, dgn beberapa syarat yg ketat. antaranya ia tidak terlalu dhaif dan dinyatakan kelemahan perawinya.

 

Soalan 3 :

Apakah hukum memakai wangian bagi wanita?

perfumes_1

Jawapan 3 Thtl :

Hukum parfum bagi wanita. Harus, dalilnya:

إن طيب الرجال ما خفي لونه وظهر ريحه ، وطيب النساء ما ظهر لونه وخفي ريحه

“Wewangian seorang laki-laki adalah yang tidak jelas warnanya tapi tampak bau harumnya. Sedangkan wewangian perempuan adalah yang warnanya jelas namun baunya tidak begitu nampak.” (HR. Baihaqi dalam Syu’abul Iman, no.7564; hadits hasan, albani.

syarah al-Munawi,

وطيب النساء ما ظهر لونه وخفي ريحه) قالوا: هذا فيمن تخرج من بيتها وإلا فلتطيب بما شاءت

“Maksud dari parfum perempuan adalah yang warnanya jelas namun baunya tidak begitu nampak’. Ulama berkata, ‘Ini bagi perempuan yang hendak keluar dari rumahnya. Jika dalam rumah, ia bisa memakai parfum sekehendak hatinya.’” (Syarh Asy-Syama’il, 2:5)

rumusan: perfume wanita baunya tidak kuat, yg sedang2 saja, manakala perfume lelaki adalah kuat.

 

Soalan 4 :

Apa hukum terpaksa berjanji dalam keadaan ‘tersepit’ yang membuatkan kita berjanji pada wktu itu . sedangkan kita tak mampu untuk mnunaikan janji itu pada hakikatnya?

Jawapan 4 Thtl

Jika terpaksa:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ -رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا-، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ إِنَّ اللهَ وَضَعَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ، وَالنِّسْيَانَ، وَمَا اسْتُكْرِهُوْا عَلَيْهِ

Dari Ibnu ‘Abbas ra dari Nabi Saw, beliau bersabda : “Sesungguhnya Allah telah memaafkan dari umatku kekeliruan, kealpaan dan apa-apa yang dipaksakan terhadap mereka”. HR Ibn Majah, sahih, al-Albani, al-Irwa’, no 82

 

Soalan 5 :

Niqab ini,  benarkah ianya adalah sunnah ataupun hanya adat wanita arab?

Jawapan 5 Thtl :

Isu Niqob adalah isu yg khilaf sejak dulu. Ia jatuh hukum wajib, sunnah dan harus. maka tidak benar ia adalah adat wanita arab. Ini kerana wanita arab zaman pra Islam ialah terbuka rambut dan aurat. dalilnya:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَىٰ

“Hendaknya kalian (wanita muslimah), berada di rumah-rumah k alian dan janganlah kalian ber-tabarruj sebagaimana yang dilakukan wanita jahiliyah terdahulu” (QS. Al Ahzab: 33)

*Maka wanita arab yg ori atau asal ialah membuka aurat dan berhias, maka lantas mereka di namakan wanita jahiliyah. Bila Islam datang, maka turunlah ayat menutup aurat, dalil:

مَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ ( وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ ) أَخَذْنَ أُزْرَهُنَّ فَشَقَّقْنَهَا مِنْ قِبَلِ الْحَوَاشِي فَاخْتَمَرْنَ بِهَا

“(Wanita-wanita Muhajirin), ketika turun ayat ini: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dada (dan leher) mereka.” (AQ An Nuur: 31),

“mereka merobek kain cadar mereka lalu mereka berkerudung dengannya.” (HR. Bukhari 4759)

*Cara mereka berkerudung tu ada macam2 cara, majoriti membuka wajah dan tanga, manakala sebahgian termasuk isteri2 Nabi saw menutup wajah. Maka dari amalan wanita salaf ada variasi, tapi minima pada masa itu ialah terbuka wajah dan dua telapak tangan.

 

Soalan 6

Apa hukum pengantin perempuan yang datang haid masuk masjid ketika akad nikah?

Jawapan 6 Thtl

Akad Nikah di mesjid.

*Tidak ada kelebihan bernikah di mesjid dan tidak dilarang bernikah di mesjid jika tahu tatacara dan adab mesjid.

Mesjid terbaik utk menikah ialah mesjid yang memiliki ruang khas spt dewan. Pihak mesjid pulak sepatutnya mengeluarkan garispanduan utk upacara tsb.

*Jika pengantin di datangi haid ketika nikah, ia adalah suatu yg tidak baik dalam agama kerana memilih tarikh yg tidak sepatutnya utk pasangan yg berkahwin. bayangkan mereka bernikah tapi tidak dapat menikmati malam pernikahan mereka. Ini dinamakan bid’ah nikah, nikah dalam keadaan haid.

*Hukum perempuan haid masuk mesjid, ianya khilaf, Jumhur 4 mazhab tidak boleh sama sekali jika mereka masuk dalam ruangan solat. Maka jika di anjung  mesjid, maka tidak mengapa. manakala para muhaqiqiin spt Imam Bukhari, Ibn Hazm, Dr Qardhawi tidak mengapa jika aman dari kebocoran dgn memakai pad yg bagus dan berkualiti.

 

Soalan 7

Apa hukum bagi racun kat tikut untuk mandulkan tikus agar tak membiak?

Jawapan 7 Thtl

Isu Tikus. Tikus sunat dibunuh kerana kencingnya membunuh manusia, dalil:

خَمْسٌ فَوَاسِقُ يُقْتَلْنَ فِي الْحَرَمِ الْفَأْرَةُ وَالْعَقْرَبُ وَالْحُدَيَّا وَالْغُرَابُ وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ

“Lima haiwan pengganggu (pest) yang boleh dibunuh (meskipun) di tanah Haram, yaitu: tikus, kalajengking, rajawali, gagak, dan anjing yang suka menggigit.” [HR Al Bukhari (3314) dan Muslim (1198)]

 

Soalan 8

Wanita hamil boleh tak bunuh tikus dan cicak yang banyak kat rumah?

Jawapan 8 Thtl

Wanita hamil dan membunuh haiwan perosak. Boleh, cuma adakah wanita hamil ada kepantasan dan kemampuan membunuhnya? Biasanya diserahkan kpd lelaki. Adapun kepercayaan kenan atau ruh haiwan yg dibunuh akan membalas dendam kpd janin, adalah kepercayaan melayu kuno. khurafat dan syirik mempercayainya .

 

Soalan 9

Islam menegah prbuatan yang mengubah ciptaan asal seperti mencukur kening dan mengasah gigi. Adakah dengan memakai produk melebatkan jambang/misai/kening/bulumata  juga dikira mngubah ciptaan asal juga?

Jawapan 9 Thtl

Hukum melebatkan bulu badan. Dalil:

dan akan saya (setan) suruh mereka (merubah) ciptaan Allah, lalu benar-benar mereka merubahnya. (Q.S. 4:119)

*Maksud merubah ciptaan Allah ni ialah merubah yg ketara dan menyebabkan manusia keliru. Cth, plastic surgery utk merubah hidung penyek menjadi mancung. tapi melebatkan bulu bagi lelaki dan menambah kelainan dr perempuan adalah dibolehkan sebab menambah sifat maskuliniti. cuma ia makruh dr segi pembaziran wang atau resources kerana jika genetik tidak berbulu, maka redha ajelaa. banyak lelaki asia yg tidak berbulu, cthnya bangsa china dan jepun.

 

Soalan 10

Kalau selepas solat, baru terperasan yg kiblat kita salah. Perlu ke solat kembali?

Jawapan 10 Thtl

Salah kiblat. Kiblat adalah rukun solat, maka jika salah kiblat dan diberitahu oleh org, maka wajib kena solat semula jika masih adsa waktu. Jika sudah luput, maka solat sah kerana ia dr ijtihaad, Fiqh sunnah sayid sabiq.

 

Soalan 11

a) Adakah insurans perlindungan dan medical card itu patuh syariah? Bagaimana dengan insurans yang ada medical card semata-mata?

Jawapan

Skim insuran. Malaysia ada dua skim insuran, konvensional dan patuh syariah (syariah compliance). Pastikan anda mencarum dengan skim patuh syariah.

b) Kalau bsn prudential?

Jawapan

Kena pastikan BSN Prudential Takaful atau baca prospektus setiap skim insuran, pastikan ianya dibawa lesen syariah compliance. Takaful tu maksudnya ia syariah compliance.

c) Contoh kita bayar setiap bulan, tapi andaikan kita tidak warded atau guna pun benefit dari kad tu, bila saya tanya agen tu dia kata kita ibarat menderma kepada pembeli skim lain yang menggunakan, adakah itu syariah compliance? Tidak ada unsur penipuan ke di situ?

Jawapan

Kena pastikan dulu dia beroperasi di bawah skim mana, konvensional atau takaful.

 

Soalan 12

Apa maksud hadith dibawah. Sabda Nabi SAW :

“Perbezaan antara yang haram (zina) dan yang halal (pernikahan) adalah kompang dan suara dalam perkahwinan.” (HR. al-Nasai dan at-Tirmidzi)

Jawapan 12 Thtl

tashih dan syarah hadith kawin.

فصلٌ ما بين الحلالِ والحرامِ الدُفُّ والصوتُ في النكاحِ. الراوي : محمد بن حاطب | المحدث : الألباني | المصدر : إرواء الغليل. الصفحة أو الرقم: 1994 | خلاصة حكم المحدث : حسن

Terj: “Perbezaan antara yang haram dan yang halal adalah kompang dan suara dalam perkahwinan”. (Riwayat al-Nasai dan al-Tirmizi, hadis ini bernilai ‘hasan’) albani .

maksudnya perkahwinan yg halal ialah ada pinangan, ada walimah al-urs dan dalam majlis tu meriah, ada paluan kompang dan ada nyanyian

*manakala zina atau kawin mut’ah ialah sebaliknya, rahsia dan tak ada sebarang kenduri walimah.

 

Soalan 13

Sekiranya tengah berkumandang azan asar, bolehkah kita terus menunaikn solat asar  tanpa menunggu azan habis?

Jawapan 13 Thtl

Solat ketika azan. Jika azan dr mesjid berhampiran, maka sunnah mendengar azan, menjawab dan berdoa selepasnya sbb ia mustajab. rugi kalau tinggalkan sunnah maka hukumnya boleh, tapi menjadi adab dgn azan ialah mendengar dan menjawab azan dulu. Jika azan TV atau smartfone, tak apa-apaan.

 

Soalan 14

Apa itu saka.hukumnya. Dan bagaimana untuk membuangnya sekiranya seseorang itu mewarisi saka dari keturunannya ?

Jawapan 14 Thtl

Saka. Saka ialah khadam jinn yang dibela oleh atuk atau nenek dan ia perlu dipesakai kpd ahli keluarga atau org yg dipercayai oleh dia. Saka maksudnya khadam pesaka famili. Khadam jin adalah jinn yg dibela utk berkhidmat kpd manusia.

Jika anda telah menerima saka secara otomatik tanpa kerelaan anda. jika anda dapat menguasia kitab2 ruqyah, boleh meruqyah sendiri, tapi jika tidak ada ilmu dan tidak ada keyakinan diri, kenalah jumpa ahli ruqyah yg terpercaya.

 

Soalan 15

Sunnah kah mengangkat tangan semasa berdoa atau tidak perlu angkat/tadah tangan?

Jawapan 15 Thtl

Angkat tangan ketika berdoa. sunnah, dalilnya:

عن أبي موسى الأشعري : دعا النبي صلى الله عليه وسلم ثم رفع يديه ورأيت بياض إبطيه
وقال بن عمر: رفع النبي صلى الله عليه وسلم وقال : اللهم إني أبرأ إليك مما صنع خالد
عن أنس عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه رفع يديه حتى رأيت بياض إبطيه

Dari Abu Musa Al Asy’ari berkata : “Rasulullah berdoa kemudian beliau mengangkat kedua tangannya, dan saya melihat putih kedua ketiak beliau.”

Dari Ibnu Umar berkata : “Rasulullah mengangkat kedua tangan beliau, lalu beliau berdoa : “Ya Allah, saya berlindung darimu atas apa yang diperbuat Khalid.” (Shahih Bukhari 7/189)

cuma ada ketika baginda angkat dan ada ketika tak angkat. bukan cam melayu kita, angkat sepanjang masa.

 

Soalan 16

Apakah status orang sindrom down di akhirat kelak,sekiranya ibubapanya orang kafir?

Jawapan 16 Thtl

Agama ni utk org mukallaf. Mukallaf maksudnya dia baligh dan berakal, kalau dia tak ada akal yakni syndromme down, maka tak adalah taklif agama atasnya. Maka dia jadi ahlil fitrah atau org yg berada dalam fitrah. Dalil ayat:

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولا

“Kami tidak akan menyiksa sebelum Kami mengutus seorang rasul ” al-Isra :15

Jika yg berakal pun tidak disiksa, maka apatah lagi yg tak ada akal.

 

Soalan 17

Apakah hukum memelihara burung dalam sangkar gantung?

bird-in-cage-1386508696FuS

 

Jawapan 17

Hukum memelihara burung. Harus. Bernama Nughair. Anas ra,Nabi saw, menceritakan,

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ خُلُقًا، وَكَانَ لِي أَخٌ يُقَالُ لَهُ أَبُو عُمَيْرٍ – قَالَ: أَحْسِبُهُ – فَطِيمًا، وَكَانَ إِذَا جَاءَ قَالَ: «يَا أَبَا عُمَيْرٍ، مَا فَعَلَ النُّغَيْرُ» نُغَرٌ كَانَ يَلْعَبُ بِهِ

Nabi saw adalah manusia yang paling baik akhlaknya. Saya memiliki seorang adik lelaki, namanya Abu Umair. Usianya masih kanak2. Apabila Rasulullah saw datang, beliau memanggil, ‘Wahai Abu Umair, ada apa dengan Nughair?’ Nughair adalah burung yang dibela dalam sangkar oleh Abu Umair. (HR. Bukhari 6203, Muslim 2150, dan yang lainnya).

Jika Nabi saw tak larang, maka harus membelanya dgn syarat di jaga makan minumnya.

 

Soalan 18

Tanah yang bagaimana sesuai untuk dipakai ketika proses sertu?

Jawapan 18 Thtl

Tanah utk sertu. semua jenis tanah yg bersih, juga boleh menggunakan bahan cecair pencuci kimia spt Dettol, Baxfree, AntaBax.

 

Soalan 19

Jika seorang gadis diperkosa oleh ayah kandungnya kemudian hamil, apa status bayi tersebut dan perlu di binkan dengan siapa ?

Jawapan 19

Anak mangsa hasil sumbang mahram rogol. Ia adalah anak yang tidak sah taraf dan tidak boleh dibinkan kpd si ayah yg memperkosanya. Ikut syarak, ia dibinkan kpd ibu, spt Jesus son of Mary. Namun di Malaysia kena dibinkan kpd salah satu nama Allah, spt Abdullah.

 

Soalan 20

Apakah hukum suami menghisap susu isterinya?

Jawapan 20

Hukum suami hisap susu isterinya. harus sebab anak susuan hanya valid ke atas bayi berusia 2 tahun ke bawah sahaja.

 

Soalan 21

Sah atau tidak akad nikah sekiranya pengantin lelaki di bawah alkohol dan dadah ?

Jawapan 21 Thtl

Akad ketika di bawah pengaruh alkohol. syarat nikah ialah pengantin berkahwin dgn kerelaan dan mengetahui apa yg diakadnya. Jika dia dipengaruhi alkohol, maka syarat tsb tidak tercapai. Ini akan ditentukan oleh Jurunikah, wali dan dua saksi samada pengantin layak dan bersedia utk akad.

 

Soalan 22

Andai kata seorang suami tidak memberi nafkah zahir dan batin pada isteri setahun lamanya kerana si suami tadi pulang ke kampung.adakah jatuh talak walaupun tidak disengajakan (si suami tiada pekerjaan di kampung) dan masih juga berhubung melalui telefon.mohon pendapat melalui mazhab syafie dan hanafi..kerana suami bermazhab hanafi..

Jawapan 22 Thtl

Isu nafkah. Ikut enakmen hukum kekeluargaan Islam Malaysia, suami hendaklah menunaikan nafkah dalam masa 4 bulan. Jika isteri mengadu kpd hakim dan membayar RM1.00 maka jatuh talak 1.

 

Soalan 22

Apakah proses atau prosedur yang haruskan dilakukan sekiranya seseorang itu ingin bernikah dengan bukan warganegara malaysia.(warganegara asing)

Jawapan 22 Thtl

Proses kawin warga asing. Download borang kawin di mana-mana negeri dia menetap (lawati web pejabat agama negeri) dan ikut prosedur yg ditetapkan dalam borang tsb.

 

Soalan 23

Apakah hukum seorang menjual rambutnya untuk dibuat rambut palsu?‌‌‍‌‍‍‌‌

Jawapan 23 Thtl

Hukum jual rambut utk dibuat wig. Wig adalah haram dalam Islam. jika wig haram maka urusan atau muamalat benda yg haram turut haram berdasarkan kaedah dr hadith:

رواه أحمد ولفظه: …وإن الله عز وجل إذا حرم أكل شيء حرم ثمنهُ. وصححه الأرناؤوط.

Sesungguhnya Allah SWT, jika mengharamkan sesuatu, Dia juga mengharamkan harganya. HR Ahmad, disahihkan oleh al-Arnaouth.

maksudnya, kalau sesuatu itu haram, maka harga semua muamalatnya menjadi haram.

 

Soalan 24

Perempuan dijadikan dari tulang rusuk lelaki yang bengkok kan syeikh? Boleh bagi dalil tak?

Jawapan 24 Thtl

Wanita dr tulang rusuk, dalil:

اسْتَوْصُوْا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا، فَإِنَّ الْمَرْأَ ةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ … -وَفِي رِوَايَةٍ- الْمَرْأَةُ كَالضِّلَعِ

“Berwasiatlah kalian dengan kebaikan kepada para wanita (para istri), karena wanita itu diciptakan dari tulang rusuk…” Dalam satu riwayat: “Wanita itu seperti tulang rusuk….” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Ada dua cara Nabi saw menyampaikan hadith tsb, baginda menyebut wanita dicipta dr tulang rusuk dan wanita spt tulang rusuk. Dari dua cara ini, ada dua cara mentakwilnya:

  1. harfiah, yakni mmg Hawa asalnya diclone dr tulang rusuk Adam.
  2. metafora atau balaghah (tatabahasa arab), wanita spt tulang rusuk.

 

Soalan 25

Batal tak puasa kalau menerima rawatan water drip?

IV-doc

Jawapan 25 Thtl

Drip tidak membatalkan puasa. Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar’iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).  web dr UZAR

 

Komen dan Soalan