Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Fiqh Wanita 38 (Umum)

Fiqh Wanita 38 (Umum)

654
0
Iklan

 

Flowers-Bokeh-Light-Tulips-White-Bouquet-Wallpaper-2560x1600
#ElRose

S&J Fiqh Wanita
———————–

Soalan 1

Saya nak tanya sejauh manakah seorang isteri harus taat pada suaminya yang tidak solat, tidak berpuasa, ingkar perintah Allah sedangkan si isteri seorang yg mengikut perintah agama. Suami tidak suka isteri mengutamakan perintah Allah seperti bersolat sunat, membaca AlQuran dan sebagainya .

Jawapan 1 Thtl

Isteri solehah, suami fasiq . Kena lantik hakam dan runding .
Jika hakam gagal, suami terus fasik, proceed ke mahkamah .

Surah An-Noor, Verse 26:
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُولَٰئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(Melayu)

 

 

Soalan 2 dan jawapan Thtl

a) Adakah kenyataan dari AQ ini membenarkan pendapat , perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik saja?

Jawapan

AQ jelaskan choice yg terbaik…lelaki soleh kena pilih wanita yg solehah.

b) Tapi bagaimana pula dengan ada yang dapat jodoh yang berlawanan? Bukan ke jodoh itu di tetapkan oleh Allah?

Jawapan 

Jodoh kena usaha dan doa bukan pasrah. Pasrah jd jabariyah. Serah 100%. Tak usaha langsung .

 

 

Soalan 3

Apakah  hukum mengajar kanak-kanak 4-6 tahun yang bukan islam baca al-quran dan ucap kalimah shahadah ?

Jawapan 3 Thtl

Apo plok dosa…pahalo tu .

 

 

Soalan 4

kalau seorang wanita mempunyai seorang suami yang malas bekerja, memukul isteri dan menghisap dadah bolehkah si isteri tuntut fasakh?

Jawapan 4 Thtl

Bila suami fasiq mmg boleh tuntut fasakh .

 

 

Soalan 5

Ada byk pendapat mengenai perlaksanaan puasa sunat 6. Apa pula pendapat syeikh?
Utamakan puasa 6 dahulu sebelum puasa qada’ atau  puasa qada’ dahulu.

Jawapan 5 Thtl

Qadha dulu . Utamakan yg wajib, fiqh prioritas.

 

 

Soalan 6

kalau kita ganti puasa , masa ganti tiba-tiba period, nanti kena ganti dua hari ke sheikh?

Jawapan 6 Thtl

1 hari sebab posa tu batal .
Period kan hukum fitrah. kenapa wanita nak kena denda .

 

 

Soalan 7 dan jawapan Thtl

a) Kalau kita dah tanya pada lelaki yang kita suka nak offer jadi second wife then dia cakap tak mampu , bolehkah kita minta dia beri peluang pada kita lagi?

Jawapan

Kalau lelaki tu tak mampu tak bolehlah .

b) Kalau isteri tak dapat berikan nafkah batin , sedangkan si suami berhak? Macamna pula ? Bukankah dibolehkan suami berkahwin atas sebab macamni?

Jawapan

Kalau kes gini ok.

c) kalau si isteri menyeksa keperluan nafkah batinnya suami tanpa memberi izin suami untuk berkahwin ,bukan dikira satu dosa ke syeikh?

Jawapan 

Kalau isteri dah tak mampu jimak , haram dia halang suami .

 

 

Soalan 8 dan jawapan Thtl

a) Macam janda perlukah wali? Sedangkah ayahnya sudah lama meninggal dunia? Diwalikan abang atau adik?

Jawapan

Janda masih perlu wali ikut perundangan malaysia .

b) kalau suami selama ni tak pernah peduli perasaan isteri dan tidak menjaga kebajikan isteri malah semua keputusan dalam keluarga isteri yang tentukan apa yang perlu isteri buat? Perlukah mengadu pada pihak yang sepatutnya dan memohon fasakh? Isteri sudah tawar hati untuk hidup bersama.

Jawapan

Talaq yg terbaik. Jgn hidup dgn lelaki yg tidak dicintai .

c) Kalau suami tak bagi nafkah dalam tempoh 6 bulan. Jatuh talak ke?

Jawapan

Jatuh , minima 4 months .

d) Itu berdasarkan taklik masa akad? Kalau isteri tak pegi mahkamah untuk tuntut talak , tak  akan jatuh secara otomatik.. betul ke gitu thtl?

Jawapan 

Kena pergi mahkamah dulu .

 

 

Soalan 9 dan jawapan Thtl

a) Pada bulan ramadan 2 tahun berturut-turut mak saya tidak dapat menjalani ibadah puasa kerana beliau sakit tua. Puasa mak saya , anak-anak nya boleh ganti? Boleh bagi pencerahan?

Jawapan

Fidyah kalau dah tua ( 29 hari x rm7.00 ) .

b) Jadi anak tidak perlu tolong ganti puasanya ?

Jawapan

Tak yah sbb hukumnya dah ada .

 

 

Soalan 10

a) Apakah hukum suami yang tidak beri nafkah batin pada isteri yang mengharap? Adakah berdosa si suami jika isterinya terpaksa memenuhi nafsunya secara orally kerana suami tidak mahu melakukan hubungan intim?Adakah si isteri juga berdosa?

Jawapan

Suami tidak beri nafkah batin (seksual).
Tindakan tsb dianggap nusyuz dr suami.
*Dalilnya:
Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir . Dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tidak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” .AQ 4:128

*Cara perdamaian ialah:
1. keduanya heart to heart talk
2. Jika tidak selesai, melantik Hakam atau wakil dr pihak keluarga yg dipercayai, cthnya isteri guna bapa saudaranya yg berpangkat Dato’
3. Jika tidak selesai, memfailkan kes di mahkamah syariah. biasanya, mahkamah akan arahkan sesi kaunseling dulu.

b) Bagaimana pula jika isteri dan suami tinggal berjauhan .contohnya seorang di luar negara kerana sambung belajar dan isteri atau suami disini. Padahal mereka baru bernikah ?

Jawapan

suami isteri berjauhan.
Ini merupakan fenomena akhir zaman sekarang dan menjadi lumrah. di Arab Saudi saja ada 13 juta pekerja asing dr India, pakistan dan bangladesh,  masing majoriti meninggalkan isteri mereka di negara asal dan mereka pulang setahun sekali ketika cuti Raya Fitrah. Apabila sudah menjadi lumrah, maka kena terima sajalah.

 

 

Soalan 11

Wanita yang baru operation kerana terpaksa buang kandungan usia 6 minggu, darah yang keluar tu dikira darah nifas?

Jawapan 11 Thtl

Adakah janin tersebut telah mempunyai bentuk seperti manusia?
*Kalau ya, dikira sebagai darah nifas.
*Kalau tidak, dikira sebagai darah fasad (hukumnya seperti istihadhah).
*Apabila darah kering, hendaklah mandi dan solat seperti biasa.

 

 

Soalan 12

Apa hukum merancang anak?

Jawapan 12 Thtl

Hukum family Planning atau KB (keluarga berencana)
Hukumnya harus, dan jarak yg ideal antara anak (gap) menurut prof Qardhawi ialah 33 bulan.
Tempoh 33 bulan ideal utk menyusu 24 bulan dan 9 bulan lagi utk baby membesar dengan penuh kasih sayang. Ini kerana generasi umat Islam bukan sahaja kuantiti tapi yg lebih penting ialah melahirkan generasi yg berkualiti.

 

 

Soalan 13

Macamana kalau  kita berhutang dengan orang kafir .Kita tak berjumpa  orang kafir itu nak bayar balik hutang tu.

Jawapan 13 Thtl

Hutang dengan si kafir.
Hutang sama saja hukumnya baik kpd si muslim atau si kafir, wajib di bayar. Jika gagal mengesan, maka hendaklah mencari selama 1 tahun. Jika masih gagal hendaklah diberi kpd mana tabung derma, palestine, syria, atau tabung mangsa banjir, mercy malaysia dsbnya.

 

 

Soalan 14

Jika makan di kedai pork free bagaimana? Dan bagaimana pula jika kedai itu non muslim berkongsi modal dengan orang islam bertujuan untuk menarik pelanggan orang islam juga?

Jawapan 14 Thtl

Pork free rest.Belum selamat. isu yg lain ialah supply beef, kambing dan ayam. Juga penggunakaan wine dalam masakan dan pastry .

 

 

Soalan 15

Saya nak tanya berkenaan amalan membaca surah al mulk sebelum tidur.Adakah sebelum tidur itu memang betul-betul sebelum kita baring atas kat atau kalau di baca selepas solat isyak juga dikira sebelum tidur?

Jawapan 15 Thtl

bila nak baca surah al-Mulk?

كان  النبي لا ينام حتى يقرأ * (ألم، تنزيل) * السجدة و * (تبارك الذي بيده الملك) * “. صحيح. أخرجه الترمذي (2 / 146) والدارمي (2 / 455) وأحمد (3 / 340) وصححه الألباني.
Artinya:
“Nabi Saw tidak tidur kecuali beliau membaca Surat Alif lam Miim (As-Sajdah) dan Tabarokalladzi biyadihil Mulk” (Sahih lighairihi, HR Tirmidzi (2898), Ahmad (23/26), Al-Hakim (2/446), dll. Di sebutkan dengan dua jalur, salah satu jalurnya ada yang shahih, hadits ini di shahihkan oleh Al-Hakim, Adz-Dzahabi, Al-Arna’ut, Syeikh Al-Albani (Lihat : Silsilah Al-Ahadits As-Sahihah, karya Syeikh Al-Albani ” (no. 585)).
Maka bila nak luas, selepas Isyak sampai tidur, ketika baring pun boleh, sebelum lelap

 

 

Soalan 16

Apakah hukum mencabut uban dikepala?

Jawapan 16

Cabut uban, makruh
Hadith amr bin syuaib ra

لَا تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الْإِسْلَامِ إِلَّا كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti.” (HR. Abu Daud dan An Nasa’i. Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir mengatakan bahwa hadits ini sahih)
yg sahih, jgn cabut, tapi dye .

 

 

Soalan 17

a) Jika kurang 6 bln dalam kandungan ibu tersebut bagaimana? Jika ibu bapa tersebut berkahwin setelah ibu tersebut hamil 6 bulan?

Jawapan

Jika kurang 6 bulan dari tarikh perkahwinan, maka ikut mazhab malaysia, kena bin/binti kpd Abdullah. nothing u can do about it.

b) Tapi ada yang tidak dibin atau binti kepada abdullah . Boleh ke pergi JPN balik untuk buat surat beranak baru?

Jawapan

JPN dia ikut peraturan majlis agama. depa cek tarikh akad nikah dan tarikh baby tu lahir. Kalau minima 6 bulan pregnancy, mmg boleh bin kpd ayah sekarang. kalau less atau kurang dr 6 bulan, kena bin kpd Abdullah .

 

 

Soalan 18

Tentang claim perubatan . Jika orang tersebut ada insurans dan company cover untuk medical, dia claim dua-dua boleh ke?

Jawapan 18

Claim perubatan tu ikut kebiasaan kat pejabat. Jika semua staff buat camtu, maka Ok laa atau ia tidak menyalahi sebarang peraturan .

 

 

Soalan 19 dan jawapan Thtl

a) Apa hukumnya seorang isteri melawat suami kawan yang sedang sakit d hospital dan dia melawat tanpa suami atau  tanpa mahram yang menemani ?

Jawapan

Yang utama: izin suami . Sebab bergantung kpd siapa yg sakit, hubungan, usia pelawat, dsbnya
Syarat utama izin suami je, suami kena tau pergerakan isteri selain opis, barulah rumahtangga bahgia dan saling menyayangi .

b) Apa hukum jumpa supervisor non muslim berduaan untuk tanya pasal Final Year Project (Fyp) dalam masa yang lama dan sunyi .

Jawapan

khalwat haram , sbb tu bnyk kes rape .kena bawak adik ker teman
kena diskus kat park atau taman atau warung, kalau takder pilihan, biar tempat terbuka dan ramai orang .

 

 

Soalan 20 dan jawapan Thtl

a) Jika tidak solat diusia 7 tahun adakah perlu di rotan ?

Jawapan

10 tahun , 7 masih usia tarbiyah .

b) Apa pandangan Ustaz jika seseorang individu atau penjaga tidak pernah menyuruh anaknya solat diusia 7 tahun? Adakah kita boleh menegur penjaga atau individu tersebut?

Jawapan

Ada circle of concern dan ada circle of influence. sapa anda dan kedudukan anda dgn famili tsb.
*anda boleh lakukan jika ada power. ” circle of influence” kpd famili tsb.
*circle of concern=hanya mampu melihat, prihatin
*circle of influence= boleh melakukan sesuatu dgn kuasa pengaruh .

c) Kalau dengan rakan office ?

Jawapan

Rakan opis, masih circle of concern, kalau anda boss dia, barulah circle of influence .

 

 

Soalan 21

Jika keluarga mengadakan majlis aqiqah dan jemput semua ahli keluarga datang. Dalam majlis tersebut ada solat hajat dan tahlil juga. Adakah dikira berdosa jika kita menghadiri majlis tu tetapi kita tidak turut serta dlm solat hajat & tahlil? Bagaimana hendak menolak secara baik jemputan sebegini terutamanya dari ahli keluarga seperti parents dan adik beradik?

Jawapan 21 Thtl

Ini masuk dalam Fiqh Taghyir atau fiqh melakukan perubahan dalam keluarga kita yg besar.
Rule dia simpel je, kalau kita tak upaya melakukan, maka biarkan dulu. Yang penting kita tidak anjurkan amalan tradisi tsb.
Ia berdasarkan hadith: jika kita melihat kemungkaran atau bid’ah, maka cegahla dgn kuasa, jika tidak mampu dengan lisan, jika tidak mampu, kita cegah dengan hati. Itulah ketika iman kita ditahap yg lemah. Maka amalkan dulu Fiqh Sabar .

 

 

Soalan 22

Bolehkah seorang yang telah menunaikan solat isya secara bersendirian menunaikan lagi solat isya kali kedua secara berjemaah untuk meraih pahala lebih?

Jawapan 22 Thtl

Ingin melakukan solat Isyak berulang kali.
Jawab: Ianya bid’ah
Hujah:
 Kawaid Bid’ah 4/16:  Bersederhana dalam (melakukan) Sunnah lebih baik dari Keterlaluan dalam melakukan Bid’ah (القاعدة الرابعة: اقتصاد في سنة خير من اجتهاد في بدعة)
Dalil:
عن عبد الله بن مسعود أنه قال: اقتصاد في سنة خير من اجتهاد في بدعة.
أخرجه الدارمي “223” واللالكائي “1/55، 88” وغيرهما وهو أثر صحيح

Dari Ibn Mas’ood ra yg berkata:” Bersederhana atau berdikit dalam mengerjakan sunnah lebih baik dari keterlaluan dalam melakukan Bid’ah.” HR Darimi, sunan, no 223 al-Lalikai, ianya atsar yg sahih.
syarah:  sedikit dalam mengerjakan sunnah yg sahih lebih baik dari banyak amalan tapi ia bid’ah

 

 

Soalan 23 dan jawapan Thtl

a) Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosanya sebagaimana ibunya melahirkannya. Shahihkah hadith ini?

Jawapan

Tidak ada asalnya hadits sedemikian .

b) Orang perempuan yang meninggal sewaktu mengandung , ketika bersalin ,selepas bersalin (dalam pantang), dikatakan mereka ini dikira mati syahid , adakah mereka akan dihisab juga ?

Jawapan

Semua akan dihisab kecuali yg dinyatakan 70,000 yg tidak akan dihisab. Namun wanita yg mati ketika bersalin, mati syahid akhirat tetapi akan tetap melalui proses hisab dengan ringan dan pantas. Itu adalah pendapat Imam Ahmad Ibn Hanbal (Fathul Bari, 6:43)

 

 

Soalan 24

Hukum mewakafkan atau mewasiatkan Al-Quran kepada non -muslim.

Jawapan 24 Thtl 

mewakafkan AQ atau mewasiatkan AQ kpd Non-muslim .
Boleh dgn beberapa syarat:
1. AQ versi terjemahan spt Yusuf Ali atau Muhsin Khan kerana mereka dapat memanfaatkan.
2. mereka diyakini akan menjaga AQ dan memanfaatkannya.

 

 

Soalan 25 dan jawapan Thtl

a) Hukum membaca Al-Fatihah ketika akad nikah.

Jawapan

Membaca Fatehah ketika akad.
Bid’ah kerana tak ada contoh dari salaf. Dalil:
مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam agama kami ini yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak.” (HR. Bukhari no. 20 dan Muslim no. 1718)

b) Hukum bersumpah dengan Al -Quran .

Jawapan

Bersumpah dengan AQ .
Harus, fatwa saudi
“…Bersumpah dengan Alquran hukumnya boleh. Karena AQ adalah firman Allah, dimana Allah berfirman secara hakiki dengan lafadz dan maksud menyampaikan maknanya. Allah ta’ala disifati dengan Al-Kalam. Dengan demikian, bersumpah dengan menyebut Alquran pada hakikatnya meruapakan sumpah dengan salah satu sifat Allah, hukumnya boleh.” (Majmu’ Fatawa Ibn Utsaimin, 2:218).

c) Yang mana lebih utama,membaca AQ dengan mushaf atau hafalan ?

Jawapan 

Membaca AQ dr musyhaf atau hafalan
Bergantung kpd situasi dan jenis atau tahap penguasaan seseorang dalam hafalan
Jika solat, kena baca dari hafalan
Jika tafsir, belajar, sudah tentu dgn musyhaf
Jika dah sampai tahap Imam, hafidz, qari, faqih maka sudah tentu dr hafazan .

d) Shahihkah hadith ini ,
Rasulullah SAW bersabda ,
” membaca Aq selain mushaf mendapat 1000 darjat ,sedang membacanya dengan mushaf mendapat 2000 darjat” at -Thabrani

Jawapan 

dhaif
(قراءة الرجل القرآن في غير المصحف ألف درجة وقراءته في المصحف تضاعف على ذلك إلى ألفي درجة). ‌
حكمه : (ضعيف). تحقيق الألباني. انظر : [ضعيف الجامع حديث رقم:4081].‌
Lihat al-Albani, Dhaif al-Jaami’ no 4081.

 

 

Soalan 26

Apakah hukumnya disisi agama sekiranya anak menggunakan duit loan untuk kegunaan kedua org tua menunaikan umrah?

Jawapan 26 Thtl

Ambik Loan utk org tua pergi Umrah.
Boleh jika ada loan sedemikian. masalahnya ia cuma ada di Indonesia, Perbankan Malaysia belum ada loan Haji dan Umrah.

 

 

Soalan 27 dan jawapan Thtl

a) Apa hukum perempuan yang puasa ganti tapi dia tak dapat menahan dirinya dari makan dan minum dan dia pun berbuka sebelum tiba waktunya. jika perempuan itu seorang ibu yang menyusukan anak?

Jawapan

Puasa qadha lalu berbuka . Kena taubat dan ganti.
Ibnu Qudamah rh mengatakan,

ومن دخل في واجب، كقضاء رمضان، أو نذر معين أو مطلق، أو صيام كفارة؛ لم يجز له الخروج منه؛ لأن المتعين وجب عليه الدخول فيه، وغير المتعين تعين بدخوله فيه، فصار بمنزلة الفرض المتعين، وليس في هذا خلاف بحمد الله

Siapa yang telah memulai puasa wajib seperti qadha ramadhan, puasa nazar hari tertentu atau nazar mutlak, atau puasa kafarah, tidak boleh membatalkannya. Karena sesuatu yang statusnya wajib ain, harus dilakukan. Sementara yang bukan wajib ain, menjadi wajib ain jika telah dilakukan. Sehingga statusnya sama dengan wajib ain. Dan dalam hal ini tidak ada perselisihan, alhamdulillah.(Al-Mughni, 3/160 – 161)

b) kalau dia puasa ganti  , suami dia dah izinkan tapi tiba-tiba suami dia ajak jimak macam mana?

Jawapan

Sama, dosa besar dan kena taubat dan ganti pada hari yg  lain .

 

 

Soalan 28

kalau seorang isteri berzina (semasa telah bergelar isteri), dan telah bertaubat . Adakah perlu dia memberitahu dosanya itu kepada suami?

Jawapan

Takyah sbb mudharat anda dan lelaki tu akan dicederakan suami,  taubat tu dah cukup dgn bykkan ibadat n sedekah .

 

 

Soalan 29

kakak saya baru mengandung 5 minggu dan tiba-tiba  keluar darah . sudah pergi hospital check doktor kata darah period yang lepas..adakah dia perlu mandi wajib untuk solat atau bersihkan saja dan lapik dengan pantyliner untuk solat?

Jawapan 29

Darah yang keluar semasa kehamilan dihukum darah istihadah menurut mazhab jumhur ialah darah istihadzah. basuh dan perbaharui wuduk jika nak solat .

 

 

Soalan 30

Bolehkah wanita dan lelaki bukan mahram bersentuhan dalam tujuan pembelajaran seni dan  mempertahankan diri seperti Aikido atau taekwando?

Jawapan 30

hukum sentuhan
Hukumnya bersimpang siur bergantung kpd keperluan, niat, suasana, realiti dan usia org yg bersentuhan.
Maka jika mmg dharurat atau tiada pilihan, maka kena pakai glove .

 

 

Soalan 31

Jika imam yakin cukup 4 rakaat, tetapi makmum yakin imam kurang bilangan rakaat, apa natijahnya?Apa yang patut dibuat oleh imam dan makmum?

Jawapan 31

Imam yakin 4, makmum yakin 3.
Hukum: keyakinan makmum lebih sahih kerana mereka majoriti. Imam dan makmum bangkit menambah satu lagi rakaat dan sujud sahwi.
Jika Imam enggan, makmum kena tambah sendirian .

 

 

Soalan 32

Daging aqiqah yang di buat kenduri boleh dimakan oleh orang bukan islam tak?

Jawapan 32

Daging kekah org kafir boleh makan.
surah al-Mumtahinah ayat 8
[Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.]

 

 

Soalan 33

Adakah katak halal dimakan, mohon dalil sheikh.

Jawapan 33 Thtl

katak tidak boleh dimakan:
hadis dari Abdurrahman bin Utsman ra,

ذكر طبيب عند رسول اللّه صلى اللّه عليه وآله وسلم دواء وذكر الضفدع يجعل فيه فنهى رسول اللّه صلى اللّه عليه وآله وسلم عن قتل الضفدع

Ada seorang tabib/doktor  yang menjelaskan tentang suatu penyakit di dekat Nabi saw, dokter itu menjelaskan bahwa katak bisa dijadikan obat untuk penyakit itu. Ternyata Nabi  saw melarang membunuh katak. (HR. Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, dan sanadnya dinyatakan shahih oleh Syu’aib Al-Arnauth) .

 

 

Soalan 34

jika sorg anak dicabuli oleh ayah kandungnya sendiri, masih layak kah ayahnya jadi wali ketika pernikahan anaknya tersebut?

Jawapan 34

tak layaklah kalau dia masih belum taubat..namanya wali yg fasiq .

 

 

Soalan 35

Apa hukum jika seorang isteri membelanjakan wang dari suami yang dapat secara haram seperti hasil mencuri?
Bagaimana dengan ibadah yang dilakukan oleh isteri dan anak lelaki tersebut seperti solat . Adakah ibadah mereka ditolak kerana makan hasil dari kerja haram suaminya?

Jawapan 35 Thtl

family si pencuri ada dua keadaan:
1. Hukum asal memakan harta haram adalah haram
dalil:
hadith Ka’ab bin Ujrah ra
لَا يَرْبُو لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ إِلَّا كَانَتْ النَّارُ أَوْلَى بِهِ

“Tidak ada daging yang tumbuh dari as-suht, kecuali neraka lebih layak baginya.” (HR. Turmudzi 614 dan dishahihkan al-Albani). (suht=yg haram)
Maka jika isteri ada pendapatan sendiri atau ada gaji, maka makanlah dari hasil gajinya .

 2. Jika dia tiada pendapatan dan hanya bergantung kpd nafkah suami, maka ia adalah halal buat dia dan anak2nya, dalil:
AQ 2:173 (Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Mahapengampun lagi Mahapenyayang.” (QS. Al-Baqarah: 173)

 

 

Soalan 36

Apa hukum jika sengaja telan air mani suami sebab  kononnya nak dapat anak kembar?

Jawapan 36

Hukum menelan seperma lelaki dengan sengaja. Ia khilaf
Keluar dari khilaf ialah status mani, apakah ia cecair yg dipandang baik atau jijik.

عَنْ عَائِشَةَ فِي الْمَنِيِّ قَالَتْ: كُنْتُ أَفْرُكُهُ مِنْ ثَوْبِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Dari Aisyah ra, mengenai masalah mani, beliau berkata : “Aku mengikisnya dari baju Rosululloh saw.” (Shohih Muslim, no.228).
Jika mani itu baik, sudah tentu Aisyah menelannya, lagipun mani Nabi adalah berkat.
dalil AQ:
وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
“Dan Allah mengharomkan bagi mereka segala sesuatu yang menjijikkan.” (Q.S. Al-A’rof : 157)
khabaith termasuk mani, kerana ia cecair yg meloyakan dan menjijikkan pada manusia yg beriman dan beradab

ke 3: ia tasyabbuh dengan orang Kafir yang biasa menelan mani lelaki.
ke 4: tiada ada dalil menyatatakn telan mani akan dapat anak kembar atau kulit wanita menjadi gebu, ia hanya metos tanpa bukti sains

 

 

Soalan 37

kita sedia maklum, penggunaan patung mainan atau  teddy bear dibolehkn asalkan bukan untuk takdis, pemujaan atau dijadikan idola . Bagaimana pula patung perhiasan yang biasa terdapat di atas kek contohnya patung bride dan groom. Adakah dibolehkan?

Jawapan 37 Thtl

Samalah juga, ia bukan idola, maksudnya selepas kek habis di makan, patung tsb akan dibuang, itu maksud patung yg tidak ditakdis.

 

 

Soalan 38

Adakah terdapat larangan ayah kepada bayi memakan lauk daging aqiqah yang dimasak sudah lebih dari 1 hari?

Jawapan 38 Thtl

Tak ada sebarang larangan menyimpan daging akikah. balik kpd hukum asal. Ianya harus menyimpannya

 

 

Soalan 39

Khutbah jumaat wajib dgr ke? kalau solat jumaat tak dengar khutbah tak lengkap?

Jawapan 39

hukum khutbah Jumaat
Khilaf fiqh:
hanabilah wajib, sapa yg tidak dengar khutbah dgn sengaja, solatnya tidak sah; manakala di sisi mazhab syafi’iy, khutbah cuma sunat, maka sapa yg tak dengar, cuma hilang pahala sunnah, manakala solat Jumaatnya sah (Mausu’ah fiqhiyah al-Kuwaitiyah)
pendapat yg rajih ialah mazhab syafi’iy .

 

 

Soalan 40

a) Bagaimana solat orang yang kembali sedar dari koma , perlu menqadha semua solat yang ditinggalkan ?

Jawapan 40 Thtl

Hukum solat org yg Koma (tak sedar diri)
Tidak perlu qadha. fatwa saudi arabia
Tidak solat kerana hilang akal seperti koma dan seumpamanya. Dalam keadaan ini tidak wajib qadha. (Lihat fatwa al-Lujnah al-Daimah 6/21) Ini pendapat jumhur, berdasarkan amalan Ibn Umar, dia pingsan selama 24 jam, tapi dia tidak mengqadha solatnya.

b) Kaedah solat bagi orang yang terlantar sakit yang tidak mampu untuk mengangkat tangan sekalipun ?

Jawapan

solat bagi org sakit tenat
solat masih difardhukan selagi ada akal. cara orang yg langsung tidak boleh bergerak ialah sedaya upayanya.
dalil:
“Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sedaya upaya kamu.” (At-Thaghabun: 16.)
Jika tidak mampu angkat anggota, solat dengan isyarat apa pun, mata pun boleh.

Komen dan Soalan