S&J Fiqh Wanita
———————-
Soalan 1
Berkahwin sunnah kan , kalau berkahwin lebih dari seorang hukumnya harus kah?
Jawapan 1
Kawin – sunnah, poligami – harus.
Dalil kawin itu sunnah:
عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يقول: « فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِى فَلَيْسَ مِنِّى ».
Artinya: “Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barang siapa yang membenci sunnahku maka bukan dariku.”
Dalil poligami cuma harus:
{فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا}
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” (AQ an-Nisaa’:3).
Soalan 2
Bagaimana pula dengan cuka nyoir semasa proses menjadi cuka melalui proses “gila”( kata orang pantai timor). Juga balsamic vinegar atau red wine vinegar?
Jawapan 2 Thtl
Kena tunggu proses perubahan dari arak kpd cuka selesai.
Dalil: Imam An-Nawawi rh:
وَأَجْمَعُوَا أَنَّهَا إِذَا انْقَلَبَتْ بِنَفْسِهَا خَلا طَهُرَتْ ….
“Dan para ulama telah Ijmak bahwasannya jika khamr telah berubah dengan sendirinya menjadi cuka, ia menjadi suci….” [Syarh Sahih Muslim, 13/125].
Soalan 3
Maksudnya red wine vinegar tu halal ke mcm mana? Bila dah jadi cuka memang boleh makan?
Jawapan 3 Thtl
Halal. Ia dinamakan proses perubahan zat atau istihalah. Namun jika ada cuka yg lain, lebih diutamakan utk keluar dr khilaf. Cuka ini ada tiga jenis:
- organic, cuka nipah, cuka apple cider, cuka korma.
- cuka tiruan, asetic acid
- cuka dari winery
Soalan 4
Perlukah seorg wanita wajib mengqadarkan solat yg ditinggalkan semasa dlm haid?
Jawapan 4 Thtl
Qadha solat yg luput semasa haid, tak perlu, sebab ini sudah maklum. Dalilnya: Hadis dari Aisyah ra; beliau mengatakan,
“Ketika haid, kami diperintahkan untuk mengqadha’ puasa dan tidak diperintahkan untuk mengqadha’ salat.”
(H.R. Bukhari)
Soalan 5
Kalau ada orang hutang dengan along dan dia menggunakan duit itu untuk beli pakaian solat boleh kah? Dia sudah bayar habis hutang tapi was was nak guna telekung. Saya bagitau dia telekung boleh guna cuma lain kali jangan ambil kat along, dosa menggalakkan riba.Betul kah jawapan saya.?
Jawapan 5 Thtl
Hutang along utk membeli pakaian solat
pertama: hutang dgn along/chetty adalah dosa besar, kabair. Dalilnya:
« اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ » . قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَمَا هُنَّ قَالَ « الشِّرْكُ بِاللَّهِ ، وَالسِّحْرُ ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِى حَرَّمَ اللَّهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ ، وَأَكْلُ الرِّبَا ، وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ ، وَالتَّوَلِّى يَوْمَ الزَّحْفِ ، وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلاَتِ »
“Jauhilah tujuh dosa besar yang akan menjerumuskan pelakunya dalam neraka.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apa saja dosa-dosa tersebut?” Beliau mengatakan, “ Menyekutukan Allah, Sihir, Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang dibenarkan, Memakan harta anak yatim, memakan riba, melarikan diri dari medan peperangan, menuduh wanita yang menjaga kehormatannya lagi (bahwa ia dituduh berzina).” (HR. Bukhari no. 2766 dan Muslim no. 89)
Kedua, menggunakan duit haram utk ibadat, juga tertolak, dalil:
(إِنَّ اللهَ تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبَاً
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu bersih, tidak menerima kecuali yang bersih (matn no 10, arbaeen anNawawiah).
Soalan 6
Adakah hadith kelebihan mati hari jumaat dhoif?
Jawapan 6 Thtl
Mati hari Jumaat. Nas hadits:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : « مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ »
Artinya: “Dari Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu anhuma, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidaklah seorang muslim meninggal dunia pada hari Jumat atau pada malam Jumat melainkan Allah akan melindunginya dari fitnah (pertanyaan) kubur.” (HR. At-Tirmidzi, Ahmad, Humaid, Abu Ya’la, dan Al-Baihaqi).
Dhaif di sisi atTermidzi, Syaikh syuaib ketika menta’liq musnad. Hasan di sisi albani dalam ahkam alJanaiz.
verdict: dhaif kerana penilaian atTermidzi lebih aula.
Soalan 7
Betulkah ada riwayat yang mengatakan aisyah berhutang dengan asma?
Jawapan 7 Thtl
Asma’ bt abu bakar kan adik dia. Asma’ dan Aisyah ni adik beradik, anak2 asma’ membesar bersama Aisyah. Aisyah ni satu bani dgn Muawiyah, maka Muawiyah pastikan Aisyah terus mendapat budget negara utk menyara hidupnya, bahkan Muawiyah memberi aisyah banyak harta rampasan perang.
*Yalah, tak akan ada isu adik beradik.
Soalan 8
Nabi cakap wanita yang baik antaranya yang dapat melahirkan keturunan .macamana pula bagi yang sakit kronik yang sudah disahkan doktor tidak boleh mengandung?
Jawapan 8 Thtl
Wanita yg baik. Nas hadits.
تزوجوا الودود الولود فاني مكاثر بكم الأمم
“Nikahilah wanita yang penyayang dan subur! Karena aku berbangga dengan banyaknya ummatku.”
(HR. An Nasa’I, Abu Dawud. status hasan , Al Albani dalam tahqiq al Misykah)
Ini adalah ideal, wanita juga kena memilih lelaki yang subur, tegap dan mampu menghasilkan zuriat. Namun wanita yg baik ni banyak aspek. Jika ditakdirkan dia mandul, maka status kesolehan dia tidak akan terjejas.
Soalan 9
Saya kerja di australia..kerja di ladang anggur..sebagai tukang bersih2kan dahan dan tanam pokok anggur..tapi baru tahu anggur tu mat saleh tu nak buat Wine..gaji yang dapat ni apa hukumnya, halal kah?
Jawapan 9 Thtl
kerja ladang anggur. Jika ladang itu adalah 100% utk winery, maka haram kerja situ, dalil:
رواه الترمذي (1295) عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : ( لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لَهَا وَالْمُشْتَرَاةُ لَهُ ).
“Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarnya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” HR termidzi, hasan
Soalan 10
Ada seorang ibu meminta duit sedikit pada anaknya yang bekerja dan masih bujang tapi anaknya hanya memberikan sebagai pinjaman. Perlukah ibu kandungnya membayar balik duit tersebut, padahal ibunya tak bekerja dan tiada suami? Adakah itu dianggap hutang?
Jawapn 10 Thtl
Hutang dgn anak. Tidak sah hutang ibu dgn anak, sebab ibu ada hak nafkah. Dalilnya:
عن عائشة عن النبي صلى الله عليه و سلم أنه قال ” ولد الرجل من كسبه من أطيب كسبه فكلوا من أموالهم “
Dari Aisyah dari Nabi saw, beliau bersabda, “Anak seseorang itu termasuk susah payah orangtuanya bahkan termasuk susah payahnya yang paling bernilai, maka makanlah sebagian harta anak.” (HR. Abu Daud, no.3529 dan dinilai sahih oleh Al-Albani)